Keputusan mahkamah kes Rita Rudaini,Aidil Zafuan...

Pada: Selasa, 27 Januari 2015
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling semalam memerintahkan Aidil Zafuan Abdul Razak, membayar RM3,000 sebulan kepada bekas isterinya, pelakon, Rita Rudaini sebagai nafkah anak-anaknya.

Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah membuat keputusan itu setelah meneliti tuntutan dan keterangan serta dokumen yang dikemukakan kedua dua pihak.

Mahkamah turut mengarahkan Aidil Zafuan membayar jumlah itu ke dalam akaun bank Maybank Rita Rudaini, 39, bermula Februari depan selewat- lewatnya 5 haribulan setiap bulan.

Selain itu, kedua-dua pihak plaintif dan defendan turut diperintahkan membayar kos.

Dalam keputusannya, Abd Halim menolak tuntutan bayaran bagi susu, lampin pakai buang dan pengasuh.
"Keterangan plaintif (Rita Rudaini) tidak selari dengan dokumen yang dikemukakan," katanya.
Abd Halim bagaimanapun bersetuju dengan plaintif bagi kos perubatan anak-anaknya.
"Walaupun defendan (Aidil Zafuan) dalam keterangannya memaklumkan bahawa beliau menyediakan kad perubatan dan akaun simpanan untuk anak- anak tersebut, namun ia tidak dibuktikan dengan sebarang dokumen,"katanya.
Mahkamah juga mendapati pemain bola sepak pasukan JDT itu tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membawa plaintif dan anak- anaknya tinggal bersama di rumah yang disediakan oleh majikannya.
"Itu menunjukkan defendan reda anak-anaknya tinggal bersama plaintif di rumah kelaminnya.

"Adalah menjadi kewajaran Aidil Zafuan untuk menyediakan rumah demi keselamatan mereka," katanya.
Rita Rudaini menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh, lampin pakai buang, tempat tinggal dan percutian.

Permohonan tersebut difailkan Rita Rudaini melalui peguamnya Datuk Zaidi Mohd Zain pada 8 November 2012 di sini.

Rita Rudaini hadir bersama ahli keluarganya manakala Aidil Zafuan ditemani peguamnya, Rushdan Sujak Rafee. -SinarHarian

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..