Hanez Suraya, Romie sah bertunang lepas Isya tadi..

Pada: Ahad, 4 Januari 2015
Bharian: Sah Hanez Suraya melangsungkan pertunangan selepas Isyak tadi dengan lelaki pilihannya, Romie Razin Adilha.

Majlis diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing masing.

Majlis itu menamatkan teka teki dan tanda tanya yang wujud mengenai spekulasi acara pertunangan mereka.

"Ya... kami baru saja bertunang tadi," katanya yang cantik dengan solekan Chomel dan busana rekaan Fizi Woo
.

Ternyata jodoh antara Hanez dan Romie masih kuat biarpun sebelum ini dilaporkan cinta mereka putus di tengah jalan.

Hubungan pasangan ini menjadi perhatian ramai tahun lalu apabila Hanez dikaitkan sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya yang dikatakan sedang berantakan.

Hanez juga berdepan dengan fasa kejatuhan yang mendadak berikutan kontroversi itu. Beliau bagaimanapun enggan mengenang kisah lalu.
"Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang," katanya.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..