Cara lamaran Hairul, Hanis boleh pesong akidah!

Pada: Jumaat, 9 Januari 2015
Pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat, 41, berkata cara aktor Hairul Azreen melamar kekasihnya Hanis Zalikha pada Ahad lalu bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu.

Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul Hamat berkata, cara tersebut boleh menjatuhkan maruah wanita yang dilamar itu jika perhubungan tersebut terputus di tengah jalan.
"Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

"Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah,"
Amalan "will you marry me" (sudikah anda mengahwini saya) sering dilakukan oleh kebanyakan artis ketika ini yang mana ia boleh menjadi ikutan kepada generasi akan datang.
"Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja.

"Kalau dalam agama Islam, seseorang itu perlu melakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu. Saya takut perkara ini akan disalah anggap oleh penganut agama lain yang beranggapan cara perkahwinan Islam sama dengan cara agama mereka,"

"Saya lihat ramai selebriti yang menjadikan lamaran seperti ini sebagai trend dan masyarakat pula menganggap ia sebagai sesuatu yang baik. Namun begitu, ia seharusnya dilakukan dengan landasan dan cara yang betul agar menjadi contoh kepada masyarakat," -Zulkefli

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..