Abby Abadi tak suka sukarelawan wanita bantu mangsa banjir sebab..

Pada: Jumaat, 9 Januari 2015
Abby Abadi kini kembali bersuara apabila ada sukarelawan wanita yang pergi menolong dan membantu mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Abby memberitahu yang dia amat terkejut dengan wanita yang membantu mangsa banjir di sana, kerana tidak menutup aurat.
“Saya tertengok gambar gambar misi bantuan banjir sekarang ini, ramainya pergi membantu tetapi aurat tak terjaga. Allah nak tolong macam mana? Sedih, ingatkan sebab sayang. Usahalah untuk tolong diri sendiri dulu, selepas itu baru usaha untuk tolong orang lain pula”

“Aurat itu aib kita, dibelanja ikut suka azab seksanya tak terkira. Ada yang dah tertutup sempurna, syukur sangat! Baik sangat hati budinya pergi menolong, bersihkan rumah, bersihkan lumpur tapi siarkan juga gambar mangsa yang tidak menutup aurat”

“Tak tahu tentang dosa aurat ke macam mana? Yang mendedahkan berdosa, yang menyebarkan dapat saham juga. Fahamilah bersama ya,” -Abby petikan Instagram beliau.
Namun ada juga yang membidas kenyataan Abby Abadi dengan pandangan masing-masing..
''Pakai tudung tak semestinya baik.aku tengok yg pakai tudung banyak juga yg jahat...kalau yg tegur tu iklas ok lah ni kalau tegur menyumpah2 org buat apa pakai tudung tpi mulut macam longkang..''

''Ttup aurat pom klu mlut xjaga sama jgk Mohd Az** oiii..''

''smua org x sama...pkaian x mnunjukkn ketebalan ilmu agamanya.....mak tiri sy pon tduh laboh dah nk smpai ke lutut...mulut laju memfitnah,mngata mnghina.....aptb''

''Yg bertudung kalau nk tolong..boleh prgi tolong..Jgn asyik nk perati fesyen org bertudung ke tak...Suami dia ada yg boleh nasihat...''

''apa beza wanita bertudung=mengumpat. wanita tidak bertudung=berakhlak mulia.. apa beza? apa yg sama? yang penting, jaga apa yg wajib.''

''bertudung tapi mulut suka menghina org' tak hingin aku''

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..