Gambar Nina Juren terkini (7 gambar)

Pada: Isnin, 19 Januari 2015
Lama tidak mendapat tahu berita mengenai Nina Juren ni. Dengarnya dia senyap sejak 7 tahun yang dari dunia anak seni. Kini Nina difahamkan bakal aktif semula.
"Saya agak sepi tetapi tidak pernah kata nak berhenti atau hadkan diri dari dunia lakonan. Saya diam sebab saya nak tumpu kepada anak-anak. Itu adalah jawapan standard semua artis yang sudah menjadi ibu seperti saya. Saya ini pula jenis rapat dengan keluarga dan selalu fikir yang keluarga perlukan saya dalam tempoh itu.

“Bayangkan macam mana saya nak pergi ke set penggambaran kalau selang lima minit telefon berbunyi, anak-anak hubungi. Akhirnya saya fikir, tak apalah, saya jaga dulu mereka sampai besar dan kemudian barulah saya kembali bekerja,”

“Siapa kata saya tak rindu. Bayangkan, apabila anak-anak (6 orang anak) dah tidur, waktu itulah saya gunakan untuk menonton semua drama yang saya rakamkan di televisyen. Tengok semua siaran drama.

“Sampaikan suami tegur, ‘awak ini memang betul rindu nak berlakon ini.’ Sebenarnya selain minat, itu cara saya saya nak tengok kawan-kawan yang masih aktif berlakon. Selain itu dapat juga saya kenal siapa pelakon baru dalam industri seni tanah air,”

“Sudah tentulah saya mementingkan mutu. Bila nak kembali ke dunia lakonan, perasaan saya memang gementar, mungkin kearana sudah lama meninggalkan bidang ini.

“Tetapi saya juuga tidak mahu penerbit, pengarah dan peminat tengok lakonan saya ala kadar saja. Kalau macam itu, orang pun akan cakap, baik saya duduk rumah saja,” -Utusan
-gambar Instagram ninajuren

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..