Kekasih baharu Uqasha Senrose anak kepada hartawan? (7 gambar)

Pada: Selasa, 24 Februari 2015
Pelakon cantik, Uqasha Senrose kini digosipkan menjalinkan hubungan dengan seorang anak bergelar hartawan tempatan. Gosip ini timbul apabila sebuah akbar mingguan pada hari Ahad lalu mendakwa yang Uqasha pernah keluar bersama orang itu.


Namun buat Uqasha, ini hanyalah perkara yang mengarut dan menafikan sekeras-kerasnya ada hubungan dengan orang yang didakwa anak seorang hartawan.
"Saya langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu dan pada saya gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak mempunyai asas.

"Malah saya sendiri tidak mengetahui anak hartawan mana yang dimaksudkan,"

"Sudah-sudahlah buat cerita tidak benar mengenai saya. Saya sendiri pun tidak faham,"
Buat masa ini memetik portal mStar, hubungan Uqasha dengan Syafiq Kyle masih seperti biasa dan belum ada yang istimewa lagi.
"Hubungan saya dengan ibu Syafiq okey sahaja tidak seperti mana dilaporkan.

"Tentang saya dan Syafiq, kami masih baik. Kami berkawan dan masing-masing sedang mengenali hati budi,"

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..