Lisa Surihani hamil anak kembar?

Pada: Isnin, 23 Februari 2015
Ramai yang dah mengetahui yang Lisa Surihani kini hamil anak sulung hasil perkahwinnnya dengan Yusry. Namun ramai tidak tahu Lisa hamil anak tunggal atau kembar.

Memetik portal Utusan semalam, Lisa difahamkan hamil anak kembar. Hal ini dikatakan disembunyikan atau dirahsiakan daripada pengetahuan umum, dan hanya pihak terdekat sahaja yang tahu.

Dalam hal lain menyebut, ada gosip yang mengatakan Lisa dan Yusry menggunakan kaedah tabung uji IVF dalam usaha mendapatkan anak mereka ini. Namun gosip ini sepertinya sangat liar dan tidak berasas.

Jika benar, mungkin usaha mereka itu patut disokong disebabkan ianya tidak bercanggah pun dengan agama Islam dan sistem perundangan negara.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..