Siti Nurhaliza tahu Zamani jadi macam tu?

Pada: Sabtu, 24 Januari 2015
Pencipta dan penggubah lagu Saari Amri baru-baru ini telah mengaitkan nama Datuk Siti Nurhaliza dan Zamani pada komen di Facebooknya (FB). Menerusi komen Saari, dia menulis "Ct Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam tu."

Komen tersebut juga telah menimbulkan tanda tanya dikalangan rakan-rakan FBnya kerana cara penulisan Saari itu seolah-olah cuba memberitahu Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani berkeadaan sedemikian sekarang.

Apa tujuan Saari berkata demikian dan mengapa dia mengaitkan penyanyi nombor satu negara itu dengan bekas vokalis kumpulan Slam, tidak pula ketahui. Kemungkinan Saari ada sebab tersendiri ketika mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Sebelum itu, Zamani, bekas vokalis kumpulan Slam yang ditahan bersama seorang wanita dikediamannya pada hari Rabu lalu.

Zamani ditahan reman selama empat hari bermula Rabu dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952. -Astrogempak

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..