Jangan terkejut melihat Jins Shamsudin terkini (gambar)

Pada: Selasa, 3 Februari 2015

UTUSAN: Seniman negara, Tan Sri Jins Shamsudin, 80, dikhabarkan semakin uzur dengan keadaan dirinya yang amat kurus disebabkan menderita penyakit Alzheimer yang dihidapi sejak empat tahun lalu.

Menurut kenalan rapat Jins yang juga artis era pop yeh-yeh Datuk A. Rahman Hassan, pada masa ini keluarga Jins meminta kerjasama semua pihak agar tidak mengganggu ketenteraman seniman veteran itu.

“Tubuhnya (Jins) pun semakin susut tetapi masih boleh bergerak aktif untuk berjalan di dalam rumahnya. Buat masa ini, keluarganya tidak mahu mana-mana pihak mengganggu beliau dan memberi ruang untuknya berehat dengan tenang,”

“Ketika itu (2014), ingatannya masih berkisar mengenai peranan dan tanggungjawabnya selaku Pengerusi Perbadanan Filem Nasional (Finas) yang dijawatnya kira-kira tujuh tahun lalu dan beliau tidak mengenali saya,” kata A. Rahman

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..