Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zain Saidin selesa tayang bentuk badan sebab..

Sabtu, 29 November 2014

Dengarnya Zain Saidin bangga setelah 3 bulan menjaga pemakanan yang betul dan kini beliau nampak seperti daddy fit. Dan Zain kerap memuatnaik gambar bentuk badannya kepada umum.

Zain juga akui, tindakannnya itu membuatkan dirinya lebih selesa memandangkan sebelum bergelar pelakon, dia merupakan seorang jurulatih kecergasan memetik portal Bharian.
"Saya tak kisah orang nak cakap diri ini menunjuk badan atau tak. Tapi saya secara tak langsung mahu memberi contoh kecergasan dan kesihatan yang baik untuk pengikut di laman bergambar popular itu. Malah saya sendiri sudah membuka akaun Instagram khas di bawah nama @nozainnogain.

"Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi.

"Setakat ini nak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran," -Zain

Abby Abadi kecam kenyataan Dr Mashitah

Kelantangan Dato Dr Mashitah berusara di perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini terhadap para selebriti yang hijrah ke parti pembangkang telah membuatkan ramai selebriti mula menyuara.

Terutama Abby Abadi yang membidas kenyataan Dr Mashitah itu dengan beraggapan ianya tidak sepatutnya diucap oleh orang yang berpendidikan tinggi sepertinya.

Ziana Zain terkini (9 gambar)

Jumaat, 28 November 2014


Makin cantik dan ayu melihat Ziana Zain bertudung ni kan. Walaupun usianya meningkat, tapi masih kelihatan awet muda gitu.

Untuk pengetahuan, Ziana juga menjadi salah seorang model untuk rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini.

Sharifah Shahira kemalangan, keadaannya kini...

Amat malang menimpa Sharifah Shahira yang baru-baru ini dikhabarkan telah dimasukkan ke Hospital akibat dirinya jatuh dari basikal dan disahkan doktor yang tulang kecil di sebelah kaki kanannya retak.

Sharifah ditahan selama dua hari dan memakai kerusi roda selama 2 bulan mendatang. Menurut portal Murai, Sharifah menunggan basikal adalah untuk membeli barangan dapur rumahnya..

Wana kini tampil seksi (4 gambar)


Dengarnya ini adalah Wana salah seorang penyanyi yang lahir dan menang dari program stesen TV swasta. Tapi namanya tidak gah dengan mana-mana penyanyi realiti yang lain.

Walaupun sudah mempunyai dua buah album, namun rata-rata masih lagi ramai yang tidak mengenali dirinya. (klik untuk besarkan dan baca) -gambar Forum Cari

Peminat beri RM400 kepada Keith Foo untuk..

Baru-baru ini ada satu program bersama selebriti popular dengan peminat dijalankan. Program amal 1MKL Saturday Charity Car Wash anjuran Menara Kuala Lumpur dan majalah URTV dengan kerjasama Wira Aeroback Performance CLub (WAPC) telah mengadakan sesi cuci kereta RM15 di perkarangan Menara Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Hasil rogram ini dijalankan adalah untuk disumbangakn kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia.

Bukan orang biasa yang pergi cuci kereta anda, tapi artis popular tempatan. Artis yang hadir adalah Keith Foo Izzue Islam, Miera Lyana, Aweera, Izreen Azminda, sherry Ibrahim, Nur Risteena, Zoey Rahman, Julia Ziegler dan pasangan duo ZiaBella.

Yang paling seronok sekali ada Keith Foo, dimana ada peminatnya yang sanggup bayar RM400 kepadanya.. -gambar Utusan

Gambar Camelia, anak terkini


Ni lah gambar keluarga bahagia Camelia dengan anak sulungnya kat bawah ni yang terbaharu. Walaupun kini sudah menetap di London, England, tetapi Camelia juga sering kali pulang ke tanah air.

Bukanlah kedatangannya untuk kembali ke dunia anak seni, namun hanya sekadar percutian balik kampung sahaja.

Nora Danish pakai baju nampak tali bra, peminat mula.....

Khamis, 27 November 2014

Cukup sadis sungguh pengomen-pengomen tegar kaki laman sosial ni, kadang kala perkataan yang dilemparkan cukup tiada garis panduan yang boleh diikuti, main hantam sahaja ikut suka badan.

Begitulah yang berlaku ke atas Nora Danish, apabila foto yang begitu seksi dengan memakai singlet sahaja yang sekaligus menampakkan tali branya yang berwarna hitam telah banyak dikomen oleh peminatnya/follower.

Korang bacalah komen kat bawah ni tapi yang ni berunsur nasihat sudah, menyebelahi Nora.. Ada komen tu, sampai nak sarankan Nora berbogel dah alang-alang pakai macam ni.. kuh kuh..

Pembaca berita TV9 belum sedia (video)

Kadang-kadang pembaca berita ni tak tahu apa yang sedang berlaku jika kamera untuk sesebuah rancangan TV sedang ke udara.

Ini kemungkinan besar adalah kesilapan teknikal, semalam berlaku kepada seorang pembaca berita TV9 yang sedang ke udara namun dirinya tidak tahu yang ianya sudah ke udara.

Nasib tak terjadi benda lain nok.

Fathia, Fattah berpelukan erat (10 gambar)

Adegan peluk dan romantik ini yang dilakukan oleh Fathia Latiff dan Fattah Amin (pelakon Sngapura) sebenarnya bukanlah betul-betul mereka bercinta, cuma untuk sebuah babak di dalam filem/drama Bercinta.

sesi penggambaran drama Bencinta terbitan Zeel Production arahan Shuhaimi Lua Abdullah ini dilakukan di negara teluk iaitu di Kuwait.

Kekasih masing-masing Fathia (Aiman Hakim Ridza) dan Fattah (Sherry Ibrahim) diberitahu tidak cemburu dengan adegan yang dilakukan oleh mereka lakukan kerana ianya adalah kerjaya profesional. -Gambar mStar

Pelakon lelaki dengan aksi comolot.. dia adalah..

Wah bahaya sangat ni, kalau handphone tak dijaga dengan rapi. Memang kes-kes photo pribadi tersebar atas kecuaian pemilik sering berlaku.

Baru-baru ini seorang selebriti lelaki tempatan sudah kantoi apabila gambar panasnya bercium aka bercomolot di dalam memory card telefon bimbitnya terlupa hendak diambil apabila dia pergi membuat servis di salah sebuah kedai membaiki telefon.

Mia Sara hipokrit terhadap Puteri Balqis?

Baru-baru ini pelakon kanak-kanak, Mia Sara yang membuat kenyataan dimana dia mahu mencontohi kejayaan, Puteri Balqis yang menang pelakon wanita terbaik di Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) yang lalu.

Kenyataan Mia itu dipetik daripada sebuah akhbar harian tempatan yang memperlihatkan Mia kagum dengan Balqis. Memetik portal Hmetro, Mia dikatakan bersikap hipokrit.

Ini disebabakan..

Yana Samsudin dikecam sebab pakai baju singkat seksi!

Rabu, 26 November 2014

Kasihan Yana Samsudin, aksinya dengan berbaju singkat telah membuatkan ramai peminatnya kini menyampah dan meluat akan tindakan beraninya itu.

Ramai rata-rata pengikut Facebook miliknya yang tidak menyukai dan memberikan komen-komen yang lebih negatif dan berunsur nasihat.

Peraduan MawarFizo dapat kecaman!

Dengarnya peraduan/pertandingan yang dianjurkan oleh Fizo Omar dan Mawar untuk syarikat mereka Fareeda mendapat kecaman sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tahap pengurusan yang dilakukan mereka.

Ini termasuklah mengubah syarat-syarat pertandingan dengan sesuka hati tanpa kata putus yang muktamad pada saat-saat akhir.

Tambahan lagi, pihak pengurusan atau admin page berkenaan menjawab telah membuatkan ramai yang menemplak kembali dan menimbulkan kemarahan.

Memey Suhaiza sudah sedia nama anak ke-2 iaitu..

Memey Suhaiza yang kini hamil anak ke-2 mengakui dirinya cukup selesa berbanding kehamilan anak yang pertama. Ini disebabkan Memey tidak lagi mengidam apa-apa yang dianggap luar biasa.

Memetik portal Bharian, Memey berharap jika Allah memberikannya zuriat perempuan, namanya sudah dipilih iaitu Maya Delaila yang juga butik nama perniagaan pakaiannya. Dimana butiknya ini kini menumpang di pejabat suaminya sementara mencari tapak kekal.

Kekasih baharu Intan Ladyana? (gambar)

Baru-baru ini timbul gosip yang Intan Ladyana sudah bertemu penganti Kamal Adli. Ini dibuktikan gambar dia dengan disamping dengan beberapa lelaki yang didakwa salah seorang daripadanya (jejaka berbaju kotak) adalah kekasih baharunya.

Intan yang memetik portal mStar, menafikan perkara itu dan ianya adalah cukup mengarut.
"Hahaha.. Mana adalah. Suka hati saja cakap macam itu. Lelaki itu kawan biasa saya, bukan kekasih.

"Saya belum ada teman istimewa lagi. Pelik, lagipun gambar itu biasa sahaja dimana saya bersama rakan-rakan. Bukannya berdua dengan dia," -Intan

Gambar Diana Amir mengandung 6 bulan

Kini usia kehamilan Diana Amir sudah mencecah 6 bulan. Namun Diana bukanlah seorang isterinya yang hamil hanya goyang kaki, tapi seorang yang cukup aktif ketika berbadan dua.

Ini akui sendiri oleh Diana melalui HarianMetro, yang mahu sentiasa aktif untuk mengelakkan..

Amelina akui solat sunat 3x sebelum ke dunia seni!

Selasa, 25 November 2014

Fuh, bila Amelina Dangdut masuk kembali ke dunia industri Tanah Air rasanya ramai yang tidak senang duduk, pastinya nak bergelek-gelek lepas ni.

Dengarnya Amelina telah mendedahkan yang dia sudah buat solat sunat istikharah sebanyak 3 kali sebelum membuat keputusan masuk ke dunia anak seni semula.

Memetik portal mStar, Amelina yang kini mencecah usia 40 tahun mengakui inilah masanya yang tepat selepas 15 tahun 'menghilangkan diri'.

Inilah dia kekasih baharu Remy Ishak.. (3 gambar)

Agak tidak menyangka rupa-rupanya Nad Zainal dan Remy Ishak kini bermain bunga. Memang penafian sudah dibuat oleh Nad dan Remy namun itulah realitinya, gosip hanya sekadar gosip dan kebenarnaya jauh sekali tidak terkena.

Memetik portal MalaysianDigest, Remy akui sedang berkenalan dengan seorang wanita bernama Roszaliza Yusof seorang Pengarah Urusan Roistz Labels (fesyen).

Apa yang tak kena dengan kereta Datin Eina Azman ni?

Dengarnya pelakon yang juga seorang Datin, Eina Azman telah membuat satu isu awam yang mencurigakan. Menurut oHMedia, dia parking kereta jenis Bumble Bee yang juga hadiah hantaran perkahwinannya di stesen minyak Petronas Solaris.

Itu bukan masalahnya, memang tak salah pun, tapi yang salah dengarnya dia parking di tempat pump minyak kemudian pergi makan kat Subway. Tak dipastikan berapa lama. Betul ke tidak cerita ni, harap anda semua jangan tiru je le ek. Silap ari bulan, bercalar kereta. kiki.

Emelda Rosmila akui belum mengandung cuma..

Beberapa hari lalu, Emelda Rosmila ada memuatnaik gambar yang menunjukkan alat penentuan ujian kehamilan. Namun ianya hanya lah ujian untuk melihat selepas dia berasa kurang senang apabila mendapati pusingan haidnya datang lewat seminggu memetik portal Murai.

Dan sekaligus menafikan dirinya kini hamil/mengandung.

Komen Eizlan terhadap permohonan cerai Vie

Beberapa hari lalu, memang ramai yang terkejut dan tidak menyangka akan tindakan Vie Shanti memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah ke atas suaminya, Datuk Eizlan Yusof.

Namun kenyataan media daripada kedua-dua pihak gagal ditemui dan akhirnya Eizlan tampil memberikan komen di ruangan Bharian minggu.

Nadanya cukup tegas, sepertinya Eizlan enggan mereka berpisah dan mahu kembali menjadi pasangan suami isteri dan ibu bapa yang baik.
“Susah nak komen! Aku sayang dia, family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya Aku tak boleh komen apa apa buat masa ini, aku down gila, nantilah ya”

“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,” -Eizlan

Sekitar pertunangan Haziq AF4 (4 gambar)

Isnin, 24 November 2014

Tahniah kepada Haziq Akademi Fantasia 4 (AF4) yang selamt bertunang dengan pasangannya, Maisarah yang sama umurnya dengan Haziq, 26 tahun.

Majlis diadakan di rumah Maisrah dekat Setiawangsa, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.15 petang semalam. Haziq memberikan 5 dylang hantaran dan dibalas 7 oleh Maisarah.

Mereka merancngan untuk bertunang dengan tempoh selama 10 bulan sebelum bergelar suami isteri. -sumber Murai

Zain Saidin menyusukan anak dibidas~

Ada sahaja yang dengki dan tidak senang duduk melihat kebahagian Zain Saidin dan isterinya, Rozita Che Wan (Che Ta) yang kini memiliki cahaya mata bernama Aaisyah Dhia Rana.

Begitulah ceritanya, Zain yang memuatnaik gambar dia menyusukan anaknya itu di bidas oleh sesetengah pihak yang memberikan nasihat dimana cara Zain memberikan anaknya itu susu adalah tidak betul dan boleh mendatangkan bahaya iaitu mati tersedak.

Bahkan ada dakwaan dimana suami isterinya ini memberikan susu formula berbanding susu badan di usia Aaisyah Dhia Rana yang masih lagi tidak sesuai untuk susu formula

Juliana, Emma bergaduh di Los Angeles? sebab Zizan?

Juliana Evans dan Emma Maembong adalah dua selebriti yang dikenali kerana ada kaitan dengan pelawak, Zizan Razak. Mungkin anda berfikir, kenapa admin bercerita mengenai mereka berdua ini.

Terlebih dahulu, dengarnya semalam, Juliana yang sudah pulang ke Malaysia selepas tamat belajarnya di Amerika, akan kembali aktif di dalam dunia anak seninya semula.

Mungkin sedikit pelajaran dan skill telah diperolehi Juliana ketika berada di luar negara untuk diserapkan sepenuhnya di dalam lakonannya kelak.

Berbalik pulak kepada tajuk dan perenggan pertama, ada juga ura-ura yang menyatakan Juliana dan Emma bergaduh di Los Angeles sekitar awal tahun ini menurut portal MEdiaHiburan.

Namun Juliana menafikan hal itu dan akui tidak pernah berjumpa dengan Emma.
“Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar”

“Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain. Tambahan pula kami sudah lama tak berjumpa. Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa,” j

“Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,” -Emma.

Abam Bocey akui cari isteri guna cara syirik!

Rasanya mencari calon isteri dengan menggunakan cara seperti ini adalah berdosa besar dan sangat musyrik. Namun itulah hakikat sebenar yang dilakukan oleh pelawak Abam Bocey yang mengakui membuat demikian untuk pasangan hidupnya.

Ini dilakukan olehnya atas satu babak untuk telemovie, Terpaku Pontianak yang akan ke udara penonton di TV9 bermula pada 24 November 2014, 8.30 malam. -sumber mStar

Nak tahu lebih lanjut, silalah tonton nanti malam ek. Keh keh.. Suspen kan..

Jimmy terima MBA UiTM

Tahniah buat pengacara TV, Jimmy Shanley telah menerima Sarjana Master di Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini.

Jimmy mengambil jurusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dengan ditemani isterinya, ketika majlis konvokesyen ke-81 UiTM.

Selain itu juga, dengar khabar yang memetik portal Murai, Jimmy akan menyambung pelajaran PhD (doktor falsafah) dengan gelaran Doktor, yang memakan masa selama 4 tahun.

Ella 'pukul' peserta ujibakat Mentor! (video)

Ahad, 23 November 2014

Sebelum ni kecoh Mas Idayu tengah naik darah dengan seorang peserta lelaki di dalam rancangan Mentor. Namun ramai yang juga tidak tahu, yang Ella juga ada cara tersendiri di dalam rancangan tersebut.

Kalau Mas guna tinggi bahasa dan hentakan meja, Ella pula main 'pukul-pukul'. ish dasyat ni..

Dynas akui berkenalan dengan seorang jejaka bernama..

Sabtu, 22 November 2014

Mungkin ramai masih yang tidak tahu yang pelakon, Dynas Mokhtar kini sudah solo sejak 25 Feb yang lalu. Tidak diketahui mengapa setelah 6-7 bulan, baru Dynas mahu memberitahu kepada umum. Adakah dia mahu kahwin semula?

Menurut portal GUA, Dynas menafikan perkara itu.

Ezad Exist didakwa miliki syabu..

Ezad, semalam, 21/11 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, Rabu lepas.

Ezad didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada 1.30 tengah hari 19 Nov lepas.

Ezad, yang popular dengan lagu 'Jesnita' didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan Ezad diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Dis untuk sebutan.

Ezad, yang pernah berlakon dalam filem 'Anak Mami The Movie' membayar wang jaminan itu. -BERNAMA

Pakaian hazab dipakai Izreen Azminda

Jumaat, 21 November 2014

Baru-baru ini Izreen Azminda telah membuat satu kejutan apabila dia memperagakan fesyen 'killer' yang menampakkan sebahagian bentuk badan belakangnya.

Walaupun bergelar 'janda', Izreen sepertinya masih lagi berbisa dengan gaya seperti ini seumpama burung yang bebas di udara tanpa halangan.

Akibatnya, ramai peminatnya yang mengkritik positif dan negatif akibat daripada pengayaan fesyen ini.

Emelda Rosmila mengandung anak sulung?

Menurut info yang memetik portal Murai, isteri kepada Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila yang juga seorang pelakon kini sudah berbadan dua aka hamil/mengandung anak sulung mereka.

Ini dibuktikan dengan status instagram Emelda yang berbunyi ‘pregnancy test’ dengan ‘caption’. Kalau benar berita ini, tahniah lah diucapkan setelah 5 tahun berkahwin.

Semoga Emelda boleh menjaga kesihatannya ketika mengandung.

Rozita, Fasha kongsi gambar pantang (5 gambar)

Kedua-dua aktress popular tanah air, Fasha Sandha dan Rozita Che Wan yang selamat malahirkan anak masing-masing telah memberikan satu kejutan buat peminat mereka.

Mereka berdua sempat berkongsi gambar berpantang. Walaupun berpantang, tapi wajah mereka tetap glowing. Memang masih kekal anggun dan cantik mereka berdua ni.

Dengarnya Che Ta akan menjaga pantang bersalin untuks setahun bagi mengekalkan kelangsingan tubuh badannya. Tak tahu pula Fasha sampai bila, mungkin tak selama Che Ta kot.

Bung Mokhtar saran Astro di tutup sebab..

Astro ni memang dah melampau. Kita bayar tiap bulan bukan nak lihat iklan di setiap ruangan slot rancangannya tapi nak tonton hak penuh tanpa sebarang gangguan.

Kalau nak beriklan, p buat jadi macam RTM, Media Prima atau al Hijrah. Kalau yang 3 stesen tv ni, beriklan sampai berminit-minit pun tak pe kan, ramai yang boleh terima lagi, sebab bulan-bulan rakyat tengok tv percuma.

Suami kepada Zizie Ezatte, Datuk Bung Mokhtar baru-baru ini ada menyuarakan pendapatnya yang mewakili kesemua pelanggan Astro di Parlimen dengan menyatakan pendirian yang sama mengenai jumlah iklan di Astro yang melampau.

Bung juga menyuarakan dan menyarankan agar syarikat Astro ini di tutup kerana 'menindas' pelanggannya. Lantas hujah Bung dipintas oleh Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said yang membalas jawapan kepada Bung dimana tidak risau kalau isteri di 'banned' oleh pihak Astro.

Soal 'banned' tak jadi masalah, yang penting TIADA LAGI IKLAN. Admin harap TM (Telekom Malaysia) boleh jadi pesaing yang boleh mengatasi masalah ini ditambah dengan slogan mereka, 'TIADA Masalah Gangguan Cuaca'. Kikiki..

Isteri Datuk Telajak Laris (14 gambar)

Khamis, 20 November 2014

Mungkin ramai yang tidak mengetahui wajah isteri kepada orang paling dikenali di dalam dunia perniagaan, Datuk Aliff Syukir (telajak laris). Nama isterinya adalah Datin Nur Shahida.

Mereka kini sebenarnya sudah mempunyai sepasang orang anak, iaitu Qadejah Eh Zahra dan Ibraheem Adham.

Lara Alana pandai sebut namanya (video)

Lihat daripada video ini pastinya korang tak percaya yang anak Scha al Yahya dan Awal Ashaari iaitu Lara Alana dah sepertinya pandai menyebut namanya sendiri.

Mungkin ada sedikit persamaan sebutannya, namun biasalah, masih lagi bayi kan. Apa-apa pun memang comel la. Hehe.

Sesi fotographi anak ke-2 Fasha Sandha (20 gambar)

Selepas selamat bersalin anak ke-2 yang juga anak pertama berjantina perempuan pada 7 Nov yang lalu, kini Putri Raysha Jemaima telah membuat sesi fotograpi untuk dijadikan kenang-kenangan walaupun belum ada sebulan lagi usianya.

Tema sesi foto kali ini adalah “Princess of Earth” ala-ala ikan duyung. -gambar Camora Arts Photography

Farid Kamil jatuh tingkat 4, keadaannya kini...

Farid Kamil jatuh dari tingkat 4, bukanlah disebabkan oleh tindakan Diana Danielle (isteri) enggan berlakon dengannya tapi ianya cukup sinonim dengan adegan xtrem untuk sebuah filem.

Farid dikatakan jatuh dari tingkat 4 semata-mata untuk satu babak dalam filem Kaki Kitai. Keadaan Farid tidak lah serius memandangkan jatuhnya itu dari arah belakang.
“Cabaran paling teruk adalah ketika melakukan babak jatuh dari tingkat 4. Persiapan awal tak dilakukan dengan baik dan pengiraan saya juga silap. Saya terhempap di bahagian belakang dan akibatnya, ia mendatangkan kecedaraan di bahagian belakang saya.

Saya tak boleh nak ‘bajet’ sebab saya jatuh dari bahagian belakang, kalau bahagian depan mungkin saya dapat kawal. Selepas jatuh, saya tak bernafas dalam lima saat dan memang susah nak tarik nafas,”

“Bukan tak serik tapi malang tak berbau. Memang saya ada cakap nak kurangkan aksi lagak ngeri, namun saya memang tak sangka benda itu akan berlaku. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan akan pastikan saya melihat dulu pakar buat sebelum saya sendiri melakukan aksi. Kalau selamat untuk lakukan, saya akan buat,” -Farid petikan portal GUA

Shima akui 4 kali kahwin, 4 kali cerai!

Rabu, 19 November 2014

Siapa-siapa yang remaja dan bujang era 90-an pastinya mengenali penyanyi Shima (Ku Nazhatul Shima). Dengar khabar Shima telah bercerai sejak 2 tahun yang lalu dengan lelaki berketurunan negara Kanada.

Namun itu bukanlah perceraian pertama buat dirinya, malah akuinya melalui laman mStar, ianya adalah yang ke EMPAT kalinya!

Ayu OIAM kini hamil anak ke-3..

Tip top penyanyi, Ayu OIAM (One in a Million) kini hamil anak ke-3 dan dikhabarkan akan melahirkan anak berkenaan pada bulan Januari tahun hadapan.

Ikut portal Murai, jantina anaknya ini adalah lelaki. Anak sulungnya, Syed Nashrul berusia 5 tahun dan anak ke-2, Sharifah Alyah Adriana berusia 3 tahun.

Diana Danielle elak berlakon dengan Farid, sebab...

Agak pelik, isteri enggan berlakon dengan suaminya. Namun itulah pendirian Diana Danille yang enggan berlakon dengan suaminya, Farid Kamil.

Pendirian ini diluahkan Diana atas sebab kebaikkan bersama demi anaknya tersayang, Muhammad.

Mas Idayu 'over' sangat, marah masa ujibakat (wajib tengok)

Mas Idayu dikatakan terlalu 'over' di dalam pengambilan ujibakat Mentor Legend 2014 seorang lelaki bernama Erdy Sofian.

Memang ramai yang tidak puas hati terhadap cara Mas Idayu ni. Selebriti yang lebih popular daripada dia ni pun tak juga macam ni yang mengakui suaranya cukup bagus (6.40 minit).

Buat lah cara baik, lembut bahasa. Lepas ni, sure kalah Mentor. kuku.. Good bye la Mas. Admin tabik kat Erdy ni, walaupun suara dia bagus dan hensem, tapi cara dia melawan balik kata-kata Mas membuatkan ramai terpegun, soalan perangkap lembut yang slumber yang membuatkan Mas sampai naik darah. kiki.

Vie Shantie, Eizlan Yusof nak bercerai?

Patut la pelik selama ini melihat instagram Datuk Eizlan Yusof dan Datin Vie Santie tidak bersama-sama gambar mereka, bahkan jarang sekali dapat melihat gambar mereka berdua bersama.

Rupa-rupanya semalam memetik portal MediaHiburan, 18/11 sudah terjawab. Vie telah memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Namun atas sebab-sebab tertentu prosedur mahkmah, tarikh perceraian mereka terpaksa ditunda ke 13 Januari tahun hadapan bersama-sama saksi dan peguam masing-masing.

Mereka berkahwin dan mendirikan rumahtangga sejak 7 Julai 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata,Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Alif Satar bakal bergelar ayah, isteri hamil berusia...

Selasa, 18 November 2014

Tahniah kepada penyanyi, Alif Satar yang dikhabarkan isterinya, Shad kini hamil untuk usia 2 minggu setelah mendirikan rumahtangga 15 September 2014 yang lalu.

Ini dibuktikan lagi dengan ucapan Alif sendiri memetik portal MediaHiburan.
"Yes it is but still so early to announce."

Abby bakal menjadi madu Memey?

Mungkin ramai yang sudah mengetahui hubungan diantara Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi memang terjalin dengan erat.

Dan Memey Suhaiza juga sudah berbaik semula dengan Abby dan menanggap Abby sebagai sebahagian daripada keluarga besar mereka.

Namun soal Abby mahu mnjadi isteri ke-2, atau rujuk atau Memey menjadi madu adalah salah satu yang menjadi persoalan yang bermain di fikiran Memey.

Dan ini komen Memey dan Norman memetik portal GUA..

Riz Amin bakal bergelar ayah, isteri hamil berusia...

Dikhabarkan isteri kepada pelakon, Riz Amin, Sharifah Fazlina kini mengandung/hamil anak sulung mereka dengan usianya 3 bulan.

Ikut info, mereka kahwin pada 15 November 2013 yang lalu. Tahniah diucapkan.
"Alhamdulillah, ini yang dinamakan rezeki. Pada awalnya kami memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata selepas setahun berkahwin. Dan kini isteri saya telah hamil," -Riz memetik portal MediaHiburan

10 tahun! Nora Danish belum ada anugerah.

Perasan ke korang yang Nora Danish hanya popular di laman sosial namun tidak sebaliknya. Mana tidaknya, anugerah yang berprestij belum lagi dia miliki.

Menurut laporan Kosmo!, 10 tahun bergelar pelakon, dengan 15 buah filem, dan puluhan drama, tapi belum ada anugerah yang dimiliki.

Keith Foo bakal miliki Nissan GTR, RM400,000! (gambar)

Isnin, 17 November 2014

Wah rasanya hero drama Ariana Rose, Keith Foo bakal memiliki kereta sport mewah, Nissan GTR berharga RM400,000. Ini dibuktikan dengan gambar kereta berkenaan yang di dalam rancangan untuk pembelian yang dimuatnaik di dalam laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Kalau diikutkan caption yang tertulis, menunjukkan ucapan terima kasih kepada tuannganya, Kim Raymond yang telah 'merestui' akan niat Keith untuk memiliki kereta ini. Rasanya Keith dah mampu nak beli kereta seperti ini, kerier kerjayanya sudah hampir kemuncak.

Tahniah.

Wajah comel anak Che Ta, Zain (6 gambar)

Comelnya melihat gelagat anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin ni, Aaisyah Dhia Rana. Mimik mukanya seakan-akan sudah mengerti yang dia akan digambarkan.

Korang rasa lak macamana?

Sharifah Sakinah berani tayangkan paha (4 gambar)

Kalau dah pakai seksi, terimalah komen panas daripada peminat/pengikut kan. Sharifah Sakinah dikecam baru-baru ini gara-gara memakai seluar pendek yang menampakkan pahanya.

Fesyen berkenaan juga dikenakan Sharifah ketika hadir di sebuah majlis majalah tempatan. -gambar HotlipsCorner