Senarai penuh keputusan AJL 29

Pada: Isnin, 19 Januari 2015


Tahniah buat lagu ciptaan Joe Flizzow dan Sonane yang berjudul Apa Khabar apabila dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-29 semalam. Mereka membawa balik RM35,000 dan sebuah trofi.

Acara berkenaan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Antara lagu yang dipertandingkan, Gilalah (Stacy), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Malaikat (Hazama), Romancinta (Mojo), Lelaki (Najwa), Matahari (Hafiz Suip), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) dan Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Percayalah (Indah Ruhaila).

Dan ini adalah senarai

2. Shila Amzah - Masih Aku Cinta (trofi dan wang tunai RM15,000)
3. Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga (trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000)
4. Dayang Nurfaizah - Vokal Terbaik (trofi dan wang tunai RM10,000)
5. Mojo - Romancinta = Persembahan Terbaik (hadiah wang tunai RM10,000)

10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Faizal Tahir, Acis, Loque, Cat Farish, Azlan Abu Hassan, Moots (Pop Shuvit) dan Azmeer (ketua juri). -mStar

Tag : , , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..