Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lufya Omar intim dengan kerabat diraja Terengganu?

Rabu, 31 Disember 2014

Memetik portal Cari, ada sumber yang menyatakan pelakon jelita Lufya Omar kini menjalinkan hubungan kawan dengan seorang kerabat diraja Terengganu yang berpangkat VVIP dengan namanya seperti Tengku.

Ditambah lagi, Lufya juga sering lepak bersama-sama rakan Tengku ini sekiranya Tengku ini tidak dapat ikut bersama. Bahkan majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi juga kelihatan kelibat Lufya dan Tengku bersama.

Tunggula kenyataan Lufya nanti, kalau betul memang bertuah lah kan, tapi kalau tak betul, buat macam biasa-biasa je sudah. keke..

Gambar selfie Fizo dikecam..

Gambar selfie Fizo Omar bersama pasukannya, Hot Burgers Malaysia ketika banjir ketika perjalanan menghantar bantuan ke Kelantan dikecam dan dikritik dilaman sosial Instagram miliknya.

Fizo kesal kerana hal remeh sebegitu di kritik, sepatut si pengkritik harus turun ke padang sama-sama membantu dan merasai suasana sebenar kepayahan yang dialami mangsa banjir.

Panas! Ayah Puteri Balqis berlagak?

Pelakon kanak-kanak yang meningkat naik namanya, Puteri Balqis menjadi perhatian, apabila ada orang pengurusannya yang berlagak. Ini dibuktikan dengan sebuah perbualan text dari pengarah, Azman Yahya dengan kakitangan JS Pictures Sdn Bhd dimana ayah Balqis membatalkan pengambilan anaknya itu untuk permintaan Azman.

Jawapannya agak menyedihkan, cara nya memang agak halus aka professional namun sepertinya cukup berlagak. Menurut sumber, Azman memberitahu yang Balqis belum lagi menemui pihak Azman untuk perbincangan lanjut, namun ayahnya sudah pun meminta deposit hampir 50 persen.

Panas! Video lucah Fazura?

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada menyiarkan yang Nur Fazura menjadi mangsa video lucah yang disebarkan pihak tertentu melalui sistem e-Mail untuk menjatuhkan kerjayanya.

Video seminit itu dihantar ke wartawan akhbar berkenaan pada 23 Disember lalu.

Fazura menafikan sekeras-kerasnya hal demikian dan kini sudah membuat laporan terhadap SKMM.
“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” -Fazura

Datuk terlajak laris benggang sebab... (3 gambar)

Selasa, 30 Disember 2014

Dengar cerita yang Datuk Aliff Syukri aka Datuk Terlajak Laris bengang dengan pekerja sebuah butik mewah yang melayan pelanggannya tahap 'double standard'. Datuk Aliff kebetulan yang menjadi pelanggannya ketika itu.

Pekerja itu dikatakan melayan Datuk Aliff seperti orang tiada duit, walhal Datuk Aliff ni seorang jutawan. Ramai peminat / pengikut Datuk Aliff menyokong tindakan beliau menyuarakan pendapat bernas untuk pekerja seperti ini yang semamngnya kantoi tahap dewa. keke. -gambar MyNewsHub

Neelofa berpakaian ketat bertudung... (4 gambar)


Aduh apahal dengan Neelofa ni, bertudung dah okey cuma pakaian bawah dia tu ketat sangat. Jangan korang nak samakan dia dengan orang kat luar tu, dia ni personaliti TV, ramai yang tengok, nanti jadi ikutan pula kan.

Bukan nak memburukkan Neelofa, harap Neelofa sedar dan bolehlah memperbaiki fesyen pakaian bersesuaian dengan konsep bertudung. Bak kata pepatah, aurat bukan dibalut tapi ditutupi.. :) -gambar forum Cari

Izreen, Amar sudah putus cinta? puncanya...

Dengar khabar angin yang menyatakan hubungan diantara Izreen Azminda dengan Amar Baharin semakin renggang dan disebabkan selisih faham diantara kedua-duanya.

Memetik portal Utusan, kononnya mereka berdua tidak mahu lagi berkerjasama dalam satu produksi, yakni mereka tolak dan enggan digandingkan. Bahkan Izreen kini suka keluar bersendirian tanpa ditemani Amar.

Tak dipastikan sejauh mana sumber ini, namun ada desas desus yang mereka sengaja 'berlakon' membuat kisah seperti ini bagi menutupi kisah cerita diantara Amar dengans seseorang yang masih berjalan.

Komen mereka mengenai hal ini.. tunggu~

Zizan bantu mangsa banjir di K.Terengganu (3 gambar)

Semalam Zizan Razak sempat meluangkan masanya untuk bersama-sama rakyat Kuala Terengganu membantu mangsa banjir. Ketika itu Zizan berada di Sabasun Hypermarket untuk membeli beberapa barang keperluan semampu Zizan.

Punca sebenar Ifa Raziah kena jangkitan paru-paru.. (3 gambar)

Dengar berita yang penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah kini ditahan di wad. Menurut laporan mSTar, dia di tahan dekat wad Pusat Perubatan Colombia, Setapak sejak hari Sabtu yang lalu.

Ini disebabkan beliau disahkan menghidap jangkitan di bahagian paru-parunya akibat batuk yang berlanjutan selama sebulan.

Tiada info terkini yang Ifa boleh keluar dalam masa terdekat, apa-apa pun kita doakan agar Ifa cepat sembuh.

Che Ta, Zain dan baby mereka ke London (4 gambar)

Isnin, 29 Disember 2014


Baru-baru ini, Rozita Che Wan, Zain Saidin serta anak kesayangan mereka, Aaisyah Dhia Rana telah pergi bercuti hujung tahun ke bandaraya London. Cuma ada beberapa keping yang sempat dimuat naik Zain untuk tatapan peminatnya di Tanah Air..

Sekitar pernikahan Leez Rosli, Aepul (17 gambar)


Pelakon Leez Rosli sah menjadi isteri kepada Aepul (Drama Band) telah berlangsung baru-baru ini dengan 3 kali lafaz di Masjid Salahuddin al Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Aepul memberikan 9 dulang hantaran dan dibalas 11 dulang hantaran oleh Leez. Manakala mas kahwin berjumlah RM80 dan pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. -Gambar RotiKaya

Emma Maembong di kedudukan ke.. 100 Most Beautiful Face 2014

Memetik portal MyNewsHub, hanya Emma Maembong sahaja yang terseranai di dalam ranking 100 Most Beautiful Face 2014 dimana senarai ranking ini terdiri daripada selebriti seluruh dunia, seperti selebriti Hollywood, wanita Jepun, Britain, Korea Selatan, India dan Perancis.

Emma menduduki tangga ke-71 dan mengalahkan orang terkenal lainnya seperti Rachel Weisz (98), Megan Young (93), Scarlet Johansson (81) dan Mila Kunis (74).

100 Most Beautiful Face ini bukan hanya mengenai populariti semata-mata sebaliknya ia juga merangkumi keanggunan, kelas dan lain-lain mengenai kecantikan.

Fazura bukan Tuhan! - Sara Ali

Memang parah sudah hubungan akrab yang pernah terjalin dahulunya diantara Sara Ali dengan Fazura ni. Hubungan pergaduhan mereka menjadi perbualan beberapa media minggu lalu apabila di siarkan di sebuah rancangan tv.

Sara ada membuat kenyataan rasmi di dalam laman sosial miliknya. Ini adalah balasan komen daripada peminatnya yang cuba mahu tahu apa yang terjadi diantara mereka.





Diharap berbaik lah mereka semula seperti gambar di atas ni kan. :)

Punca Black bakal disaman RM500,000...

Khabarnya penyanyi, Black Hanafiah kini diugut oleh pengurusnya dengan menyaman beliau atas tuduhan memalukan pengurus berkenaan di laman sosial.

Black yang memetik portal mStar semalam, mengakui hal demikian dan tidak takut akan ancaman pengurusnya itu dimana Black mempunyai bukti yang mencukupi jika ianya dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan.

Ini berikutan seorang pengurus yang didakwa tidak berpuas hati untuk sebuah acara dimana Black mahu memulangkan bayaran untuk majlis perkahwinannya dua tahun yang lalu. Black pernah mendakwa yang dia pernah tertipu untuk mengurus majlis perkahwinannya, dimana Black sudah membayar deposit sebanyak RM30,000 kepada pengurus berkenaan.

Malahan pengurus itu mahu menyaman Black sebanyak RM500,000 gara-gara menganggu perniagaan yang dia lakukan sekarang ini.
"Kalau ingin membawakan perkara ini ke mahkamah silakan kerana saya memang menunggu tindakan daripada pihak mereka supaya saya boleh bentangkan apa kesalahan yang telah mereka lakukan.

"Saya ada banyak bukti yang telah dikumpul tentang apa yang mereka lakukan selama ini, malah saya boleh saman malu kepada mereka kerana burukkan nama saya melalui kenyataan media yang mereka buat sebelum ini,"

"Baru-baru ini ada sekumpulan pelajar menghubungi saya kerana tertipu dengan pengurus acara itu yang kononnya ingin menganjurkan sebuah festival, tetapi setelah menerima duit, mereka tidak dapat dihubungi," -Black

Tahniah, isteri Chef Riz, Shikin hamil.. berusia...

Ahad, 28 Disember 2014

Tahniah kepada Chef Riz diatas perkhabaran gembira isterinya, Shikin Maembong kini berbadan dua dengan usia kandungannya mencecah 2 minggu.

Ikut info, mereka berkahwin pada 5 Disember yang lalu.
"Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.

"Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur," -Chef Riz petikan portal mStar

Yazer, Ekin selamat bergelar suami isteri (gambar)

Pasangan kekasih yang mula dikaitkan bercinta sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Ekin dan Yazer sah bergelar suami isteri semalam.
Majlis diadakan di kampung Ekin di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.
Mereka menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun dan pernah putus seketika hujung tahun lalu.
Bagaimanapun jodoh kuat antara pasangan kekasih ini. Ahad ini mereka akan diraikan di lokasi yang sama.
Ekin sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005. -Bharian



Mizz Nina, Yuna kerjakan umrah (gambar)

Jumaat, 26 Disember 2014

Alhamdulillah, hujung tahun ini, 3 selebriti terkenal, Mizz Nina serta suaminya, Noh dan Yuna akan bersama-sama mengerjakan ibadah Umrah. Bukan mereka bertiga sahaja, namun ada ahli keluarga terdekat yang sama-sama menyertai mereka. :)

Panas! Sara-Fazura bergaduh, punca sebenarnya...

Panas!. hubungan diantara pelakon cantik Sara Ali dan Fazura dikatakan kini renggang. Ini didedahkan oleh Sara melalui program realiti Facing Up To Fazura terbitan E! Asia A (Astro 712) hujung minggu lalu.

Sara akui hubungan kawan yang mereka jalin selama ini tidak mungkin akan pulih semula, Sara enggan memberitahu punca sebenar mengapa mereka bergaduh.
"Saya tidak ok dengan dia dan tidak akan ok. Enough (cukuplah). Selebihnya saya tiada ada apa hendak komen," -Sara petikan mStar
Sebelum itu, Fazura ada mendedahkan hubungan mereka di dalam program realiti, dimana Fazura tidak mempunyai niat untuk memburukkan sara melainkan mahu memberitahu umum yang hubungan mereka kini sudah tidak seperti dahulu lagi.

Sara juga turut diundang bersama oleh pihak produksi rancangan berkenaan bagi memulihkan keadaan mereka, namun Sara gagal untuk menghadirinya.

Foto kahwin di Instagram, Jasmin kahwin senyap-senyap? (4 gambar)


Beberapa hari lalu, Jasmin Hamid ada memuatnaik gambar dia memakai pakaian gaun pengantin bersama seorang jejaka dan siap diarak dengan menggunakan kereta kuda.

Jejaka itu pastinya korang kenal, Aaron Aziz. Pastinya korang dah mula berfikir ini adalah babak lakonan diantara mereka.

Ya memang betul, ianya adalah babak drama untuk Dol dan Minah Nak Kahwin. Malangnya, ianya adalah drama lama dan ini adalah gambar lama yang di repost semula oleh Jasmin. :P

Datuk Rahman Hassan, Fadillah sah suami isteri (3 gambar)

Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Mansor. Majlis nikah diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada semalam, 9 malam Jumaat, 25 Disember 2014.

Rahman menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Rahman memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.

Manakala pihak Fadillah membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan. -mStar

Punca sebenar Ilya tinggalkan Sepahtu untuk MLM 2014

Khamis, 25 Disember 2014

Kumpulan Sepahtu yang terdiri daripada Shuib dan Jep untuk Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini terpaksa menerima hakikat dimana ahli kumpulan baharunya, Ilya Buang menarik diri daripada mengikuti kumpulan itu.

Ilya berbuat demikian kerana mahu mengekalkan prestasi terbaik Sepahtu dan tidak mahu menjadi bebanan buat kumpulan itu.

Antara sebab mengapa Ilya mengundurkan diri adalah, tiada kerserasian dengan Jep dan penyakit kencing manis dimana beliau baru sahaja selemat menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisul memetik sumber portal mStar semalam.
"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan,"

"Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.

"Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka,"

"Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

"Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas," -Ilya

Bila Nabila Huda bertudung... So Sweet...

Rabu, 24 Disember 2014

Memang diakui, Nabila Huda kini belum lagi bertudung, namun baru-baru ini Nabila ada memuatnaik gambar dia bertudung. Gambar berkenaan di like hampir 21,000. Dan ini menunjukkan petanda ramai peminatnya yang suka akan bila Nabila bertudung.

Tidak tahu gerangan kenapa dia bertudung ketika itu, untuk shooting filem/drama atau pergi kenduri. Apa-apa pun lihat sahaja, memang korang akan suka punya. :)

Punca sebenar perceraian Ieda Moin, Naquib 18 Disember lalu..

Untuk pengatahuan umum, Ieda Moin sudah bercerai dengan bekas suaminya, Mohamad Naquib pada 18 Disember yang lalu. Namun ramai yang tidak menyedari apakah punca sebenar perpisahan mereka ini sehinggakan ramai yang berasa terkejut akan tindakan mereka bercerai talak satu itu.

Buat masa ini Ieda, enggan mengulas apakah punca perpisahan mereka itu, almaklumlah kisah rumahtangga, jadi lebih elok disimpan dan hanya mereka sahaja yang mengetahui selain ALLAH SWT.
"Sejujurnya, sudah 5 tahun saya berusaha selamatkan rumahtangga kami. Namun, hendak buat macam mana. Mungkin, sudah tersurat hanya setakat ini saja jodoh kami.

"Apapun, saya terima segalanya dengan reda dan Alhamdulillah, hak penjagaan anak juga berpihak kepada saya. Namun, pada masa yang sama saya tidak halang bekas suami untuk melihat anak kami pada bila-bila masa.

"Tidak apalah. Kalau itu anggapan orang di luar sana, biarlah. Apa yang berlaku di antara kami, tidak perlulah orang tahu. Hal-hal rumahtangga, adakalanya tidak elok dikongsi kepada masyarakat umum.

"Macam mana pun, Mohamad Naquib Idris tetap bapa kepada anak saya dan saya juga masih menghormati bekas keluarga mentua saya kerana mereka memang cukup baik dengan saya selama ini." -Ieda Moin petikan portal Murai

Punca Afdlin Shauki akui juri MLM 2014 berat sebelah!

Dengarnya, Afdlin Shauki berani memberikan komen terhadap sebahagian juri Maharaja Lawak Mega 2014 di mana mereka tidak tahu menilai berdasarkan tema yang diberikan setiap minggu.

Memetik portal mStar semalam, Afdlin enggan menyatakan siapakah juri itu namun sangat kecewa atas pemberian bintang yang tidak sepadan atau berat sebelah dengan lawak yang diberikan peserta.

Afdlin berharap tiada orang lain menyalah anggap komennya ini kerana ianya komen yang berdasarkan pendapat pribadinya sahaja secara keseluruhan.

Sebab utama Noniswara bertudung.. (6 gambar)


Pelakon, Noniswara Baharuddin kini tampil dengan penampilan berhijab/bertudung. Kalau nak tahu inilah penampilannya yang cukup terbaik untuk kembali semula ke layar perak. Bahkan Noniswara juga mahu berkahwin secepat mungkin dengan pasangan yang diimpikan olehnya.

Sebab kenapa Shila terima anugerah China..

Dengar khabar penyanyi yang di gam oleh media tempatan, Shila Amzah mendapat anugerah duta untuk persahabatan dua Negara Malaysia dengan China.

Ini dibuktikan lagi diantara krisis yang melanda kedua-dua negara melibatkan kes MH370 yang disatukan dengan bakat nyanyian daripada Shila. humm..

Punca sebenar bekas suami Syura mahu rujuk kembali!

Selasa, 23 Disember 2014

Bekas suami penyanyi Syura yang juga seorang cikgu, Mohd Fadhly mahu Syura kembali kepadanya (rujuk) semula memandangkan bekas suaminya itu masih sayangkan Syura dan mahu membina kehidupan semula dengan 3 anak hasil perkahwinan mereka.

Anak Mawi, Ekin terkini (12 gambar)

Dengar cerita yang Mawi dan Ekin serta anak sulung mereka, Cahaya Malaika bakal mengerjakan umrah kali ke-2 dengan disponser oleh syarikat IL Creatives Ventures dan Halcent Discovery Holidays Sdn Bhd memetik portal SinarHarian.

Ropie kecewa dengan komen Fazura yang....

Kumpulan Comey yang dianggotai oleh Ropie untuk program realiti MaharajaLawak di Astro telah meluahkan rasa terkilan dengan komen berat sebelah yang diberikan oleh Fazura minggu lalu (Jumaat).

Komen Fazura memperlihatkan lagu yang dibawa oleh mereka tidak bersesuaian sekaligus menyingkirkan kumpulan Comey malam itu.
“Secara jujurnya saya kecewa dengan komen yang diberikan oleh Fazura kerana kami berusaha untuk fikirkan idea yang menarik untuk persembahan di minggu ‘Muzikal’. Malah lebih terkilan apabila Fazura hanya beri kami dua bintang sehingga menjejaskan undian yang diterima oleh Comey.

“Sebenarnya persembahan kami bukan semata-mata untuk buat lawak sahaja, ada mesej disebalik pemilihan lagu. Bila Fazura cakap lagu tidak bersesuaian dengan persembahan, rasanya seperti tidak adil buat kami.

“Ya memang kami gunakan lagu-lagu baru tetapi bukan hanya kumpulan Comey sahaja. Ada juga kumpulan-kumpulan lain turut guna lagu-lagu baru seperti kami. Jadi bila Fazura beri komen demikian saya rasa macam itu sesuatu yang sangat mengecewakan sedangkan Dato’ Ac Mizal sendiri turut beri pujian dengan persembahan dan juga pemilihan lagu kami yang sesuai,”

“Ramai juga yang jumpa saya luahkan rasa kecewa apabila kumpulan Comey tersingkir. Tapi nak buat macam mana semuanya terletak pada undian juga markah daripada barisan pihak juri. Mungkin rezeki kami hanya di minggu keenam.

“Insya Allah tahun hadapan Comey akan kembali dan kami sedang merancang beberapa strategi dan idea baru untuk MLM,”

“Saya tidak nafikan, komen yang diberikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan dan Farah Quinn mungkin boleh menyelematkan kedudukan Comey. Setiap persembahan kami ada mesej tersendiri dan bukan hanya buat lawak semata-mata.

“Apabila terima komen dan bintang yang terima sedikit, saya rasa memang boleh buat undian jadi rendah sehingga tersingkir. Apa pun terima kasih kepada pihak barisan juri dan para penonton yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sanggup mengundi kami sehingga mampu kekal di minggu keenam.

“Mungkin bukan rezeki kami untuk terus berada di pentas MLM untuk edisi kali ini,” tambah Ropie mengakhiri perbualan." -Ropie petikan AstroGempak.com.my

Punca Awal, Scha digam Astro..

Dengar khabar yang Scha al Yahya dan suaminya, Awal Ashaari digam oleh stesen TV, Astro selepas didapati melanggar kontrak yang telah ditandatangani oleh mereka.

Laporan Bharian mingguan itu telah memberikan kejutan buat Awal, dan Awal sendiri akui yang dia tidak tahu menahu mengenai hal ini. Menurut sumber, ada pihak yang tidak berpuas hati akan kerjaya suami isteri ini, sehinggakan sampai kena gam dengan alasan pelanggaran kontrak.
“Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut. Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini”

“Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro,” -Awal

Anak terkini Faezah Elai (9 gambar)

Isnin, 22 Disember 2014

Dah nak masuk usia 2 tahun dah anak Faezah Elai ni, Dealova Heyrinna. Jom layan sat..

Kekasih baharu Emma Maembong adalah Kamal Adli?

Gosip melanda Zizan Razak dimana dia dan kekasihnya, Emma Maembong didakwa sudah berpisah sebulan yang lalu. Ini dikuatkan lagi dengan dakwaan sebuah akhar tempatan mingguan Ahad semalam dimana Kamal Adli kini menjadi penganti kepada zizan.

Namun Zizan yang mengomen hal itu di laman sosialnya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.
"Kami di sini baik-baik sahaja. Terima kasih rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik untuk hubungan kami berdua,"

"Emma Maembong sentiasa saya cintai. You always in my heart," -Zizan

Tahniah, Mas Muharni selamat bergelar isteri (gambar)

Tahniah kepada pelakon filem Wayang, Mas Muharni yang sah bergelar isteri kepada Muniff Isa yang bernikah semalam di Batik Homestay, Sungai Petani, Kedah.

Pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima oleh pengantin lelaki.

Mas kahwin yang ditetapkan hanyalah senaskhah al-Quran manakala mereka memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran. -Bharian

Anak Suki Law yang lahir 1 Disember (4 gambar)

Tahniah untuk Suki Low yang selamat melahirkan anak sulung dia dengan Ethan Chong (pengurusnya) pada 1 Disember yang lalu.
Ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan dan pada masa sama amat memenatkan kerana waktu tidur saya tak menentu. Tapi saya sedar ia dilalui semua ibu yang melahirkan anak," ujar Suki yang dipetik daripada Berita Harian.

Punca sebenar anak Rosyam tidak dibenarkan bekerja di Hamleys

Memang banyak kedai-kedai di Malaysia ni yang rasis dan mengikut kemahuan mereka bukan kualiti yang diperlukan. Terbaru mengenai Hamleys sebuah kedai permainan kanak-kanak yang menjadi bualan hangat apabila tidak membenarkan anak kepada aktor terkenal, Nur Lisa Rosyam Nor untuk bekerja di syarikat berkenaan gara-gara anak Rosyam bertudung sahaja.

Hamleys telah pun meminta maaf dan inilah punca sebenar daripada hal itu berlaku melalui portal mStar.
"Setelah disiasat salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam.

"Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini dan pihak kami berasa amat kesal dengan insiden ini dan berharap pihak Datuk Rosyam dan anaknya menerima permohonan maaf ini,"


"Hamleys tidak mempunyai sebarang polisi yang mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab malah kami mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama,"
Dan ini komen Rosyam Nor mengenai syarikat berkenaan.
"Sedih, hari ini anak saya yang baru habis SPM pergi minta kerja untuk isi masa terluang tetapi dengan syarat kena bukak tudung. Kedai Hamleys kurang ajar!,"

"Sekiranya ada diskriminasi sebegitu bagaimana wanita Islam yang bertudung ingin mencari kerja? Tidak salah rasanya mengambil pekerja yang menutup aurat.

"Kelantangan saya mengenai perkara ini bukan ingin memburuk-burukkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di kemudian hari," katanya.

Panas, Chef Wan komen remaja belasan umur kahwin!

Ahad, 21 Disember 2014

Kisah mengenai dua orang remaja berumur 15 tahun dan 17 tahun yang melangsungkan perkahwinan pada November lalu terus menjadi bualan orang ramai sehingga hari ini.

Namun, Chef Wan yang nampaknya tak berapa suka dengan situasi tersebut. Di sini ada empat sebab kenapa Chef Wan tak suka remaja kahwin awal. -sumber amboi.com
Sayangnya bukan ke waktu umur begini anak2 muda bertungkus lumus menimba ilmu di sekolah untuk menjamin kan lagi hidup mereka di masa hadapan? The paper say in BH Spore that the boy who is 15 decided bila dapat result examnya dia tak akan sambung belajar lagi.

Isteri 17 tahun baru 2 bulan kenal. Apparently both parent mereka setuju pulak tu. Wow i am speechless that there are people who take marriage ni so simple tanpa memikir betapa besar tanggung jawab mereka sebagai parent untuk anak2 mereka.

If our entire nation anak2 muda is allowed to this bayang kan la masa depan negara apa nak jadi. Lets not even speculate or buruk sangka about their marriage tetapi about both of them getting the right education, getting mature, berkerja, belajar hidup berdikari and finally berpasangan when the time is right.

There always a time for everything. U simply have to learned to be responsible of yourself and then start a family. At 15 yrs old nak kerja apa tu nak tanggung anak dan isteri? Silap hari kencing tu berselerak lagi!

Vanidah Imran bawa lari buku chek duit Seniman, Zed lapor polis!

Sabtu, 20 Disember 2014

Pihak Seniman semalam telah membuat laporan Polis (PDRM) untuk satu kes kecurian kehilangan buku cek duit yang diberikan kepada bendarhari persatuan itu iaitu Vanidah Imran yang diberikan tanggungjawab sepenuhnya.

Presiden Seniman, Zed Zaidi akibat kehilangan buku itu, Seniman sukar bergerak aktif memetik laporan mStar semalam. Bahkan Zed sudah memberi amaran kepada Vanidah untuk memulangkan semula, namun Vanidah sepertinya mempunyai alasan tersendiri.

Bila Roslan Shah tayang badan. Seksi~

Haha. Bila 'abang' Roslan Shah menayangkan badan. Cukup seksi juga tu wei.. :P

Farhan bekas suami Abby bakal jadi pelakon!

Dengar khabar memetik portal mStar, yang bekas suami ke-2 Abby Abadi, Muhamad Noor Farhan bakal begelar pelakon tidak lama lagi. Ini memandangkan dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi bergambar untuk majalah tempatan.

Selain itu, Farhan juga giat untuk membina badannya dan selalu ke gym untuk badannya kelihatan menarik sewaktu berlakon.
"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini,

"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai," -Farhan

Sekitar kejutan harijadi Fouziah Gous oleh suami (8 gambar)

Jumaat, 19 Disember 2014


Fouziah Gous telah diberikan beberapa kejutan sempena ulangtahunnya yang ke 32 tahun baru-baru ini.

Suami Fouziah, telah membuat satu aksi yang sangat romantik, dia membawa isterinya pusing-pusing dengan mata bertutup supaya tidak dapat mengecam lokasi yang ingin dibawanya.

Dan ini adalah sekitar majlis bermakna itu..

Liza Abdullah, Tunku Hanis bergaduh! (gambar)

Kecoh beberapa keping gambar menyaksikan pergaduhan diantara Liza Abdullah dengan Tunku Hanis di satu lokasi yang tidak dikenal pasti.

Cerita ini memang benar, dan ditenangkan oleh beberapa orang yang tidak berpihak antara satu sama lain di tempat itu.

Namun seperti biasa, ianya professional, hanya babak untuk sebuah lakonan drama kedua-dua pelakon berkenaan.
“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.

“Tak mungkin saya nak bergaduh dengan dia, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior,” -Tunku Hanis

Aeril Zafrel, Wawa Zainal pakai baju pengantin, nak buat resepsi? (10 gambar)


Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tengah buat pra resespi mereka ke tu. Nampaknya seperti iya hakikatnya tidak pula. Seperti juga peminat yang mahu menunggu mereka akan bersanding setelah berkahwin tahun 2013 lepas.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan mereka sebenarny memakai pakaian baju pengantin itu sebenarnya adalah untuk sesi fotographi bersempena Malaysia International Wedding Festival yang diadakan Januari tahun hadapan.

Fadilah Mansor sah bercerai

Mahkamah Rendah Syariah semalam mengesahkan perceraian antara pelakon drama, Fadilah Mansor dengan bekas suaminya, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London yang dilafazkan pada 28 September 2012. -Bharian





Shaheizy Sam kena saman!

Khamis, 18 Disember 2014

Kasihan Shaheizy Sam, pelakon kesukaan ramai ini sebenarnya tidak lari dari undang-undang, apabila dia disaman oleh Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) akibat nombor pendaftaran kereta mewahnya, Audi A5, MCM 1774 tidak mengikuti spesikasi yang ditetapkan oleh JPJ.
“Sebenarnya tak penting pun nak bercakap tentang hal ini sebab orang lain pun kena saman juga. Cuma saya nak beritahu bahawa jangan ingat selebriti boleh terlepas daripada sebarang tindakan. Orang kata artis senang terlepas kalau kena saman. Bagi saya salah tetap salah dan tiada ‘double standard’ diberi kepada selebriti,”

“Kereta tu atas nama saya dan ia menjadi tanggungjawab saya untuk selesaikan hal ini. Memanglah ibu saya ada bising minta saya tukar nombor pendaftaran secepat mungkin. Tapi saya belum sempat. Nanti ada masa saya akan tukar,” -Sam
Kereta Audi itu juga merupakan hadiah Sam kepada ibunya, Khaty Fauziah memetik portal GUA. Takpela, berapa sangat la saman tu kalau dikenakan kat Sam, hek hek.

Anak Beego, Linda berusia 7 bulan (8 gambar)


Jom lihat anak Beego dan Linda Hashim, Jelita Clarissa yang kini berusia nak masuk 7 bulan.

Rita solat di lokasi drama/filem

Akui Rita Rudaini yang dia kini tidak mahu bersolek tebal di set pengambaraan drama/filem. Ini disebabkan Rita ingin menunaikan solat dengan lebih mudah dan teratur.
"Apa yang saya lakukan ini tidak ada pula jurusolek artis di lokasi yang terasa atau mengadu hanya kerana saya tidak mahu berdandan tebal. Bukan apa, saya tidak mahu menyusahkan mereka untuk menyolekkan sekali lagi selepas saya menunaikan solat. Dengan solekan asas, ia mudah dibuang dan dipakai semula,"

"Apabila tiba waktu solat, mereka akan berehat sebentar. Jika ada babak panjang, saya meminta mereka untuk ingatkan saya. Malah, kalau melibatkan lokasi luar, tempat pertama yang dicari adalah surau. pada saya, semua ini bergantung kepada individu itu sendiri," -Rita petikan portal MediaHiburan