Awie kalah kes mahkamah dengan Rozana!

Pada: Rabu, 28 Januari 2015
Hak penjagaan sementara Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, akhirnya berpihak kepada ibu mereka sendiri iaitu Rozana Misbun. Ia diputuskan di dalam kamar Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan semalam, 27/1.

Mahkamah memutuskan hak berkenaan diserahkan kepada Rozana sehingga perintah kekal hak jagaan anak dikeluarkan kelak. Responden iaitu penyanyi Awie diberikan hak melawat kediaman anak selama dua jam sebanyak dua kali iaitu hari Sabtu dan Ahad minggu pertama serta ketiga.

Awie hanya perlu memaklumkan Rozana terlebih dulu sebelum berjumpa anak mereka.

Mahkamah turut memerintahkan Awie termasuk ahli keluarganya mahupun wakilnya dilarang serta ditegah sama sekali daripada mengambil dan mengacau anak mereka di kediaman mahupun di sekolah.

Selain itu, Awie dan pihaknya juga dilarang mengulas atau mengaibkan Rozana dengan apa cara sekalipun di media elektronik, laman sosial dan media cetak sepanjang prosiding kes hadhanah berjalan.

Rozana semalam hadir ke mahkamah bersama peguam syarienya, Tuan Jamal Mohd Lokman Sulaiman dari Tetuan Jamal Lokman & Partners. -Bharian

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..