Johan As'ari bercinta lokasi dengan Puteri Najwa?

Pada: Selasa, 10 Februari 2015
Johan As'ari mengakui wujudnya 'cinta lokasi' diantaranya dengan aktres Puteri Najwa ketika mereka sama-sama menjayakan drama bersiri terbitan Temenggong Pictures Sdn Bhd iaitu Waris Kasih di slot Azalea di TV3.

Johan bagaimanapun berkata, perasaan itu wujud hanya semata-mata untuk menjiwai watak memandangkan mereka bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri itu.
"Sebagai seorang pelakon, 'cinta lokasi' itu perlu ada dalam memberikan komitmen kepada watak yang dijayakan bersama heroin sesebuah drama atau pun filem.

"Saya akui wujud hubungan itu dengan Puteri Najwa tetapi ia sekadar untuk kami mendapatkan keserasian dalam mendalami watak yang diamanahkan,"
Dalam pada itu, menjelaskan mengenai perkara itu, Johan berkata, hubungannya dengan Puteri Najwa kelihatan akrab berkemungkinan faktor hanya mereka berdua terlibat ketika penggambaran diadakan di Sungai Lembing, Kuantan Pahang.

Jelas Johan, dia tidak mempunyai sebarang niat tidak baik terhadap aktres itu apatah lagi cuba memikatnya kerana menghormati wanita berkenaan.
"Kami rapat sebab tiada pelakon lain ketika penggambaran di sana kerana banyak babak hanya melibatkan kami sahaja. Itu pun Puteri Najwa tidak berada lama di Sungai Lembing.

"Mungkin apa yang orang lain lihat cuma tanggapan mereka sahaja wahal tiada apa-apa berlaku diantara kami,"-kata Johan memetik portal mStar

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..