Puteri Balqis enggan ke sekolah sebab..

Pada: Selasa, 13 Januari 2015
Pelakon kanak-kanak yang meningkat naik namanya, Aqish atau nama betulnya, Puteri Balqis difahamkan berhasrat tidak mahu bersekolah, bukan atas sebab popularitinya namun atas sebab pernah dibuli.

Balqis yang kini berusia 8 tahun mengakui, dia lebih selesa belajar di rumah dengan guru yang dibayar sendirinya sejak berusia 3 tahun lagi.

"Aqish lebih selesa belajar di rumah sahaja kerana kalau di sekolah Aqish rasa tersiksa bila kawan-kawan mempermainkan Aqish. Sampai bila-bila pun Aqish mahu belajar di rumah sahaja. Kalau tentang pelajaran berkaitan agama seperti mengaji Al-Quran, ibu Aqish yang ajar,"

"Aqish memang tidak ada kawan-kawan rapat tapi Aqish ada kawan-kawan sekeliling. Kalau Aqish pergi ikut ayah dan ibu berniaga Aqish ada kawan di sana.

"Aqish tidak pernah rasa sunyi kerana Aqish seorang yang mudah berkawan dengan sesiapa sahaja," -Aqish petikan portal mStar

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..