Zamani ditahan polis, miliki dadah.. (gambar terkini)

Pada: Khamis, 22 Januari 2015
Menurut petikan sebuah akhbar semalam, ada seorang penyanyi yang dikatakan ditahan kerana memiliki dadah. Orangnya tidak dinyatakan siapa, tapi kalau berdasarkan ayat-ayat dibawah ini pastinya ramai yang beranggapan Zamani vokalis kumuplan SLAM adalah orangnya namun itu semua tanggapan dari mata kasar sahaja.

Kebenaran dan siapa dia belum lagi dipastikan sepenuhnya. Mungkin satu dua hari ini bakal terjawab. Dan harap bukan Zamani lah orangnya.

gambar yang didakwa sebuah portal Forum, Zamani terkini
Bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an ditahan polis tengah malam tadi kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.

Penyanyi itu yang berusia 43 tahun ditahan di Taman Keramat, Ampang kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi setelah pihak polis bertindak hasil maklumat dadah yang diperoleh.

Pemeriksaan di bilik penyanyi berkenaan kemudiannya, polis menemui satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram yang terletak di atas tilam di bilik berkenaan.

Hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah jenis morphine.

Penyanyi terbabit juga mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun yang diperoleh daripada seorang pengedar di sekitar Hulu Kelang.

Penyanyi terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..