Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aliff Aziz tidak dibenarkan masuk Malaysia! sebab..

Selasa, 30 September 2014

Menurut portal Utusan, Aliff Aziz artis dari Singapura ini sudah tidak benarkan lagi berada di Malaysia dan juga negara-negara lain yang termaktub atas sebab pasport miliknya kini ditahan negara republik itu.

Ini disebabkan bahawa, Aliff dituduh mencuri telefon bimbit, namun kes itu bukanlah membuktikan yang Aliff Aziz mencuri namun dia tertipu dengan kawanya.

Jejaka Bertatu sebelah Lana Nordin timbul kekecohan!

Lana Nordin berang dengan sesetengah pihak telah mensensasikan gambar dia yang dimuatnaik didalam laman sosial, dimana didakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang jejaka bertatu.

Jelas Lana, gambar berkenaan sengaja dikecohkan untuk berniat memburuk-burukkan Lana yang kini sudah berubah sedikit demi sedikit.

Menurut portal mStar, Lana menafikan ada hubungan dengan jejaka itu bahkan dia hanyalah jurulatih, dan Lana terpaksa memadam gambar berkenaan kerana malas mahu melayan karenah pihak yang hanya melemparkan tuduhan tidak berasas namun tidak menyalahkan pihak2 yang mendoakan kebahagiannya.

Sekitar perkahwinan Fiffy Natasya (83 gambar)

Pelakon dan penyanyi, Fiffy Natasya selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz dengan Muslim Azman yang berlangsung di kediamannya dekat Putra Heights, Subang Jaya. Dan malamnya berlangsung majlis resepsi untuk kedua-dua pengantin.

Memetik portal MediaHiburan, suaminya bekerja sebagai pilot MAS. Sebelum itu, mereka pernah bertunang sejak 21 Disember 2013. -gambar http://instagram.com/fiffy_natasya

Pija Mentor kahwin dengan Datuk? (4 gambar)

Dengarnya Pija Mentor sudah berkahwin dengan mengadakan majlis resepsinya secara senyap-senyap dengan dihadiri oleh keluarga terdekat dan kenalan.

Menurut informasi yang diterima lelaki diatas merupakan seorang yang bergelar 'Datuk'.

Pija pernah menjadi tunang kepada KJ yang juga protege Adam pada bulan April 2012 yang lalu. Jika dilihatkan wajah diatas dengan gambar tunanganya dibawah ini jauh beza, kemungkinan besar Adam dan KJ sudah putus tunang dan Pija kahwin dengan lelaki diatas.

Alhamdulillah Adi Putra berangkat menunaikan fardu Haji (gambar)

Syukur Alhamdulillah, selepas Datuk Jamal Abdillah dan Afdlin Shauki mendapat panggilan Kaabah di Makkah untuk menunaikan fadhu Haji, kali ini Adi Putra juga tidak ketinggalan untuk turut sama dengan mereka.

Namun, Adi sebelum berangkat pergi seorang diri, dia sempat memuatnaik sekeping gambar dimana dia mahu memohon maaf kepada sesiapa yang pernah disakiti olehnya.

Semoga dengan kepulangan mereka nanti, ibadah mereka diterima (haji mabrur) dan menunjukkan perkembangan yang lebih positif. :) -gambar Murai

Anak Farah Asyikin suka dengar al Fatihah (5 Gambar)

Isnin, 29 September 2014

Ibu dan anak semakin berseri-seri keceriaannya. Farah Asyikin dan anaknya, Owais. Dengarnya perkembangan Owais juga semakin bertambah mengagumkan. Bahkan Farah juga mengingkan anaknya itu seorang yang mendalami ilmu agama dan menjadi anak yang soleh.

Mengikut perbualan di portal GUA, Owais sememangnya anak yang suka mendengar bacaan al Fatihah dan beberapa surah al Quran yang lain.

Ozlyn isteri Johan hamil 8 bulan (gambar)

Tip tup, isteri Johan, Ozlyn kini hamil anak ke-4, sudah 8 bulan dan menurut portal mStar akan dijangka bersalin pada awal bulan November 2014 nanti.

Menurut doktor walaupun sudah membuat scanning, tapi jantina belum dipastikan lagi 100%, namun Ozlyn mengharapkan ianya bayi perempuan.

Inikah kekasih baharu Abby Abadi?

Dengarnya Abby Abadi kini rapat dengan seseorang yang bergelar Ustaz, namanya, Ustaz Khairul Azli. Walaupun jelas Abby, dia dengan Khairul adalah kawan biasa namun kadang kala terlihat kemesraan yang mereka lakukan walaupun banyak penafian yang dibuat oleh Abby.

Baru-baru ini terlihat sekeping foto sambutan harijadi yang menampakkan hadiah yang berbentuk 'love' untuk temannya itu. Tulisannya berbunyi, 'u are my sunshine'.

Namun Abby tidak mahu korang fikir negatif mengenainya, ianya adalah sekadar hadiah biasa dari seorang teman kepada temannya.

Menurut info SinarHarian, Khairul merupakan kenalan Abby 4 tahun yang lalu, dan beliau juga merupakan tenaga pengajarnya dan anak-anak mengaji Al-Quran.

Tahniah Zed Zaidi kini Presiden, Lisa Surhani AJK Seniman

Tahniah kepada pelakon, Zed Zaidi yang kini kembali bergelar Presiden Seniman. Zed mendapat 109 undian untuk bergelar Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 persatuan itu semalam.

Pesaing Zed, Datuk Mustapha Maarof (71 undi) dan Afdlin Shauki (66 undi) gagal untuk menewaskan Zed. Adat menang dan kalah itu sudah pasti, kali ini Zed diberi kepercayaan semula setelah beberapa lama melepaskan jawatan itu akibat krisis dalam Seniman beberapa bulan yang lalu.

1000 ahli Seniman dilaporkan portal mStar telah menghadiri Mesyuarat itu.

Sekitar majlis pertunangan Sarimah Ibrahim (6 gambar)

Tahniah kepada Sarimah Ibrahim yang selamat bergelar tunangan kepaada cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang diadakan di salah satu hotel terkenal di Kuala Lumpur semalam.

Jamal Abdillah tunaikan fardu Haji (2 gambar)

Sabtu, 27 September 2014

Alhamdulillah. Datuk Jamal Abdillah diberitakan akan ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah fardu Haji. Beliau kelihatan di KLIA Sepang untuk berlepas ke sana.

Kelihatan anak-anaknya serta rakan-rakannya yang sempat bersama-sama untuk kepergiannya. Difahamkan memetik portal BHarian, Jamal berada di sana selama 16 hari.

Noryn Aziz kongsi gambar anak sulungnya (2 gambar)

Semalam, Noryn Aziz telah berkongsikan gambar anak sulungnya di laman sosial Instagram miliknya, Raja Bariq Umar Shah yang lahir sebulan yang lalu yakni pada 25 Ogos yang lalu.

Ianya hasil perkahwinannya dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sejak Januari 2010.

Perempuan giler mana yang mahukan saya? -Awie

Jumaat, 26 September 2014

Setelah mengalami ombak besar dalam rumahtangganya dengan Rozana Misbun, Awie akui kini telah membina semula kehidupan keluarganya itu,

Memetik portal suara.tv, Awie sanggup berkorban untuk melihat anak-anaknya bahagia tanpa kasih sayang seorang ibu.

Karl Shafek, Ajak Shiro terlibat kemalangan, keadaan mereka amatlah....

Dengar khabar yang pelakon dan pelawak, Ajak Shiro serta rakannya, Karl Shafek terlibat kemalangan. Sumber yang memetik sebuah portal berita itu berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Kota Damansara baru-baru ini.
"Ada tiga buah kereta termasuk kereta saya yang terlibat dalam kemalangan itu. Mengejutkan kereta pelawak Ajak (Shiro) turut sama terlibat. Dia pula ketika itu dalam perjalanan untuk pergi latihan 'Anugerah Lawak Warna' di Shah Alam." -Karl
Namun syukurlah keadaan mereka selamat, tiada kecederaan yang menimpa mereka disamping pemandu-pemandu lainnya.

Aeriil, Wawa didenda sebab nikah tidak minta kebenaran!

Pelakon Aeril Zafril didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling semalam atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Aeril dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Dalam pada itu, aktres Wawa Zainal yang juga isteri Aeril turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama dan dikenakan denda sebanyak RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda.

Majlis 'Pelancaran iPhong 7' oleh Shila, ND Lala

Baru-baru ini dua beranak tampil membuat kenyataan media mengenai kemelut yang melanda mereka berdua, Shila Amzah dengan ayahnya, ND Lala berhubung isu media Melayu dan hutang Den Wahab. Agak pelik pada mulanya sidang media ini, kerana terdapat slide untuk dibentangkan selain daripada mikrofon yang wajib ada.

Sudah diketahui yang sidang media itu gagal sepenuhnya kerana Shila dan ND Lala sepertinya menghentam serangan pribadi kepada sesetengah wartawan hiburan. Sepertinya tiada nada-nada yang Shila dan ayahnya itu meminta maaf, namun dengan prinsip yang tinggi menyarankan agar wartawan mematuhi etika kewartawanan.

ND Lala juga menyediakan slide yang tertera kronologi beberapa bukti, anaknya itu difitnah oleh segelintir wartawan. Ini menimbulkan lagi rasa tidak senang wartawan yang hadir, walhal ramai media melayu yang tidak menghadiri 'pelancaran' ini, sebagai bukti awal, mereka sudah muak dan memboikot dua beranak ini.

Disamping itu, ND Lala juga turut mencabar Den Wahab agar membawa kes hutangnya itu ke mahkamah jika benar seperti yang didakwannya. 

Jep Sepahtu sudah punya kekasih hati? pelakon baru?

Khamis, 25 September 2014

Dengar khabar Jep Sepahtu kini tengah bercinta dengan pelakon jelita. Memetik sumber daripada portal Murai, gosip ini berlaku apabila Jep keliahtan bersama pelakon jelita berkenaan ketika berada di sebuah medan selera baru-baru ini.

Dengarnya juga, mereka hanya berdua di meja berkenaan setelah diamati dengan teliti. Keadaan semakin mencurigakan, mereka kelihatan amat mesra sekali dengan ketawa dan makan bersama.

Eina Azman, suami honeymoon ke Maldives (6 gambar)

Selepas bergelar isteri selama beberapa minggu, Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden telah pun pergi berbulan madu di pusat peranginan indah, di Kepulauan Maldives sejak awal minggu ini lagi. jom layan.

Elly Mazlein pilih 9 Nov untuk bernikah! calon suaminya adalah...

Akhirnya badai status yang menimpa Elly Mazlein dengan tunangnya, Azmi Hatta akan berakhir di jinjang pelamin pernikahan. Memetik portal Bharian, mereka sepakat untuk mengikat tali pernikahan itu pada 9 November nanti setelah 3 tahun bertunang (Jun 2011).

Difahamkan, pada majlis itu nanti, Elly akan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas sebanyak sembilan dulang.
"Pada malam sebelumnya iaitu 8 November nanti akan berlangsung majlis berinai. Selepas akad nikah, Elly akan menziarah pusara mama. Tiada majlis persandingan dan juga resepsi besar-besaran seperti yang dirancang awal kerana Elly masih sedih dengan kehilangan mama," -Elly

Sekitar Majlis Baby Shower Rozita, Zain (4 gambar)

Baru-baru ini, Rozita Che Wan dengan suaminya, Zain Saidin telah membuat satu parti baby shower sempena menantikan kedatangan anak sulung mereka yang dijadualkan bersalin tidak lama lagi.

Tema majlis itu berwarna serba putih. Selain daripada sesi bergambar, Rozita dan Zain menerima banyak hadiah.

Bila nak buat kenduri kesyukuran pula? -gambar SYS Image Instagram

Sharnaaz nasihatkan Shila, jangan terlalu egoist!

Bekas kekasih Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad tampil memberitahu atau menasihati bekas kekasihnya itu mengenai kemelut yang melanda diantara Shila dengan media.

Nasihat Sharnaaz yang memetik portal mStar itu agak lembut dan membina sedangkan ramai menyangka Sharnaaz selama ini seorang yang 'keras'.

Bahkan Sharnaaz menyarankan agar jangan bergaduh dengan media, kerana sumbangan media adalah cukup besar untuk mempengaruhi populariti seseorang selebriti.

Iya lah kan, nanti ada juga kena boikot, kan merundum jadinya.

10 Sen berkira sangat! - Abang Jihan Muse

Rabu, 24 September 2014

Bukan nak memburukkan nama baik Jihan Muse yang sudah besar memanjang ni, sebaliknya ianya berlaku ketika dia di zaman kanak-kanak lagi. Hal ini diakui oleh abang kandungnya sendiri, Wahiduzzaman dan rakan baiknya, Normala Alwi.

Menurut abangnya, Wahid yang memetik portal HarianMetro, Jihan merupakan seorang adik yang jimat cermat dengan menabung namun menyangkal adiknya itu tidak seorang yang lupa diri/asal usul.

Abangnya serta ahli keluarganya juga cukup bangga akan sikap Jihan dalam mengurus soal duit.

Nabila Huda dengan fesyen Klasik (5 gambar)

Admin tak pasti, samada memang Nabila Huda sudah mempunyai butik sendiri atau tidak. Tapi rasanya memang dia ada butik dahulu kan. Gambar dibawah ni pun tertera nama dia, 'NVBILVHUDV'.

Pakaian baru itu diperagakan Nabila dan dimuatnaik ke dalam laman Instagram miliknya. Nampak retro dan klasik pakaiannya itu.

Liyana Jasmay pasang niat bertudung (5 gambar)

Liyana Jasmay memasang niat untuk bertudung satu hari nanti. Ini diluahkan Liyana berikutan klip video terbarunya mengenai promosi jubah Bella Liyana (tajaan butik Bella Ammara) dimana kelihatan Liyana berjubah serta bertudung.

Ini juga dari dorongan kakanya, Adriana yang kini bertudung hasil keluaran butil Bella Ammara.

'Aku tak halalkan hutang kau ND Lala' - Den Wahab

Agak mengejutkan apabila pengakuan Den Wahab berhubung hutang yang dipinjam oleh ND Lala sebanyak RM15,000 tidak pulangkan semula setelah 14 tahun yang lalu bersempena merakamkan lagu untuk sebuah parti politik.

Kalau diperkirakan ND Lala merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam dunia MLM.

Dalam hal yang sama, Den tidak menghalalkan duit berkenaan, dan percaya kehidupan ND Lala kini tidak diberkati.

RM5000 Abby tolak, nak minta puluhan ribu Ringgit!

Walaupun sudah berpisah beberapa bulan yang lalu, isu pinjaman wang dari bekas suami Abby Abadi, Noor Farhan kepada Abby sendiri membuatkan mereka kini tumpuan media.

Farhan yang memetik portal mStar menjelaskan yang dia sudah memberikan RM5000 kepada Abby tapi Abby menolak dengan alasan jumlahnya sedikit dan perlu dilangsaikan sekaligus yang didakwa Abby jumlahnya adalah puluhan ribu Ringgit.

Sepertinya satu jumlah yang menghukum Farhan walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Farhan mengenai jumlah wang sebesar itu.

Neelofa buat pesanan untuk bakal anaknya kelak!

Selasa, 23 September 2014

Khabar angin yang menyatakan Neelofa bakal berkahwin dengan kerabat diraja kini semakin sepi, Neelofa sendiri enggan mengulas dan lama-kelamaan ianya semakin tidak mendapat liputan.

Terkini Neelofa telah memberikan pesanan terbaik punye untuk anaknya kelak melalui sekeping gambar kanak-kanak dan ada caption berbahasa Inggeris, kemungkinan untuk persediaan awal sebelum bergelar isteri dan ibu kelak.

Malah hint ini membolehkan perkahwinan Neelofa akan diadakan tidak lama lagi. mungkin ke..

Isu kecam media Melayu, pengurus Shila Amzah tidak dibayar gaji?

Isu Shila Amzah mengecam media Melayu beberapa hari lalu berhubung konsertnya, memang ada yang tidak kena. Bahkan kenyataan itu sepatutnya tidak keluar dari mereka yang berprofil tinggi.

Namun memetik portal Utusan, seorang pengurus konsert Shila itu menarik diri atas alasan tidak mampu untuk menguruskan media Melayu. Selain dia ditempelak kerana gagal memastikan tulisan disiarkan dalam setiap akhbar tempatan. Dia juga merasa tidak puas hati dengan pengurusan konsert Shila yang mengenepikan peranannya di dalam konsert berkenaan dan merasakan tindakannya tidak diperlukan melainkan mengikuti kemahuan pengurusan konsert itu.

Abby Abadi minta balik duit dipinjam Farhan!

Kemelut Abby Abadi dengan bekas suami, Noor Farhan belum lagi menemui jalan baik. Terbaru, Abby ingin meminta semula wang yang dipinjamkan kepada bekas suaminya itu atas urusan pembelian kereta ahli keluarga sebelah Farhan pada bulan April yang lalu.

Tanpa sebarang khabar berita dari Farhan mengenai pinjaman itu untuk dilunaskan, Abby membuat tindakan melaporkannya kepada pihak polis.

Wajah LIsa Suirhani yang berbeza!

Majalah Glam edisi terbaru bulan Oktober ini telah memaparkan kelibat Lisa Surihani. Namun wajahnya agak berbeza sehingga ramai orang tidak menyedarinya.

Tapi itulah Lisa. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan ia di pasaran. -gambar Murai

Nurul Syuhada selamat melahirkan anak kembar!

Malaysia Hari Ini (MHI) semalam ada menyiarkan panggilan telefon bekas pengacara Majalah 3 dan program itu, Nurul Syuhada Nurul Ain telah memberitahu yang dia selamat melahirkan anak kembar sehari sebelum itu.

Yang mengembirakan lagi, jantina kedua-duanya berbeza, seorang perempuan dan lelaki. Satu proses pembedahan untuk seorang bayi dan seorang lagi bayi secara normal.
"Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya," -Nurul Syuhada

Bob Lokman buka warung mini.. (4 gambar)

Isnin, 22 September 2014

Difahamkan yang kini Bob Lokman telah membuka perniagaan kecil-kecilan iaitu sebuah kedai makan. Kedai makan yang diberi nama, Warog Menu Sarapan Pagi Selera Kelantan itu berada di Kuang, simpang 3 Sungai Plong (dekat Balai Polis).

Menurut info, kedai makannya itu menyewa di warong cendol, ‘Ilin Cendol House’. Kedai Makan Bob dibuka sewaal 6:30 pagi sehingga jam 11 pagi, hari-hari buka kecuali hari Jumaat.

Dengarnya sedap-sedap makanan yang dijualnya..

Amyra Rosli, Shahrizal Jaszle Bercinta!

gambar Kosmo!
Dengar khabar yang Amyra Rosli dengan Shahrizal Jaszle kini bercinta. Mereka berdua mempunyai persamaan dari segi pengalaman hidup bercinta, bertunang dan putus.

Untuk makluman Amyra baru sahaja putus tunang, dan kes Shahrizal berhubung khalwat masih lagi dalam perbicaraan.

Sekitar majlis resepsi Alif Satar, Sha Dila (4 gambar)

Baru-baru ini, Alif Satar, 24 dan isterinya, Sha Dila, 30 telah mengadakan majlis resepsi mereka semalam. Setelah seminggu bergelar suami ister pada 15 September yang lalu.

Majlis ini diadakan di Marina Putrajaya. Antara artis yang dijemput hadir adalah Datuk Aznil Hj Nawawi, Azwan Ali, Tomok, Erin Malik, Shahrol Shiro dan ramai lagi. -gambar Murai

Didie Alias, Amyza Aznan kini bergaduh?

Dengarnya hubungan diantara Didie Alias dengan Amyza Aznan kini semakin parah. Mereka dikatakan bergaduh besar.

Ada juga usaha untuk mereka berbaik semula namun sepertinya gagal. Apatah lagi menurut sumber yang memetik portal HarianMetro, Amyza didakwa sering menjaja cerita buruk dengan tujuan menyakiti hati Didie.

Terbaru, Amyza dikatakan menjaja gosip panas kepada teman-teman artis yang lain apabila bertemu.

Nasihat Dayang Nurfaizah kepada Shila Amzah! (5 gambar)

Isu yang melibatkan Shila Amzah dengan media Melayu memang hangat diperkatakan. Sehinggakan Melodi semalam juga memawancara beberapa orang untuk mengomen hal berkenaan.

Kata orang itu, Shila naik disebabkan media Melayu, gosipnya dengan beberapa bekas kekasih selebriti juga memainkan peranan dia berdiri dan dikenali sekarang.

Memetik portal GUA, Dayang Nurfaizah yang sudah 15 tahun bergelar anak seni telah membidas selebriti yang menggunakan kuasa populariti laman sosial sebagai tempat meluahkan perasaan. Sebaliknya Dayang menyaran agar perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan, dan boleh diselesaikan dengan cara pribadi.

Gambar sekitar karpet merah Anugerah Lawak Warna (20 gambar)

Ahad, 21 September 2014

Beberapa keping gambar karpet merah Anugerah Lawak Warna yang berlangsung pada hari Jumaat lalu di Teater Selangor, Shah Alam, Selangor.

Antara selebriti yang hadir adalah Sharnaaz Ahmad, Rosnah Mat Aris, Elfira Loy, Diana Danielle, Sari Yanti, Yus Jambu, Intan Ladyana dan ramai lagi. -gambar RotiKaya

Gambar intim Siti dengan suami, reaksi pengikut pula?

Baru-baru ini Dato' Siti Nurhaliza telah memuatnaik gambar dia dengan suaminya, Datuk K beraksi manja/intim.

Namun ada selintir pengomen pengikut instagram Siti yang tidak berpuas hati aka cemburu dengan adegan ini.

Layak ke?

ND Lala akan mengulas isu Shila Amzah

Jumaat, 19 September 2014

Sikap Shila Amzah yang mengecam media Melayu baru-baru ini mendapat perhatian ayahnya, ND Lala. Memetik laporan HarianMetro, ND dan perngurusannya belum lagi memberikan penjelasan secara terperinci mengenai hal berkenaan.

Dengan alasan waktunya tidak tepat dan kurang sesuai jika diberitahu sekarang. Apa lah susah sangat nak ucap minta maaf. Kan senang tu.
“Waktu kurang sesuai. Kami tengah fokus dengan rakaman album Mandarin Shila di Beijing (Isnin lalu terbang). Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas kami. Jumpa nanti.” -ND Lala

Gambar Sarah yang kini 5 bulan..

Dah menjangkau usia 5 bulan Sarah, anak kepada Ashraf Muslim dan Wan Sakinah disamping isteri pertama, Dayana. Ikut dari laman sosial milik Wan Sakinah, Sarah kini sudah memiliki berat 6.7kg dan tingginya 65cm. Jom Layan..

Tahniah, Suki kini hamil/mengandung!

Tahniah buat penyanyi yang juga finalist OIAM, Suki yang difahamkan dia kini hamil/mengandung anak sulung dia dengan suaminya, Jeremy Choog. Mengikut info yang diterima, usia kandungannya kini sudah berusia 6 bulan.

Jantina kandungan berkenaan adalah dijangkakan lelaki. -mStar

Puteri Sarah terlibat kemalangan jalan raya, keadaanya..

Dapat berita yang isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana telah ditimpa musibah yakni kemalangan jalan raya pada dirinya pada minggu lalu.

Tidak dijelaskan kemalangan berkenaan lebih lanjut tapi waktunya adalah sekitar jam 7 petang. Ibu dan bapa kepada Syamsul, Datin Patimah dan Datuk Yusof Haslam telah memberitahu pengikut Facebooknya yang menantunya itu dalam keadaan selamat.

Fitri AF2 dan tunangnya.. (4 gambar)

Khamis, 18 September 2014

Fitri AF 2 difahamkan sudah bertunang dan akan menamatkan zaman pertunangannya itu pada tahun hadapan. Tunangnya yang dikenali sebagai Nurulih muda 7 tahun dari Fitri.

Nurul merupakan graduan UiTM dalam kursus fesyen. Mereka bertunang pada 5 Syawal yang lalu.

Sofi Jikan dapat tawaran berlakon RM1 Juta!

Walaupun diberitakan yang bersara dari dunia lakonan, Sofi Jikan sememangnya seorang pelakon pelawak yang mencuit hati lebih-lebih lagi dalam filem Hantu Tok Mudim yang lalu.

Namun baru-baru ini, memetik laman Forum Cari, khabarkan dia ditawarkan bayaran sebanyak RM1 juta untuk sebuah drama TV dengan 10 episod penayangannya.

Bukan drama tv tempatan, tapi bakatnya telah di 'curi' di peringkat Hollywood, bernama Marco Polo. Kalau betul, memang bertuah nasib si Soffi ni kan.

Gambar Engku Aleesya Terkini

Semakin comel dan ayu melihat anak Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Aleesya ni kan. Ikut perkembangan dia kini tinggal dengan ayahnya. Dan kebanyakkan gambarnya pula terdapat di Instagram ayahnya.

Gambar censored aset Ziela Jalil

Memetik sebuah bloh hiburan, ada menyatakan yang pelakon, Ziela Jalil ada memuat beberapa keping gambar yang menjadi bahan pertanyaan di laman sosial miliknya.

Gambar censored di bahagian dada itu tidak dipastikan kenapa ianya berbuat demikian, walhal baju itu nampak elok dan menutupi aurat.

Tapi setelah dinilai semula, gambar diatas (censored) tadi sudah dipadam dan digantikan dengan yang dibawah ini.

Baby bump terbaru Fasha Sandha (4 gambar)

Sudah nak masuk usia 8 bulan kandungan anak ke-2 Fasha Sandha kalau tidak silap. Ini dibuktikan dengan gambar baby bump yang agak wow terbarunya yang ditemui ketika satu majlis perkahwinan rakan/saudaranya hujung minggu lalu.

Semoga selamat bersalin nanti. :)

Awas! pengikut Chef Wan bakal di blok!

Rabu, 17 September 2014

Perkara yang membuatkan kita rasa jangal apabila seseorang yang rapat dengan kita telah 'unfriend' atau blok disebabkan beberapa perkara yang membuatkan dia merasa tidak selesa dengan cara kita berkomen.

Begitu kesudahan cerita buat Chef Wan yang dia telah blok hampir 10 orang pengikut sehari gara-gara penyampaian komen mereka yang tidak selesa buatnya, ini termasuk kesempatan untuk mempromosikan perniagaan mereka di ruangan komen.

Memetik laporan mStar, Chef Wan akui dia juga bertindak jujur untuk berbuat demikian walaupun terpaksa menerima hakikat ada orang yang tidak menyukai tindakannya.

Hati Raja Azmi sudah tawar dengan suaminya!

Dengarnya rumahtangga Raja Azmi dan suaminya, Eddie dalam keadaan goyah. Mereka dikatakan berselisih faham antara satu sama lain. Namun biasalah, rumahtangga mana yang tidak dipukul ombak, pergaduhan kecil/besar tetap akan berlaku.

Sumber yang boleh dipercayai itu telah menyampaikan maklumat berkenaan namun tidak dipastikan di tahap mana kegoyahannya itu. Namun Raja Azmi yang ditemui menafikan hal itu, dan menegaskan yang dia dengan suami baik-baik sahaja.

Shila Amzah sindir media Melayu, banggakan media Cina!

Telajak perahu boleh berundur, telajak upload nah kena kecam pula. Begitulah yang terjadi kepada Shila Amzah yang dikatakan telah memuatnik gambar keratan artikel liputan konsert sulungnya di Negara ini.

Shila dikatakan menyindir media Melayu (bHarian) berbanding media di Cina di Malaysia dan China. Dalam keratan itu sepertinya membandingkan dua media berkenaan dan menunjukkan sepertinya media Melayu hanya membuat laporan pribadi/gosip berbanding media lain yang mengulas lanjut mengenai konsertnya.

Dengarnya juga, media Melayu tidak dijemput ke konsertnya itu. Akibatnya, Shila dikecam hebat peminatnya sehinggakan gambar keratan berkenaan sudah dipadam.