Gossip: Zul Ariffin dituduh berlagak, sombong!

Pada: Jumaat, 20 Februari 2015
Dengarnya pelakon Zul Ariffin didakwa berlagak dan sombong. Ini didakwa atas sendiri oleh Zul memetik portal Utusan, dimana dia kerap menolak permintaan pelbagai pihak untuk hadir ke mana-mana majlis.

Zul terpaksa menolak kerana undangan yang diterimanya hampir kesemuanya adalah 'merepek' dan tiada kena mengena dengan dirinya.
“Kebanyakan undangan yang diterima langsung tidak boleh diterima akal. Saya beri contoh, jemputan untuk majlis memperkenalkan kasut wanita?

“Tentu sekali undangan seumpama itu tidak saya terima kerana tidak ada kena mengena dengan kerja saya malah langsung tidak sesuai dengan saya,”

“Sebenarnya saya sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai cerita yang ditokok tambah apabila nama sedang berada di puncak,”
Zul juga menafikan yang dia enggan beramah mesra dengan peminatnya.
“Dakwaan mengatakan saya sombong tidak benar. Sejujurnya saya menghargai kehadiran mereka (peminat), " -Zul

Tag : , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..