Rozana simpan patung kemaluan lelaki emas!

Pada: Rabu, 14 Januari 2015
mStar: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa diberitahu, isteri kepada penyanyi terkenal Awie iaitu Rozana Misbun mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka.

Peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik, khurafat dan tahyul dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ampang dekat sini.

Jelas Mohd Zaidi dihadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain, anak guamnya menemui barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.

Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain dari warna sama.
"Anak guam saya telah menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah.

"Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu," katanya.
Mohd Zaidi berkata demikian pada sesi penghujahan balas dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana pada 8 Ogos tahun lalu.

Perbicaraan bersambung pada Rabu dan Rozana akan dipanggil sebagai saksi. Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran. Rozana bagaimanapun tidak hadir kerana berada di Mahkamah Tinggi Syariah.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..