Jaafar Onn serah diri kepada Allah SWT

Pada: Khamis, 26 Februari 2015
Kasihan Jaafar Onn dah la isu sabun belum selesai, kini timbul pula isu dia dikaitkan dalam sebuah video yang dikatakan ISIS Malaysia.

Sekeping gambar yang menunjukan wajah Jaafar telah menarik perhatian empunya badan untuk tampil memberikan komen.

Jaafar dengan hati yang berlapang hanya mampu berserah kepada Allah SWT.

“Entahlah, tak tahu nak kata. Dalam zaman Internet ini, macam-macam hal dan ramai orang yang terlebih pandai…

“Saya serahkan keselamatan diri saya kepada Allah. Hidup mati kita ini, Allah yang tentukan.

“Saya pun tidak mempunyai masalah apa-apa dengan mereka mahupun sesiapa,”

“Buat masa ini tidak terfikir untuk membuat laporan polis atau apa-apa tindakan.

“Saya masih bekerja seperti biasa. Terpulang pada mereka yang melakukan itu dan saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan sesiapa,” -Jaafar Onn

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..