Fazura - bukan Zizan sahaja yang saya tujukan tapi..

Pada: Jumaat, 30 Januari 2015
Kemelut Zizan Razak yang didakwa agak 'biadap' ketika berada di pentas MaharajaLawak Mega yang lalu telah memberikan banyak reaksi mengenai kemampuannya berada di atas pentas lagi. Juri rancangan itu, Fazura juga memberikan komen yang agak pedas untuk Zizan di dalam laman sosial miliknya.

Namun Zizan sudah membuat kenyataan maaf berhubung salah lakunya itu kelmarin. Namun buat Fazura kenyataannya itu bukan sahaja kepada Zizan malah kepada kumpulan Virus termasuk Yus dan Tauke.
“Saya tak tujukan kepada Zizan Razak sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen,”

“Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukan mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri”

“Saya dan Zizan adalah kawan tapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak,” -Fazura

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..