Rosyam, lebih baik jangan berlakon! - Ifa Raziah

Pada: Rabu, 7 Januari 2015
Ifa Raziah dikataka membuat kontroversi selepas sihat sepenuhnya untuk beraksi ke pentas akhir Gegas Vaganza hujung minggu lalu berikutan aksinya berpelukan dan menari dengan penyanyi, Hisyam Hamid.

Memetik portal Bharian, Dato' Rosyam Nor sebagai juri, mengakui persembahan berkenaan tidak sesuai. Namun bagi Ifa ianya hanya persembahan biasa dan mengikut rentak lagu yang dimainkan.

"Kami hanya berbincang dan kemudian berlatih sekitar lima minit dalam bilik mekap yang sempit dan ramai orang beberapa jam sebelum konsert akhir bermula. Latihan spontan kami itu turut disaksikan suami saya dan isteri dia. Tak ada pula yang cakap ia keterlaluan ketika itu.

"Cuma saya kurang pasti kenapa Hisyam tak hadir pada sesi raptai dan ujian suara diadakan dua hari sebelum konsert akhir berlangsung.

"Itu kena tanya pihak Astro. Cuma mujur Hisyam datang memakai kot biru seperti yang dipesan kerana saya memakai gaun biru.

"Bayangkan pula saya yang menjadi peserta pertama dan diuji pula dengan kesilapan teknikal selama dua kali. Semua jadi kalut dan terkesan ditambah dengan masalah kesihatan lagi.

"Saya terangkat kaki awal sebelum lagu berakhir. Semuanya di luar kawalan saya. Hanya Tuhan saja tahu bagaimana saya rasa ketika itu,"

"Dia (Rosyam) cakap persembahan saya tak sesuai untuk tontonan umum. Habis itu selama ini dia jadi pelakon... takkan tak pernah pegang tangan heroin dia.

"Kalau dia cakap tak sesuai, lebih baik dia jangan berlakon. Apa yang saya lakukan hanya sekadar seni lakonan.

"Apa yang saya dan Hisyam lakukan atas paksi profesional. Malah kalau nak dibandingkan ada persembahan lain di anugerah tertentu lebih daring daripada apa yang saya lakukan.

"Saya bukan nak menggatal, meraba dan bercumbu dengannya pun. Saya dan Hisyam saling menghormati kerja kami. Saya sendiri pun seorang pelakon," -Ifa

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..