Nubhan AF6 bakal bergelar jutawan muda?

Pada: Jumaat, 27 Februari 2015
Wah bukan main sukses dah Nubhan Ahmad sekarang. Katanya dia kini dah jadi CEO untuk syarikat atas namanya, Nubhan Ventures.

Syarikat dia ini mengeluarkan produk bedak asas untuk lelaki dan juga wanita dengan diberi nama, Juwita Divine Sexy Foundation.


“Sebelum berjaya saya banyak kali jatuh, tergolek, dan pelbagai dugaan lagi yang perlu saya tempuhi. Ada ketikanya saya ditipu dan dalam kocek seluar berbekalkan RM50 sahaja”

“Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran saya telah dikurniakan rezeki daripada Allah. Walaupun, banyak pengalaman dan dugaan tapi saya jenis tak mengenal erti putus asa,”

“Mengenai status jutawan, kalau dapat Alhamdulillah, itupun kalau dapat capai target. Apa-apa sekalipun kita kena tahu bagaimana mahu mengawal diri untuk berrpijak di bumi yang nyata”

“Kadang-kadang apa yang berlaku dengan diri kita adalah pengajaran dan jangan lupa diri,” -Nubhan

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..