Isteri ke-2 Datuk Ramli MS? Alyah minta maaf!

Pada: Isnin, 12 Januari 2015
Kecoh semalam dimana hubungan Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS yang dibina nak dekat setahun, renggang berikutan Alyah memuatnaik gambar suaminya dengan seorang wanita yang Alyah sendiri tidak mengenalinya.

Dengan caption yang sepertinya menganiaya diri Alyah.

"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.

"Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.

"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti,"

"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.

"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.
"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?,"

"Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon kepada-Mu, ya Allah, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku ya Allah..." petikan Instagram Alyah
Portal Bharian pula mengisahkan yang Ramli sudah menghawini wanita berkenaan yang bernama Siti Hafilah Che Kar secara senyap-senyap dengan tidak dinyatakan tarikhnya.

Dengan pendedahan ini, Alyah berasa tertekan dan dia menganggap kini rumahtangganya hancur.

"Saya malas nak cerita. Anda tanyalah Alyah sendiri. Saya memang tak suka nak kongsi cerita peribadi dengan masyarakat.

"Selebihnya saya enggan komen," -Ramli

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..