Ziha AF berani berseksi

Pada: Isnin, 5 Januari 2015
Ziha AF 2014 (akaedemi fantasia) kini dikecam gara-gara berpakaian jarang di satu majlis ulang tahunnya ke-20 di sebuah restoran sekitar Johor Bahru memetik portal AstroGempak.

Skirt yang dipakai Ziha agak jarang dan ini memberikan reaksi yang negatif dan sedikit sahaja yang memberikan nasihat. Namun Ziha mengakui hal itu dan segera memberikan respon terhadap kecaman para pengikut laman sosialnnya itu.


“Saya rasa pakaian itu tidaklah terlalu seksi mungkin kerana ‘skirt’ itu sedikit jarang sehingga menampakkan kaki saya itu yang menyebabkan mereka kata ia seksi.

“Tidak dinafikan, saya sebenarnya suka dengan ‘dress’ yang cantik-cantik, dan bagi saya masa muda inilah kita nak cuba pelbagai jenis fesyen.

“Lagipun ibu dan bapa saya sudah sedia maklum mengenai cara saya berpakaian dan mereka juga telah beri keizinan kepada saya.”

“Saya seorang yang suka berfesyen dan saya pakai kerana saya rasa pakaian itu cantik… Tidak terlintas langsung dihati saya untuk menarik perhatian orang.

“Saya sedar bila dah jadi ‘public figure’ semua pergerakkan dan pakaian kita akan diperhatikan. Sejauh mana kita cuba namun masih ada juga yang tidak kena,

“Saya lebih selesa jadi diri sendiri, buat apa kita nak berpura-pura sedangkan itu bukan diri saya.

“Saya rasa mungkin kerana saya seorang yang suka ketawa dan sentiasa ceria itu yang membuatkan mereka labelkan saya sebagai seorang yang gedik.

“Biarlah apa orang nak kata dan saya rasa mereka masih belum kenal perwatakkan saya. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.” -Ziha

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..