Saerah berpisah dengan anaknya (sedih)

Pada: Jumaat, 23 Januari 2015
Dengarya, Siti Saerah tidak akan lagi bersama dengan anak pertamanya Ummi Umairah yang berusia 4 tahun. Ini dibuktikan dengan kehadiran Ummi Umairah ke sekolah hari pertamanya,

Siti Saerah kini teprisah sejauh 400km iaitu di Kuantan dengan 2 lagi anaknya, Ahmad Daiyan, 3, dan Ahmad Aisy, setahun yang dijaga bekas suaminya.


“Memang sekarang saya tinggal di Kuala Lumpur tanpa mereka. Tipu kalau tidak rindu, tambah-tambah yang paling kecil mana saya pernah berpisah, sehingga sekarang saya masih bawa bajunya ke mana-mana.

“Tiap kali rindu saya akan cium bajunya, malah kerap menelefon mereka untuk bertanyakan khabar,”

“Memang saya tahu ada yang bertanyakan mengapa saya tidak mengambil alih tugasan untuk menjaga anak-anak. Tetapi dalam keadaan ini saya hanya pentingkan keselesaan anak-anak saya.

“Anak sulung saya memang rapat dengan bekas mentua, jadi saya tahu mereka dalam jagaan yang baik bersama keluarga bekas suami,”

“Saya perlu mencari rezeki. Di sini saya menjalankan perniagaan pakaian online, tetapi memandangkan keadaan ini masih baru, sukar untuk saya sesuaikan diri.

“Sebab itu saya rela anak-anak berjauhan dahulu sebab saya tahu mereka lebih selamat di sana.

“Pada waktu sekarang memang saya sudah berpindah sepenuhnya ke Kuala Lumpur, untuk bertemu dengan anak-anak itu memang susah tetapi saya akan pasti menjenguk mereka.

“Di sini saya tinggal berdekatan keluarga, jadi orang kata masih baru menapak dan tolong doakan agar semuanya berjalan lancar untuk saya,” -Saerah

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..