Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hafiz Suip bakal bertunang dengan.. pada..

Jumaat, 31 Oktober 2014

Memetik laporan Utusan semalam, Hafiz Suip bakal merancang untuk bertunang pada tahun 2015 yakni hadapan pada usianya 25 tahun dengan pasangannya yang mahu digelar sebagai 'Fy' sahaja.

Tidak diketahui bilakah tarikh sebenar pertunangan berkenaan. Fy yang muda 2 tahun dari Hafiz, merupakan seorang bakal graduan akauntan yang tidak diketahui IPT mana.
“Dia (kekasih) masih lagi belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara. Jadi, saya perlu menghormati hak privasinya.

“Buat masa ini kalau ada jodoh, saya sudah bersedia berkahwin pada usia muda,” -Hafiz

Remy Ishak, Rita Rudaini hangat bercinta? (4 gambar)

Gosip hubungan Rita Rudaini dengan Remy Ishak tersebar luas apabila dikatakan sebuah akaun palsu laman sosial atas nama pelakon Remy Ishak telah dikeluarkan untuk mengaitkan mereka berdua ini sebenarnya bercinta.

Ini terjadi apabila mereka ada bergambar bersama untuk satu sesi drama/filem, dan disinilah ada pihak yang mengambil kesempatan kononnya mereka ada menjalinkan hubungan.

Namun akui Remy, dia tidak pernah menyimpan niat untuk memperlakukan seperti ini (statement palsu) dengan menambah ianya adalah propaganda dari orang yang tidak suka akan dirinya.

Rita juga menjelaskan yang dia tidak ada hubungan cinta dengan sesiapa.

Baru sehari berlakon dah kena 'tendang'!

Hanez Suraya yang dihimpit kontroversi bersama suami orang beberapa bulan yang lalu mengakui yang sekarang susah buat dirinya untuk mendapatkan pekerjaan dan tawaran akibat sering ditolak ramai produksi.

Pun begitu, Hanez ada diterima di dalam telefilem bertajuk, Cik Timah Sekolah Bandar. Namun tidak lama selepas shooting untuk sehari, dia 'ditendang' keluar daripada berlakon telefilem berkenaan.

Hanez pun memadam gambar dia tengah shooting telefilem berkenaan sebagai satu bentuk protes aman.
"Sebenarnya saya dah mula berlakon untuk telefilem itu. Tapi saya sempat ikut satu hari sahaja. Malam pada hari pertama penggambaran itu saya dimaklumkan bahawa watak saya digantikan dengan orang lain.

"Mereka ada jelaskan sebabnya kenapa saya terpaksa ditukar dengan orang lain. Cuma tak perlulah saya panjangkan isu ini. Saya anggap ia bukan rezeki saya. " -Hanez petikan Kosmo!

Ada yang tak kena dengan gambar ni ke?

Khamis, 30 Oktober 2014

Agaknya apa yang tak kena dengan gambar ni ek, mungkin anda berasa jangal untuk menilainya. Namun daripada apa yang diperhatikan Reen Rahim yang juga finalis Pilih Kasih ke-3 telah membuat satu jelingan tajam dan manja kepada Tauke Jambu.

Sehinggakan gambar ini membuat satu hit yang tinggi untuk dijadikan perhatian kata sebuah sumber. Mungkin ada rahsia kot disebalik semua ni. Tauke kan single juga kalau tak silap, dia memang kelihatan hensem mix lucu.

Rasanya ramai perempuan minat kat dia ni kan.

Tomok enggan jadikan Arrian punca pendapatan (22 gambar Arrian)

Jika diikutkan laman sosial Instagram milik Tomok (#tomokofficial) memang cuku ceria dengan kelibat anaknya Arrian. Asal sahaja muatnaik gambarnya pasti ramai yang 'love' gambar berkenaan mencecah ribuan.

Tomok akui memetik portal MyMetro yang anaknya yang berusia 3 tahun itu juga membuatkan dirinya sebagai 'penarik' dengan bertambah popular dikalangan peminatnya buat masa ini.

Namun Tomok bersikap tegas di dalam mendidik anaknya, enggan menerima tawaran apa-apa untuk anak kesayangannya itu.

Mimie dikejarkan ke hospital Bandung sebab... (3 gambar)

Dengar khabar yang penyanyi, Mimie One Nation Emcess telah diberikan rawatan di salah sebuah hospital dekat Bandung, Indonesia ketika mana dia dan rakan-rakannya pergi bercuti minggu lalu.

Memetik portal Murai, Mimie dikatakan keracunan makanan. Tak dipastikan makanan apa yang dimakannnya. Namun berharap keadaan Mimi bertambah baik dan elok. Semoga cutinya menjadi gembira daripada duka.

Punca sebenar TMJ tak pilih Fazura?

Mungkin ramai yang tidak menyedari kenapa hubungan yang dibina oleh Fazura dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismali putus ditengah jalan.

Banyak foto-foto kenangan mereka bersama dimuatnaik beberapa bulan lalu sebelum TMJ bernikah pada minggu lepas.

Menurut sebuah blog tempatan, hubungan mereka putus ditengah jalan disebabkan oleh kerana keluarga TMJ yang tidak menyukai atau berkenan dan menghalang percintaannya dengan Fazura.

Tidak tahu sumber kesahihan ini lagi, kalau betul, Fazura terimalah dengan hati yang terbuka dan redo okey. Kumbang bukan seekor kan.

Aeril, Wawa ke Paris (5 gambar)

Rabu, 29 Oktober 2014

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Aeril Zafrel dengan isterinya, Wawa Zainal telah pergi bercuti ke salah satu buah negara di Eropah. Selain bercuti, mereka sebenarnya menjayakan sebuah program tv terbitan Astro untuk di ke udarakan tidak lama lagi. Tidak kelihatana anak mereka, mungkin tidak dibawa bersama kot. -Instagram AerilZafrel

Bila Siti Saleha pakai legging (2 gambar)

Dengarnya Siti Saleha memakai pakaian yang 'seksi' dikhalayak umum. Pakainnnya ini cukup ketat sehinggakan menampakkan bentuk badannya. Seluar legging ni biasanya cukup popular, namun tidak kena tempatnya untuk dipakai. Bahkan kalau diri tu masih mempunyai agama.

Bukan nak blame atau mengongkong pemakaian yang dipakai oleh Saleha sebenarnya, tapi pemakaian yang elok akan diikuti oleh orang lain, artis ni kan boleh dijadikan idola, apa yang dia buat, peminat dia juga ingin rasa mahu ikut.

Jadi pakai pakaian baik juga dapat saham akhirat untuk diri sendiri dan kepada siapa yang ikut, pakai sendat-sendat, nah fikir lah sendiri kan. Keh keh. -gambar Kamithemedia.Blogspot.com

Otak dia berjambul! -Tauke Jambu

SuperSpontan 2014 sudah pun melabuhkan tirainya. Namun ada perkara yang terjadi diantara pesertanya, Tauke Jambu dengan pengiring spanduk gadis SuperSpontan.

Tauke ada bergambar dengan gadis berkenaan dan memuatnaik ke dalam laman sosial. Namun berlaku sedikit ketegangan diantara Tauke dengan pengikutnya akibat komen yang tidak rasional dikeluarkan.

Mana tidak bengang Tauke, ni cuba korang baca komen tersebut. -gambar HotlipsCorner

Tanyang pusat, Haniz digelar pelacur! (2 gambar)

Segelintir selebriti Muslim sekarang ni dah berani mendedahkan ini itu tanpa mengenal batasan Agama. Nak cari duit halal memang banyak cara, nak lebih popular pun banyak cara juga.

Tidak dengan Haniz Zalikha, dia sanggup menayangkan perutnya di dalam satu sesi photography studio yang dijalankan untuk majalah Cosmopolitan Malaysia (memetik portal Murai).

Walaupun bukan Haniz memuatnaik gambar itu, namun dia tetap dikecam oleh pelbagai komen pengguna laman sosial Instagram.

Bienda selamat melahirkan anak (gambar)

Tahniah kepada Bienda serta suaminya. Memetik portal Bharian, Beinda diberitakan selamat bersalin anak ke-2 pada minggu lepas yakni 23 Oktober di sebuah hospital di Kuala Lumpur sekitar jam 8 malam.

Nama anaknya itu adalah, Laxiendra Namiraz. Namun Bienda bersalin awal daripada jadual yang telah ditetapkan pada 2 November akan datang.
"Memang tak ada rezeki saya nak lahir secara normal. Tapi saya bersyukur anak kedua ini sihat walafiat dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dari awal doktor pun cakap sepatutnya tak ada masalah untuk bersalin secara normal.

"Tapi tiba-tiba tak tahulah kenapa saya demam panas sejak Rabu lalu. Keesokan harinya terus rasa sakit nak beranak dan bergegas ke hospital. Tak sampai sejam di hospital air ketuban saya pecah dan degupan jantung anak saya pun berdegup lagu.

"Jadi bimbang membahayakan kesihatannya, doktor suruh saya bersalin secara pembedahan saja," -Bienda

Aidil, Zaquan sekeluarga ke LegoLand (13 gambar)

Selasa, 28 Oktober 2014

Baru-baru ini adik beradik Zaquan Adha dengan Aidil Zafuan serta ahli keluarga masing-masing telah melaungkan masa hunjung minggu ke pusat taman permainan Lego Land.

Ayu Raudhah dan Zarema juga baik-baik sahaja hubungan mereka. Sangat bahagia sekali melihat keluarga besar ni. Dengan anak-anak mereka yang dah membesar. Jom layan sat. -Instagram AyuRaudhah

Gayatri belikan kereta Maserati untuk Zul?

Gosip yang melanda Zul Ariffin tidak pernah putus-putus. Terbaru dengarnya dia ditaja oleh kekasihnya, Gayatri Su Lin Pillai. Ini berlaku apabila Gaya dikatakan di membeli kereta mewah berjenama Maserati beberapa hari lalu dan memuatnaik gambar kereta berkenaan di laman sosial miliknya.

Namun memetik portal mStar, Zul menafikan perkara ini dimana kereta itu dibeli untuknya.
"Semua yang saya miliki sekarang adalah hasil titik peluh saya malah pakaian untuk penggambaran pun saya beli sendiri dan isu ditaja oleh Gayatri tidak timbul kerana saya tidak pernah mengharapkan sebarang 'tajaan' daripada sesiapa pun.

"Kereta Maserati yang didakwa dia belikan untuk saya tidak benar dan lebih baik dia beli untuk dirinya sendiri sebab dia yang minat kereta itu," -Zul
Biarpun sudah mempunyai kereta mewah Audi, namun dia tetap menggunakan kereta Perodua MyVi untuk ke lokasi penggambaran kerana ia lebih fleksible dan menjimatkan minyak.

Aksi peluk bahagia Siti Nurhaliza, Datuk K (4 gambar)


Memang kelihatan sweet dan bahagia sungguh gambar yang dimuatnaik Dato' Siti Nurhaliza dengan suaminya, Datuk Seri Khalid ni kan. Berpelukkan sepasang suami isteri.

Ramai yang menyukainya bahkan dua keping gambar ini sudah di like 50,000 di Instagram. Namun ada juga yang tidak menyukai aksi ini dengan kata-katanya sendiri.

Nak tahu? tu baca kat bawah.. kuku..

TMJ kahwin, reaksi Fazura pula..

Bekas kekasih kepada TMJ (tunku mahkota Johor) Tunku Ismail iaitu Fazura tidak berasa terkilan dan berduka melihat 'kenalan'nya itu kini menjadi suami kepada Cik Puan Khaleeda.

Mereka yang dinikahkan pada hari Jumaat lalu telah mendapat ucapan daripada Fazura yang mengucapkan tahniah serta mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Memetik portal GUA, Fazura mendoakan agar mereka berbahagia sehingga ke akhir hayat.

18+SG Awal, Scha jumpa hantu~ (video)

Memang agak mencabar dan menarik untuk dirasai sendiri ke rumah besar hantu yang ada di Sunway Lagoon ni. Empat orang selebriti sudah merasainya sendiri diantaranya Scha al Yahya, Awal Ashaari, Bern Jern dan Hanif Era FM.

Dengan tema Nights of Fright 2, 4 orang selebriti ini telah menerima perjalanan yang menakutkan apatah lagi ianya dilakukan di malam hari. Mungkin ianya satu bentuk promosi Sunway untuk menarik minat orang ramai mengunjungi dan mengalaminya sendiri pengalaman di waktu malam.

Paling gagal adalah Bern, seorang yang penakut. keh keh. -video Facebook ASWAQ Magazine

Awak ni bodoh ke bengang? - Che Ta

Isnin, 27 Oktober 2014

Isu Rozita Che Wan baru-baru ini menjadi semakin hangat. Mana tidaknya dia bengang kat laman sosial mengenai isu bersalin ditaja KPJ kelas pertama tu.

Ada pihak yang menasihati Che Ta dengan kata-kata sindiran, tetapi di balas semula oleh Che Ta dengan perkataan yang boleh besar mata anda membacannya.

Memang diakui ramai yang menyokong dan ada juga yang tidak setuju kadang-kadang statement yang dikeluarkan ni disalah ertikan.

Untuk menasihat, gunalah kata-kata yang terbaik, untuk membalas nasihat juga, gunalah kata-kata yang lebih mengeratkan hubungan.

Kalau masing-masing dengan cara masing-masing, memang sampai kiamat lah bergaduhnya kan.-foto Ohbulan

Adira, Shahrul bakal berkahwin 2015?

Dengarnya Adira akan berkahwin dengan Presiden Gerakan Belia 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamaruddin. Sumber memetik portal Utusan mengatakan yang hubungan mereka amat serius dan akan ke arah menyatukan mereka dengan ikatan yang sah tidak lama lagi.

Hubungan pula direstui oleh keluarga masing-masing. Dengarnya juga, Shahrul sudah bertemu dengan keluarga Adira di Sabah beberapa minggu yang lalu.

Tahun 2015 adalah bakal tahun mereka mendirikan rumahtangga namun tarikh bila tidak diketahui secara tepat kata sumber berkenaan.

JIka diikutkan mereka mahu bertunang dahulu sebelum berkahwin. Kalau dah plan macam ni, bagus disegerakan. :)

Aziz M. Osman kaitkan isu pegang anjing - pelakon!

Wajah Anzalna Nasir tanpa make-up (2 gambar)

Sekitar majlis pernikahan TMJ, Khaleeda (8 gambar)

Sekitar akikah anak Scha, Awal (20 gambar)

Ahad, 26 Oktober 2014

Diana Danielle cantik bertudung (5 gambar)

Sekitar majlis pertunangan Sharifah Sakinah (5 gambar)

Anak lupa Wawa Zainal sebagai ibunya.. (8 gambar)

Jumaat, 24 Oktober 2014

Liyana Jasmay, keluarga ke England (17 gambar)

Video Lara alana secara live

Berselfie dengan jenazah ayahanda, Fiffy di kecam (2 gambar)

Inilah dia kekasih Elfira Loy..

Khamis, 23 Oktober 2014

Mesti korang nak tahu siapa sebenarnya kekasih kepada pelakon muda, Elfira Loy kan. Dia ni seorang aktor dari Indonesia. Namanya Baim Wong.

Kali terakhir mereka bersama adalah pada tahun lepas dimana Baim ke Malaysia dengan temani Elfira untuk mempromosikan telemovie bertajuk, Untuk Terakhir Kali.

Bienda akan melahirkan anak ke-2 pada.. (4 gambar hamil)

Memetik portal Bharian, Bienda dijadualkan akan melahirkan anak ke-2 pada 2 November hadapan iaitu minggu hadapan dengan kaedah normal. Kini usia kandungannya mencecah 9 bulan dengan harapan anak yang dikandungnya itu adalah seorang lelaki.
"Sewaktu melahirkan anak sulung (Lavienda Namiraz Kamarul Zariman), saya memilih untuk bersalin secara pembedahan. Jadi kali ini saya berhasrat untuk melahirkan anak secara normal pula. Orang cakap kalau lahir normal, senang nak jaga anak.

"Jantina anak pun saya tak tahu lagi. Bakal anak dalam perut ini sembunyikan diri. Tak tunjuk jantinanya. Doktor kata biasanya kalau jenis sembunyi jantinanya kebarangkalian ialah mendapat anak perempuan.

"Saya berharap dapat anak lelaki. Tapi tak kisahlah apa saja jantina anak nanti. Janji kesihatannya baik dan cukup sifat,"
Difahamkan lagi, Bienda juga kini seorang yang aktif dalam dunia perniagaan dimana dia menjual tudung sejak 6 tahun yang lalu dibawah naugan BL By BiendaLavienda dimana kedainya terletak di Busana, MedanMara.

Tarikh perkahwinan Zizan, Emma Maembong...

Memang ramai yang tidak sabar melihat pasangan kekasih selebriti Zizan dan Emma Maembong nak mendirikan masjid aka bernikah.

Dan ada juga cakap-cakap yang mereka akan ke arah itu tidak lama lagi. Namun memetik portal GUA, Zizan menafikan hal demikian dan mahu memfokuskan kerjayanya terlebih dahulu.
“Fokus saya sekarang adalah kerjaya. Saya mahu semua perkara stabil dahulu, baru fikir untuk ke langkah seterusnya. Bukan sahaja dari segi kewangan, saya kena pastikan keluarga saya dahulu stabil, barulah saya akan merancang mengenai perkahwinan,

“Tiada tekanan. Saya suka apabila ramai menunggu kerana pastinya orang akan mendoakan yang terbaik untuk saya. Ia juga bermakna orang di luar sana menyokong hubungan saya dengan Emma. Emma sendiri pun tidak pernah mendesak dan menyerahkan semua kepada saya.

Apabila kami berdua sudah bersedia, pastinya saya akan mendedahkan ia (tarikh perkahwinan) kepada umum,” -Zizan.

Anak Noryn Aziz 3 bulan (6 gambar)

Dah nak masuk usia 3 bulan anak kepada Noryn Aziz ni, Raja Bariq Umar Shah. Masih terlalu kecil lagi anaknya ini, tapi cukup menceria dan membahagiakan suasana rumahtangga antara Noryn dengan suaminnya Datuk Raja Kamarul.

Jom layan. -gambar Instagram NorynAziz

Inilah dia kekasih Jep Sepahtu (5 gambar)

Dulu ada gosip yang menyatakan yang ada sumber yang melihat kelibat Jep Sepahtu keluar bersama seorang wanita yang juga seorang pelakon tempatan.

Maka gosip itu sebenarnya nampak benar dimana ada beberapa keping foto yang dimuat naik oleh Jep sendiri di laman sosial Instagram miliknya memperlihatkan Jep bersama dengan pelakon yang diberi nama Nazeera Sardi. Siap jumpa emak lagi tu.

Nazeera pernah berlakon di dalam drama Hanya Padamu tahun 2012 yang lalu.

Gambar anak Lisdawati, Fauzi terkini (14 gambar)

Selasa, 21 Oktober 2014

Dah menjangkau 4 bulan usia anak bongsu Lisdawati dengan Fauzi Nawawi ni. Namanya mungkin korang lupa, ni ha, Ahmad Nur Fyrdaus. Memang comel dan sihat.

Teringin dapat anak macam ni kan. :)

Rico Rinadli pegang akui pengang anjing..

Isu pegang anjing memang hot buat masa ini buat kalangan orang Islam di Malaysia. Soal agama memang admin tak pro sikit, tapi pakai otak yang waras, anjing memang tak boleh sentuh lah ah kalau nak sentuh kena ada sebab yang diharuskan, kalau ada anjing pun, pasti kena 'suh-suh' je tu. Pasal admin pun ada dendam sikit kat anjing ni, dulu sekolah rendah kena kejar anjing je selalu, dah lah besar bapok tu anjing, ntah apa salah admin masa kecil kena kejar, tu kalau kena gigit, memang nak kena lah anjing tu kelak dengan ketrurunannya. keh keh.

Berbalik soal tajuk, ni ha nak beritahu seorang pereka fesyen terkenal, Rico Rinadli (seorang muslim). Dia difahamkan telah memuatnaik gambar dimana dia dia memegang seekor anjing ketika berkunjung ke rumah penyanyi Atilia Haron.

Namun isu pegang oleh Rico menjadi perhatian ramai, bahkan ada yang mengecam tindakan Rico itu. Menurut portal Murai, Rico akui yang dia memang memegangnya tapi anjing itu..

Bila Erra Fazira bawa Engku Alessya keluar (2 gambar)

Terbaru mengenai anak Erra Fazira, Engku Aleesya kini semakin lama semakin mendapat perhatian. Bila bersama ibunya, pasti Erra tidak mahu melepaskan peluang untuk menambah cantikkan lagi anaknya itu.

Pergi ke salun untuk mengayakan rambut serta pembelian barangan aksesori diri untuk anak kesayangannya itu. :)

Foto bersama gadis di kelab malam, Zul akui...

Foto mesra Zul dengan seorang wanita tidak dikenali beberapa minggu lalu telah mencetuskan kontroversi. Foto yang memaparkan adegan peluk itu dikatakan dilakukan disebuah kelab malam di Pulau Langkawi.

Namun Zul semalam menerusi sidang media memetik portal mStar mengakui hal itu, dan wanita berkenaan hanyalah peminatnya sahaja.
"Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

"Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat,"

"Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.

"Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini,"

"Tetapi dua orang pertama yang tahu situasi sebenar adalah ibu saya dan Gayatri (kekasihnya)," -Zul.
Aik. lihat gambar macam Zul pula kan yang berlebih-lebihan, bukan peminat tu. ke kantoi dah tu. keh keh.

Gabungan Mawi, Hazama & Daily terbaek!

Isnin, 20 Oktober 2014

Dengarnya Mawi sejak beberapa bulan ini semakin aktif semula dengan bidang nyanyian. Terbaru dia dengan penyanyi Hazama dan Daily Filsuf (Ahli Fiqir) telah membuat single lagu terbaru yang berjudul Al Nuraa....Yang 5 ....Yang 6? Ada juga yang tertanya-tanya apa itu Yang 5 ....Yang 6.

Dengar-dengar lagu ini agak menarik untuk didengar. Satu evolusi baru di dalam dunia nasyid tempatan. -gambar Kosmo!

Nama anak Fasha Sandha ke-2 adalah.. (4 gambar hamil)

Fasha Sandha sudah tidak sabar untuk melahirkan anak ke-2 nya. Namanya juga sudah dipilih olehnya yang kini hamil dan dijadualkan akan bersalin kurang 3 minggu lagi.

Nama yang dipilih memetik portal mStar, nama permulaannya adalah Putri dan diikuti sambungna nama ke-2 adalah bermula dengan huruf 'R'.

Gambar Lara Alana terkini (2 gambar)

Sejak lahir 24 Julai yang lalu, anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Lara Alana kini semakin mendapat perhatian.

Beberapa media kini sudah terpikat akan kecomelan Lara Alana untuk dijadikan bahan terutama media yang mengkhususkan kepada majalah.

Memang rezeki anak selebriti ni kan kalau dah terkenal. -gambar MediaHiburan

Isteri Qazem Nor selamat bersalin anak sulung (6 gambar)

Tahniah kepada pelakon Qazem Nor yang dikhabarkan isterinya selamat bersalin pagi semalam kira-kira jam 8 pagi di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

Anak sulung kali ini adalah anak hasil perkahwinan mereka berdua memandangkan sebelum ini mereka sudah mempunyai anak dari perkahwinan terahulu.

Tiada maklumat lanjut mengenai anak yang terbaharu ini.