Nafkah RM1500 melampau! -Rita Rudaini

Pada: Khamis, 22 Januari 2015
Peguam Aidil Zafuan yang menyarankan anak guamnya untuk memberikan nafkah RM1500 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini, dianggap Rita sendiri sebagai satu yang agak keterlaluan/melampau.

Jumlah itu termasukah perbelanjaan dapur dan makan/minum sebanyak RM50/hari. Rita juga menuntut, bil utiliti RM600 sebulan.

“Sekiranya tidak bekerja saya akan masak dan makan di rumah. Setiap hari saya makan empat kali sehari,”

“Ia adalah berdasarkan bil semasa dan sekiranya lebih, saya tambah menggunakan duit sendiri”
Terdahulu, peguam Aidil Zafuan, Rushdan Sujak Rafee memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir kerana sedang menjalani persiapan akhir Liga Malaysia. Rita Rudaini yang diwakili peguam, Datuk Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan RM102,000 daripada Aidil Zafuan, 28, sebagai nafkah tertunggak selama 20 bulan pada 26 September 2014. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan akan bersambung pada 27 Januari ini.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..