Ini lah dia bakal tunang Hafiz Suip, akan bertunang pada...

Pada: Selasa, 13 Januari 2015
Hafiz Suip bakal bertunang dengan kekasihnya, Effy pada 27 Februari ini yang akan dilangsungkan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak. Sebelum itu, Hafiz sudah pun merisik Effy yang telah diadakan di rumah Effy di Kuching, Sarawak pada 21 Disember yang lalu.

Mereka merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun 2016 memandangkan Effy masih lagi belajar di salah sebuah IPTS tempatan.
"Saya akan melangsungkan pertunangan pada bulan hadapan. Cuma saya boleh beritahu nama gadis tersebut Effy dan berusia awal 20-an.

"Saya tidak boleh mendedahkan terlalu mendalam tentang identiti bakal tunang saya itu memandangkan perlu menjaga privasi dia kerana ketika ini dia masih belajar lagi,"

"Kalau ditanya apa yang membuatkan saya tertarik dengannya, saya lihat dia seorang yang sangat lemah-lembut dan begitu menghormati orang tua.

"Berkenaan dengan perancangan untuk berkahwin pula, saya akan tunggu bakal tunang saya itu tamat belajar dahulu yang berakhir pada pertengahan 2016," Hafiz petikan portal mStar.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..