Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Eina Azman selamat bergelar isteri Datuk Paduka, Pernikahan mewah! (14 gambar)

Ahad, 31 Ogos 2014

Dengan dua kali lafaz, pelakon Eina Azman (bekas kekasih Afiq Muiz), 19, sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, pada 9.30 malam 31 Ogos 2014.

Pengantin lelaki menyerahkan wang hantaran berjumlah RM77,000 dan mas kahwin, RM770 dan hadiah kereta mewah berupa Chevrolet BumbleeBee berwarna kuning

Eina menyerahkan dulang hantaran sebanyak sembilan dan dibalas tujuh untuk suaminya. -Bharian | MediaJiburan

Bukti Alyah dengan Ramli MS

Sabtu, 30 Ogos 2014


Nah terbukti sudah ini gambar menunjukkan mereka sudah bergelar suami isteri. Gambar ini adalah yang pertama bagi mereka berdua kepada media, selepas di soal siasat pihak JAIS beberapa hari yang lalu. -gambar mediahiburan

Neelofa nampak tua!, tiada istimewa!

Bukan admin yang mengatakan tajuk demikian terhadap gambar Neelofa yang dimuatnaik ke dalam laman sosial tapi mulut masam dari kaki Facebooker yang mahu perhatian lebih ni.

Agak melampau juga, komen biarlah yang sedap sikit, tak perlulah nak tulis terang-terang, buatlah double meaning ke.

Tapi lihat gambar Neelofa diatas, memang dia cun sangat kan. Bertuah dapat dia ni sebenarnya, dari yang mengomen tua dan tak istimewa tu, macam lah diri dia sempurna sangatkan. -gambar Forum Cari

Ayda Jebat nafi jadi keruh hubungan Zul-Gayatri

Dengarnya hubungan pelakon, Zul Ariffin dengan Gayatri Su Lin Pillai ada masalah setelah beberapa gambar mesra dan juga hubungan mesra diantara Zul dengan pelakon Rindu Awak 200%, Ayda Jebat.

Bahkan laman sosial milik Ayda juga terdapat beberapa gambar mesranya dengan Zul. Dan ini semakin membuatkan hubungan Zul-Gayatri agak sedikit renggang apabila masing-masing meluahkan perasaan tersirat di laman sosial masing-masing.

Akui Ayda, dia tidak pernah menyibuk dan 'busy body' mengenai hubungan Zul-Gayatri, dan menegaskan hubungan dia dengan Zul sekadar untuk melariskan drama. -gambar RotiKaya
“Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul, sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan. Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain,“ kata Ayda petikan SinarHarian

Didie Alias akui hubungan dengan Enot renggang!

Jumaat, 29 Ogos 2014

Dengar berita hubungan Didie Alias dan Enot renggang aka tidak bersefahaman. Namun Didie akui sayangkan Enot dan sentiasa mengambil tahu perkembangan temannya itu yang kini menghidap kanser usus.

Didie memberitahu mengeluarkan kenyataan ini disebabkan ada kenyataan Enot melalui sebuah akhbar beberapa hari yang lalu dimana dia mengakui ramai kawan rapatnya kini menjauhkan dirinya.

"Saya akui mungkin kurang ambil tahu mengenai Enot kerana saya baru sahaja selesai bersalin dan dalam pantang, manakala dia sibuk dengan berniaga di bulan Ramadan lalu.

"Kali terakhir kami berjumpa masa hari pertama saya melahirkan anak iaitu pada Jun lalu. Masa Hari Raya pun tak sempat jumpa lagi sebab saya balik ke kampung, namun bagitu saya masih bertanya tentang keadaan dia terutama keadaan kesihatan dia,"

"Saya baru tahu tentang dia berkecil hati dengan saya, selepas baca berita di mStar Online. Dia tidak berapa sihat dan perlukan rehat.

"Saya faham orang yang mempunyai masalah penyakit kritikal ini sering berfikiran bukan-bukan,

"Saya mendoakan kesihatan dia semakin baik dan pergilah mendapatkan rawatan doktor kerana dia pun kadang-kadang ada degilnya," -Didie petikan portal mStar

Majalah 3 dikecam gara-gara gambar Allahyarhamah S. Aini

Ada permintaan daripada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang meminta jangan mengeluarkan gambar tak berhijab jika dia sudah tiada.

Ianya ditujukan kepada semua media, blog, dan laman sosial untuk berbuat demikian sebagai menghormati permintaan Allahyarhamah
“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,”
Agak menyedihkan apabila siaran Majalah 3 telah menyiarkan laporan khas mengenai kisah hidup Allahyarhamah dan menyiarkan gambar-gambar lama Allahyarhamah (tidak bertudung).

Ianya mengundang kemarahan pelbagai pihak kerana menganggap TV3 tidak menghormati dan kurang peka permintaan Allahyarhamah.

Mimi One Nation Emcess akan berkahwin dengan..

Penyanyi dari kumpulan One Nation Emcees, Mimi akan berkahwin dengan seorang pensyarah dari sebuah IPTS tempatan.

Perkhabaran ini diakui sendiri oeh Mimi dan akan berangsung pada bulan Mac 2015 akan datang.

Mimi dan bakal suaminya sudah berkenalan sejak tingkatan 1 lagi.

Ramli MS, Alyah diserbu JAIS, sudah berkahwin setahun lalu..!

Sepandai-pandai menafikan, akhirkan ketahuan juga. Begitulah yang terjadi kepada komposer, Datuk Ramli MS apabila hubungan dia dengan penyanyi Alyah terungkap semalam.

Mereka 'diserbu' oleh 9 pegawai JAIS di kediaman mereka, dan mendapati mereka sudah berkahwin. Menurut portal Bharian, mereka sudah berkahwin sejak setahun yang lalu.

Namun mereka belum lagi membuat pendaftaran perkahwinan di negara ini. Mereka berkahwin di Batam, Indonesia.

Gambar photographer Memey, Norman dan anak (6 gambar)

Khamis, 28 Ogos 2014

Ini adalah sesi photographer terbaru keluarga bahagia, Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta anak sulung mereka, Darwish. Memang indah untuk mengabadikan foto-foto sebegini untuk tatapan generasi akan datang. -gambar instagram.com/nabil_nadir dan #memeysuhaiza

Imej Anuar Zain bermisai (5 gambar)

Wah bukan main hensem lagi penampilan Anuar Zain terbaru beb. Anuar Zain tampil dengan imej bermisai dan difahamkan ini bukan kali pertama, tapi dah banyak kali namun kita sahaja tidak perasan memandangkan Anuar selalu mencukur misainya itu.

Sebab ketiak, Dynas tangguh perceraian!

Dengarnya memetik portal Hmetro Ahad, Difahamkan yang Dynas Mokhtar telah menangguhkan proses bukan kerana masalah ketikannya namun disebabkan kontrak sebagai duta produk kelengkapan diri (lebih kepada ketiak atau deodorant).

Sebelum ini Dynas enggan mengulas dan mengomen lanjut mengenai krisis yang melanda rumahtangganya.

Syarikat pengeluar produk kelengkapan peribadi itu memilih Dynas sebagai wajah baru mereka kerana dia berstatus isteri dan ibu. Oleh itu, sangat penting untuk dia kekal menampilkan imej dan gaya hidup keluarga bahagia.

Disebabkan perkara itu, Dynas dan suaminya sepakat menyelesaikan masalah antara mereka apabila kontrak itu tamat. Demi mengelak kontrak itu ditarik balik, terpaksalah mereka merahsiakan apa juga yang berlaku daripada pengetahuan umum. Malah, Dynas dan suaminya sepakat menyelesaikan masalah antara mereka apabila kontrak tamat kelak. – Petikan akhbar Hemtro

Abby Abadi buat report polis sebab tidak kena layan..

Nama Abby Abadi kini kurang aktif di dalam dunia seni namun namanya sering kali naik dek kerana kontroversi dari aktiviti hariannya sehinggalah ke laman sosial.

Terbaru Abby diaktakan telah membuat laporan polis apabila tidak mendapat kerjasama daripada individu/pihak yang dirahsiakan identitinya.

Kalau melihatnya, pasti ianya sesuatu yang amat penting dan pribadi sekali. Siapa yang Abby maksudkan ini? korang tahu tak? keke.
Buat yg berkenaan ???? Laporan Polis telah dibuat…. Sy terpaksa kerana tidak mendapat kerjasama dr dot dot dot…. Siapa? Biarlah Sy rahsiakan dulu buat masa ini yer…. Sy bagi ruang & peluang sebaiknya utk selesaikan dgn Sy je….. ‘dia itu’ buat mcm tiada apa2 yg berlalu.. cal tak berangkat, msg tak berbalas. Sy tiada cara lain. Tindakan Undang2 yg terbaik. Harap yg berkenaan beri perhatian yer……….. Janji bulan puasa nk selesaikan… tiada. Bulan raya janji lagi… tiada juga. Sudahnya……… Maafkan Sy. Masih ada peluang lagi ni… Cal atau msg Sy dengan kadar segera yer ????

Zain Saidin simbah ais ke Nabil Ahmad!

Aksi yang penuh dramatik ni bukanlah pergaduhan diantara Nabil Ahmad dengan Zain Saidin tapi mereka telah buat satu program untuk Ice Bucket Challenge bersempena rancanagan Meletop.

Kalau korang nak tahu Ice Bucket Challenge ni adalah satu program untuk support penyakit ALS iaitu penyakit berkaitan saraf. Bila kita 'dimandikan' dgn ais, kalau kita sejuk, maknanya saraf kita berfungsi dgn baik. orang2 yang buat Ice Bucket Challenge ni tak sepatutnya buat untuk suka-suka, tapi ni acara amal, buat sambil menderma.

Wajah lakaran muka anak Che Ta, Zain Saidin bila dewasa

Rabu, 27 Ogos 2014

Janganlah disalah tafsir dan anggap, ianya hanya sekadar lakaran biasa-biasa yang dibuat oleh seseorang yang bakal teruja akan kelahiran anak selebriti paling cocok ini.

Dengan menggunakan gabungan kedua-dua gambar Rozita Che Wan dengan suaminya, Zain Saidin menggunakan perisian tertentu.

Jadi ianya pasti tidak 100% tepat kerana kita tidak boleh meramal masa akan datang kecuali Allah SWT. -gambar forum Cari

Raja Azrey bergelar Dato'

Raja Azrey yang dikenali sebagai pelakon, namun menyepi beberapa tahun ini tidak tahu apa kerjaya lainnya. Namun kejutan diberikan olehnya apabila kemunculannya kini sudah bergelar Dato'.

Ini dibuktikan lagi dengan sebuah poster untuk  teater '3 Kali Sayang' dimana terpampang namanya sebagai pengarah teater berkenaan.

Teater ini akan diadakan pada 28hb sehingga 31hb Ogos ini. Apa-apa maklumat ada dibawah ini. :) -gambar forum Cari

Erma Fatima, Bade bakal bercerai?

Menurut khabar angin, pengarah filem, Erma Fatima dikatakan bakal berpisah aka bercerai dengan suami perkahwinan ke-2 Erma, Bade.

Erma yang memetik portal Bharian, menafikan berita tidak benar ini, walaupun desas desus mengatakan Erma sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah syariah baru-baru ini.
“Saya masih isteri kepadanya (Bade). Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi,

“Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya," -Erma Fatima

Intan Ladyana, Kamal Adli putus cinta setelah 6 tahun bersama!

Hubungan cinta yang dibina sejak 6 tahun oleh pasangan kekasih selebriti, Intan Ladyana dan Kamal Adli akhirnya terputus ditengah jalan.

Intan dan Adli telah membuat keputusan berpisah secara baik selepas Hari Raya yang lepas. Namun kenyataan yang dikeluarkan Intan kepada portal mStar dibawah ini telah memberikan kejutan kepada Kamal yang agak tidak menduga Intan memberikan kenyataan kepada media tanpa pengetahuannya.

"Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.

"Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama,"

"Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan," -Intan
"Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.

"Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” -Kamal

Noryn Aziz selamat melahirkan anak

Tahniah kepada Noryn Aziz yang difahamkan selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengikut sumber daripada pengurusnya, anak lelaki itu seberat 3.13kg dan dilahirkan sekitar jam 4.25 petang hari Isnin.

'Photo pra dan tarikh perkahwinan' - Zizan Razak

Selasa, 26 Ogos 2014

Dengar khabar Zizan Razak menafikan yang dia dengan Emma Maembong telah membuat sesi photoshoot bersempena pra perkahwinan di negara matahari terbit, Jepun.

Namun penafian Zizan melalui komennya di portal mStar seperti mengiyakan kejadian itu berlaku.

Selain daripada tarikh perkahwinan mereka yang di war-warkan akan berlangsung pada bulan Januari tahun hadapan turut dinafikan oleh Zizan.
"Perkara itu (sesi fotografi pra-perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya.

"Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini,"

"Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan.

"Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi," -Zizan

Isu Peluk anak Nora Danish, Erra Fazira..!

Kes peluk kanak-kanak ni rasanya mereka belum tahu membezakan/mempelajari apa itu halal dan haram. Jika mereka sudah tahu atau akhil baligh rasanya ini adalah perkara yang salah dan dilarang sama sekali.

Pun begitu, perana orang tua juga adalah yang memainkan peranan penting untuk mencorak akhlah dan masa depan anak.

Di dalam kes peluk yang melibatkan anak kepada Nora Danish, Rayqal dan anak kepada Erra Fazira, Tengku Alessya telah mendapat beberapa komen negatif dan juga komen positif.

Namun admin tidak menyebelahi mana-mana pihak, tepuk dada tanya iman.

Maria Farida dicop sebagai nenek ranggi (7 gambar cun)


Ntah apa silap Maria Farida sehinggakan ada yang tidak suka akan dirinya. Biasalah laman sosial tempat suka suki bercakap tak fikir dahulu sebelum tulis.

Maka, dijadikan berita selain anda boleh lihat gambar menarik Maria Farida yang kekal cun ini, ada beberapa komen liar yang difahamkan menjerumus dan dimaksudkan kepada pelakon Maria Farida.

Agak keterlaluan bagai mengalahkan seorang yang memiliki bakat besar untuk mengkritik manusia lain. Apa-apa pun bersabar la ek Maria, mereka ni memang mulut longkang. -gambar RotiKaya | forum Cari

Rita Rudaini tuntut RM300,000 daripada Aidil Zafuan

wajah Rita Rudaini setelah balik dari mahkamah semalam

Menurut laman sosial Harian Metro, semalam Rita Rudaini telah memfailkan tuntutan muta'ah sebanyak RM300,000 kepada bekas suaminya, yang juga pemain bola sepak tempatan, Aidil Zafuan.

Rita membuat fail itu semalam di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Gambar Hanez Suraya, Romie di rumah terbuka (5 gambar)

Dengarnya, Hanez Suraya yang sebelum ini mengatakan masih sayangkan bekas kekasihnya, Romie dan jarang dapat melihat bersama-sama lagi kerana akui Hanez dia berasa bersalah akan apa yang berlaku terhadap hubungan Romie dengan isterinya.

Namun baru-baru ini ada pendedahan yang melampirkan gambar mereka bersama-sama ketika rumah terbuka Diana Couture. Ini membuktikan mereka masih lagi berjumpa dan menafikan yang mereka sudah berjauhan.

Filem 'Azura 2012 - Kebodohan' akui Aziz M. Osman

Isnin, 25 Ogos 2014

Mungkin filem Azura yang ditayangkan sekitar tahun 2012 adalah filem yang membuatkan pengarahnya Aziz M. Osman menggigit jari kerana kutipan filem itu adalah sekitar RM600 Ribu.

Sebab itulah kenapa adalah perkataan kebodohan pada status Facebook terbaru miliknya.

Sasha Elite kini jadi model (16 gambar)

Dengarnya perkembangan terbaru penyanyi, Sasha Elite (Saidin) kini menjadi model. Mengikut info dari portal Murai, dia difahamkan terbang ke Padang, Indonesia untuk sebuah majlis pertunjukan fesyen.

Majlis itu adalah Islamic Fashion Festival (IFF) pada 25 hingga 28 Ogos. Sasha juga tampil dengan imejnya yang kini berambut putih perang.

Status pernikahan Rozana, Awie belum didaftarkan!

Agak memeningkan kes yang mengaitkan Awie dengan isterinya Rozana Misbun. Kali ini Rozana tampil dengan memberikan kenyataan pada hari Jumaat lalu di lobi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta ditemani oleg peguamnya.

Rozana akui terkejut apabila belum ada lagi sebarang perbincangan bercerai yang dilakukan diantara dia dengan Awie.
“Kami tidak pernah berbincang langsung untuk bercerai. Saya terperanjat kerana dia sangat sibuk mengenai hak penjagaan anak. Sedangkan semenjak saya keluar rumah, saya dan dia tidak pernah berbincang langsung mengenai hal rumah tangga atau anak. Kami belum berpisah pun, tiba-tiba sahaja keluar cerita mengenai hak penjagaan anak. Saya pun tidak boleh buat apa-apa kenyataan sehinggalah hari ini. Tetapi saya masih ingat yang setiap kali kami ada berselisih faham sebelum ini, dia selalu mengungkapkan perkataan ‘jangan sesekali ingin merebut anak’ kepada saya,

“Sudah hampir dua bulan saya tidak bertemu dengan anak-anak. Saya telefon pembantu rumah, dia mengatakan yang Awie tidak membenarkan dia melayan panggilan saya. Apabila saya hubungi pihak sekolah pula, mereka memaklumkan yang Awie telah menghantar surat di sekolah untuk tidak membenarkan saya mengambil atau bertemu anak. Jadi saya kena buat apa?,

“Selepas keluar dari rumah kira-kira dua bulan lalu, saya ada ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi permasalahan rumah tangga saya. Dari situ saya mendapat tahu yang perkahwinan saya dengan Awie tidak pernah didaftarkan di sini. Saya sangat terkejut kerana sebelum ini dia pernah mengatakan yang dia sudah mendaftar perkahwinan kami di negara ini,” -Rozana petikan portal GUA.

Nora Danish tiada akaun Facebook, yang ada semua palsu!

Tidak dinafikan ramai yang menggunakan nama selebriti tempatan untuk mengaut keuntungan di dalam membuat akaun laman sosial seperti di Facebook.

Nora Danish diantara selebriti yang menjadi mangsa keadaan tidak bermoral ini. Akui Nora memetik portal mStar semalam, mengakui akaun Facebook miliknya digodam pada minggu lalu.

Laporan Polis telah dibuat oleh Nora bagi menjejaki penjenayah siber ini.

Kekasih Sharifah Sakinah (7 gambar)


Mengikut beberapa butirran yang terpampang di ruang komen laman sosial Instagram milik Sharifah Sakinah, dia kelihatannya menyembunyikan sesuatu di sebalik rahsia hubungannya dengan seorang jejaka yang berkemungkinan seorang juruterbang aka pilot.

Adakah ini kekasih Sharifah? kalau betul, baguslah kan juga, maka percepatkanlah proses ikatan yang sah dan terhindar daripada fitnah. -gambar Forum Cari

MH17 : Gambar Hattan sambut jenazah sepupu

Sabtu, 23 Ogos 2014


Penyanyi, Hattan yang merupakan sepupu Dora Shahilla turut tidak dapat menahan kesedihan sewaktu menyambut ketibaan jenazah Ketua Pramugari Pesawat MH17 semalam.

MH17 : Azwan Ali berselfie ketika Hari Berkabung (gila selfie)

Sedang orang ramai bersedih dan bertafakur, ada juga orang yang kurang sensitif dan 'gila selfie' mengambil peluang mendapatkan sudut terbaik untuk berselfie. Anda kenal tak siapa dia? Adik kepada pemimpin salah seorang pemimpin PKR, Azmin Ali. Tidak salah untuk selfie, tetapi sila tengok tempat dan waktu yang sesuai. -Facebook Friend of BN

Zarema disahkan hamil anak sulung

Jumaat, 22 Ogos 2014

Tahniah kepada isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal yang dikhabarkan sudah mengandung anak sulung. Dan ini adalah berita gembira apabila mengetahui selepas mereka pulang dari menunaikan fardu umrah pada bulan Julai (Ramadan) yang lalu.

Selain daripada itu, berita itu juga tersebar melalui kes lif yang menimpa ahli keluarga kepada pelakon Nora Danish hujung minggu yang lalu.

Rozita Che Wan mengalami pendarahan...

Menurut khabar yang disampaikan oleh Zain Saidin melalui portal Bharian, Che Ta pernah mengalami pendarahan pada awal bulan Ramadan yang lalu kerana membuat kerja berat di rumah mereka.
"Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja siram pokok pada hari berkenaan.

"Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi.

"Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan. Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama.

"Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak,"-Zain

Kereta Shila Amzah terkini - BMW X6

Dengarnya Shila Amzah telah membeli sebuah kereta model BMW X6 yang berharga RM300,000 lebih. Tidak hairan jika selebriti memakai kereta sedemikian memandangkan duit poket mereka banyak duit, lebih-lebih lagi kalau penyanyi, pasti ada duit disebabkan konsert dan album mereka.

"Dreams do come true when you believe in yourself." -Shila, petikan melalui laman sosial miliknya disekalikan dengan gambar diatas

Apa-apa pun berhati-hati bawa kereta ah Shila, semoga memandu dengan cermat dan selamat. keke.

Memey Suhaiza disahkan hamil anak ke-2

Tahniah Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza yang dikhabarkan telah mengandung anak ke-2. Berita ini disahkan sendirioleh Memey melalui laman ssial Instagram miliknya semalam.

Usia kandungannya itu adalah 6 minggu hasil imej scan dari pusat klinik yang dia pergi.
memeysuhaiza Doktor ckp sy mengandung 6 minggu Rezeki tak ternilai dr Allah ,
Hadiah utk suami tercinta ,
Adik utk #awishz ,
Cucu baru utk mak& abah + mak n ayah mertua sy️ syukur ya Allah.... @normanhakim_786 #khalifahAllah#mdh 51min

Gambar anak Aeril, Wawa terkini (9 gambar)

Khamis, 21 Ogos 2014

comel sungguh anak kepada Wawa Zaina dengan Aeril Zafre ni kan. Namanya Ahmad Fakharuddin Attar. gambarnya sudah dimuatnaik di laman sosial Instagram kedua-duanya.

Ada pelbagai komen dikeluarkan dekat laman sosial mereka ini. Sampai ada yang nak mengorat Wawa sendiri. Ish ish.

Siti Nurhaliza bermandikan serbuk warna (14 gambar)

Cukup gembira dan ceria sekali melihat gelagat Dato' Siti Nurhaliza apabila bermandikan serbuk-serbuk pelbagai warna bersempena aktiviti riadah apabila dia dan rakan-rakannya yang lain turut menyertai larian ‘The Color Run’ pada Ahad lalu yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Walaupun sudah berusia, namun gelagat Dato' Siti ini cukup memperlihatkan dia kelihatan seperti seorang remaja yang begitu muda sekali.

8 Gambar anak-anak perempuan Awie

Seoarang anak perempuan adalah Puteri Qasseh Antasha, 4 adalah hasil perkahwinan Awie dengan Rozana manakala 2 lagi anak perempuannya hasil perkahwinan dengan Arni Nazira yang sudah lama diceraikan namun mendapat hak penjagaan anak-anaknya itu iaitu, Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

Mereka memang comel-comel dan lawa. -Gambar Forum Cari

Kahwin bulan depan, Alyph Sleeq dibidas sebab..

Menurut khabar penyanyi, Alyph Sleeq sudah bertunang dengan gadis pilihan hatinya. Dan mereka sudah menetapkan akan mengikat tali ikatan yang sah aka pernikahan pada bulan hadapan jika tiada apa-apa halangan.

Namun pun begitu, ada beberapa gambar facebook yang memaparkan aksi pegang-pegangan yang dibidas oleh segelintir peminatnya di sana.

Mereka telah menasihati Alyph sekaligus kepada pembaca yang membaca komennya di bawah ini. Apa-apa pun tahniah dan semoga selamat diatas pernikahan Alyph nanti.

Adira AF bertudung penuh 3 hari yang lalu. (3 gambar)

Dah ramai artis kita berhijrah kepada bertudung penuh, dan pastinya inilah yang kita nanti-nantikan. Seorang demi seorang sudah berhijrah namun ada masih yang di takuk lama.

Mungkin juga industri seni kita suatu masa nanti akan dibanjiri oleh artis-artis yang bertudung.

Tebaru, Adira AF telah bertudung penuh sejak awal hujung minggu yang lalu. Ia dibuat kerana keikhlasan hati tanpa ada siapa-siapa yang mendesaknya.