Sebab mengapa Che Ta, Zain Saidin tunai umrah!

Pada: Rabu, 21 Januari 2015
Rozita Che Wan aka Che Ta pernah menunaikan umrah sebanyak 7 kali namun kali ini dia akan mengerjakan umrah untuk kali pertama dengan Zain Saidin setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka.

Ini dilakukan mereka atas sebab untuk membayar nazar. Namun difahamkan yang anak mereka, Aaisyah Dhia tidak dibawa bersama-sama.

“Dulu masa lepas kahwin kita ada bernazar, kalau mengandung nak pergi umrah. Insya-Allah kami akan bertolak sekitar pertengahan Februari dan pulang pada awal Mac. Kami gunakan duit sendiri untuk umrah ini,” .

“Kalau cakap pasal rindu, memanglah rindu bila fikir nak tinggalkan Aaisyah. Semalam pun semasa kami pergi jemputan kahwin, kami dok teringat-ingatkan Aaisyah sebab tak bawa dia bersama”

“Tapi biasanya, bila dah sampai di Tanah Suci Mekah, kita tidak ingat apa dah sebab fokus pada amal ibadat saja,” -Che Ta

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..