Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Raya Nora Danish 2014 (24 Gambar)

Khamis, 31 Julai 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Nora Danish, anaknya, keluarga dan kekasihnya, Nadem.

Gambar Raya Fasha Sandha 2014 (7 Gambar)

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Fasha Sandha yang kini hamil ke-2 bersama suami, Jejai dan anaknya, Rayqal serta adik beradik Fasha Sandha

Gambar Raya Rozita Che Wan, Zain Saidin 2014 (6 Gambar)

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin.

Gambar Raya Diana Danielle, Farid Kamil 2014 (6 Gambar)

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Diana Danielle, Farid Kamil dengan anaknya, Muhammad.

Gambar Raya Lisa Surihani, Yusry 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU

Gambar Raya Siti Nurhaliza 2014 (9 Gambar)


Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Dato' Siti Nurhaliza.

Abby Abadi Berniqab dan Berkening Original! (7 Gambar)

Ahad, 27 Julai 2014

Hari Raya tahun ni pastinya Abby Abadi tidak semeriah tahun lalu, kini dia keseorangan ditemani anak-anak tanpa kelibat seorang lelaki bernama suami.

Bercerita pula mengenai dirinya, Abby kini difahamkan sudah berniqab dengan menutupi sebahagian besar hidung dan mulutnya.

Selain daripada itu (video), isu mencukur kening juga Abby kini telah membela kening yang original, dan dia bangga dengan perubahan itu juga.

Mungkin perubahan drastik ini bagi membaiki diri kearah lebih istiqamah dan diredhai.

Mazidul Akmal Sidek kena strok, keadaan kritikal!

Amat menyedihkan apabila pengacara/wartawan yang lantang dan tegas, Mazidul Akmal Sidek terlantar sakit di hospital Pantai Medical Centre.

Menurut portal Murai, dia dimasukkan ke hospital itu sebab terkena serangan strok. Menurut penjaganya, keadaan Mazidul agak tenat dan belum lagi dalam keadaan pulih sepenuhnya setelah melalui satu sesi pembedahan untuk membuang separuh daripada tempurung kepalanya.

Semoga Mazidul kembali sihat dan pulih seperti sediakala.
“Penyakit asal kena darah tinggi, makan durian terus kena stroke macam ni, operation, tempurung kepala dibuang separuh, otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika... then paralysed hingga hujung nyawa..." -sumber.

Kereta mewah Audi miliki Fizo terlibat kemalangan!

Dengarnya kereta mewah milik Fizo Omar berjenama Audi terlibat dengans satu kemalangan kecil yang berlaku baru-baru ini.

Saksi melihat kerta itu remuk di sekitar jalan di Kuala Krai Kelantan lalu mengambil gambar kereta berkenaan secara live.

Difahamkan lagi, kereta berkenaan dipandu laju ketika cuba memotong kereta lain sebelum berlanggar.

Akui Fizo, dia dan isterinya, Mawar tidak menaiki kereta berkenaan namun selamat sampai ke Kota Bharu dengan kereta lain.

Kereta berkenaan dinaiki oleh ahli keluarga Fizo.

Farid, Diana siapkan 5 pasangn baju Raya!

Difahamkan pasangan selebriti, Farid Kamil dengan isterinya, Diana Danielle akan beraya dengan skala agak sederhana. Mereka sudah memiliki 5 pasangn baju raya masing-masing untuk dikenakan sepanjang raya nanti.

Ini juga termasuk persiapan terhadap anak sulung mereka, Muhammad.
"Rasanya, tahun ini adalah tahun paling dahsyat kerana saya ada lima pasang baju raya! Semuanya Diana yang uruskan.

"Walaupun nampak macam hebat persiapan raya tahun ini, tetapi sebenarnya saya sekeluarga menyambut secara sederhana sahaja tetapi tetap meriah,” -Farid Kamil petikan portal mStar

Gambar Kekasih Yana Samsudin?

Jumaat, 25 Julai 2014


Dengarnya pelakon, Yana Samsudin rapat dengan seorang jejaka bernama Fadzil Zahari yang bekerjaya sebagai seorang penulis skrip. Kisah ini diceritakan melalui akhbar Berita Harian semalam, namun Yana menafikan mereka menjalinkan hubungan mesra dan tidak lebih dari seorang kawan.

Nak baca lanjut, klik pada gambar untuk besarkan.

Che Ta, Zain Saidin sudah siap 10 baju Raya!

Hari Raya bakal tiba, bagi selebriti suami isteri, Rozira Che Wan aka Che Ta dengan Zain Saidin, pastinya mereka sudah tidak sabar untuk beraya bersama pertama kali di Hari Raya, terutama Che Ta yang hamil 6 bulan ketika ini.

Dengarnya, Che Ta sudah membuat persiapan dimana dia telah menyediakan 10 pasang baju dia dengan Zain untuk kegunaan Raya nanti.
“Segala persiapan Raya sudah selesai. Saya menyediakan 10 pasang baju Raya yang terdiri daripada warna hijau pucuk pisang, biru dan banyak lagi. Saya juga menyediakan 10 pasang baju Raya untuk Zain untuk dipadankan dengan saya nanti.

Untuk anak-anak pula, saya sediakan sebanyak tiga pasang Baju Melayu yang selebihnya adalah baju-baju kasual biasa. Biasalah anak-anak remaja kini lebih selesa menggayakan baju kasual berbanding Baju Melayu. Selalunya Baju Melayu hanya dipakai pada Hari Raya pertama dan kedua sahaja,”

“Tahun ini berbeza kerana saya bakal beraya di rumah mak mertua pada hari raya pertama. Malah, Zain turut meminta saya untuk memasak lontong sempena Raya nanti. Walaupun mudah dan ringkas, namun sambal itu memainkan peranan penting untuk menjadikannya sedap.

Kami sekeluarga akan pulang ke Kedah untuk sambung beraya di kampung saya pula sehingga raya kelima. Raya keenam Zain sudah kembali bekerja dengan menjalani penggambaran untuk telemovie Oh My English,” -Che Ta petikan portal GUA

Mila Jirin sudah bertudung? (4 gambar)

Sejak 23 Julai lalu, penyanyi, Mila Jirin telah mengejutkan pengikut Instagram miliknya. Dia memuatnaik beberapa gambar dia bertudung.

Tidak dinyatakan ianya untuk urusan rasmi agama atau sesebuah acara anak seni. Namun melihatnya sebagai satu tanda positif yang memungkinkan Mila Jirin sudah bertudung.

Apa-apa pun diharap tanggapan ini adalah realiti kan. :)

Azwan Ali Tunai Umrah disindir dan dihina!


Bukan Azwan Ali berselfie dan membawa manopod ketika menunaikan umrah di Tanah Suci dikecam tetapi cara Azwan bergambar menunjukkan dia seorang yang menunjuk-nunjuk dan ini memberikan reaksi berbeza dari pengikutnya (sebenarnya pengkritik).

Namun kita sebagai manusia tidak boleh menghakimi orang lain, keikhlasan Azwan biarlah Allah SWT yang ukur dan menilai. Kita tak perlu nak memberitahu hal yang memburukan dari apa yang dibuat oleh Azwan Ali.

Doakan yang tebaik itu yang memadai.

Erra Fazira intim semula dengan Awie

Khamis, 24 Julai 2014

Dengarnya Erra Fazira mula intim dengan Awie yang kini hot mengenai isterinya. Mereka intim bukanlah dalam hubungan cinta namun sebagai kerjaya profesional sebagai pelakon yang akan digandingkan bersama untuk filem Warna Cinta Impian.

Erra enggan menerima hakikat sekiranya ada pihak cuba mengosipkan hal ini lebih daripada batas-batasnya.

Teaterikal Suara Kita
“Janganlah gosipkan semula. Melihatkan kepada faktor usia, yang lepas biarlah lepas. Saya ada kehidupan saya sendiri, begitu juga dengan Awie. Jika penonton di luar sana rindu untuk melihat gandingan kami di layar perak, kami juga rindu untuk beraksi bersama bagi memberikan lakonan terbaik untuk semua peminat di luar sana. Jika orang ingin mengimbas kenangan lalu, bagi saya tidak mengapa, tetapi jika ada yang mahu perkara itu diteruskan, janganlah begitu,”

“Saya terima tawaran untuk berlakon dalam filem ini kerana kami sudah lama tak berganding dalam filem. Selain itu, karakter yang ditawarkan juga menarik. Filem ini juga berkisar tentang kisah cinta dan jarang tema percintaan diketengahkan oleh pembikin filem pada masa sekarang. Itu juga menjadi salah satu faktor untuk saya bersetuju berlakon dalam filem ini,” -Erra petikan portal GUA

Gambar keluarga Khai-Rosma edisi Julai

Agak Bahagia melihat keluarga suami ister, Khai dan Rosma AF. Edisi Julai menampilkan gelagat mereka terutama Khai yang sangat gembira akan kedua-dua orang anaknya iaitu Muhammad Amzar Danish, 5 tahun dan Damia yang bongsu, 6 bulan.

Tak percaya, cuba tonton video tu. Agak giler-giler Khai ni. Keke.

Juliana Evans bertudung dikritik!

Perkara memakai tudung adalah satu perbuatan terpuji walaupun bersifat sementara. Itu yang dilakukan Juliana Evans apabila dia memakai tudung/hijab yang terpampang di laman sosial miliknya.

Ini dilakukannya semata-mata untuk sebuah filem pendek, Freedom To Discriminate. Namun reaksi dan pendapat peminat adalah sebaliknya, mereka seperti mengkritik tindakan Juliana yang memakai tudung atas kehendak manusia, bukan seruan Ilahi.

Isteri Nabil hamil anak ke-2?

Mengikut sumber sebuah blog hiburan tempatan, isteri pelawak Nabil Ahmad kini dikhabarkan bakal hamil anak ke-2 mereka.

Nabil mengharap berkat dari Allah SWT, agar isterinya yang bakal hamil itu mengandung anak lelaki dan menyempurnakan sepasang cahaya mata mereka.



Scha al Yahya selamat melahirkan anak perempuan (gambar)

Tahniah kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha al Yahya yang menimang anak sulung mereka semalam.
Scha memberitahu berita ini di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Bayi berjantina perempuan berkenaan dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court kira-kira jam 5.50 petang dengan berat 3.17kg.

Hanya sekeping gambar menjadi bukti kelahiran bayi berkenaan.

Kehidupan terkini Farah Asyikin

Rabu, 23 Julai 2014

Farah Asyikin difahamkan kini sudah lama berehat di dalam bidang nyanyian. Kisah ini terselit disebalik penghijraannya bertudung dan meganggap suara itu aurat.

Namun Farah disyorkan oleh Ulama untuk kembali aktif di dalam bidang nyanyian, yang lebih memfokuskan di dalam bidang dakwah seperti lagu yang baru dihasilkannya, I'm Nothing Without You (Allah).

Anak Farah kini sudah berusia 3 bulan.

Sherry Alhadad dikritik selepas menjadi pengacara Melodi!

Zizan Razak sudah meninggalkan Melodi dan digantikan dengan pengacara baru, Sherry Alhadad dengan dibantu oleh Zulin Aziz serta pengacara tetap, Awal Ashaari.

Namun Sherry mengakui, ada pihak yang mengkritik akan kelibatnya mengendalikan rancangan Melodi.

"Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?

"Bagilah kami masa dan peluang untuk memperbaiki diri, ini baru tiga minggu kami bersama dan saya yakin lama kelamaan ia akan lebih baik," -Sherry petikan mStar

Johan Asari muatnaik gambar kenangan dengan Shila Amzah..

Satu masa dahulu, Johan Asari pernah rapat dengan Shila Amzah, dan ramai menjadi saksi kepada keakraban mereka itu, namun suratan menceritakan yang mereka tidak bertahan lama dan akhirnya putus di tengah jalan dengan membawa haluan masing-masing.

Baru-baru ini, Johan telah memuatnaik gambar dia dengan Shila. Tidak diketahui apa motifnya, mungkin ramai menganggap Johan rindu dengan Shila, dan terpampang juga nama Shila di tag.

Pelbagai reaksi dan komen yang dilemparkan oleh pengikutnya sendiri berikutan tindakan Johan ini. -sumber asal Murai

Aaron Aziz buka kafe sendiri (6 gambar)

Dengarnya pelakon, Aaron Aziz kini telah berjinak-jinak dengan membuka perniagaannya sendiri berbentuk kedai makan ala kafe.

Menurut portal MediaHiburan, nama kafe tu adalah Kidz @ Creme yang terletak di Setia Alam dengan usia penubuhannya sudah sebulan yang lalu.

Siti Nuhaliza, suami tunai umrah..

Beberapa hari lalu, Dato' Siti Nurhaliza ditemani oleh suaminya Datuk K telah pergi menunaikan ibadah umrah bersempena Ramadan ini.

Hanya sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Dato' Siti di dalam laman sosial Instagram miliknya. Selepas itu Dato' Siti pulang untuk membuat satu majlis pelancaran album lagunya, Fragmen.

Nelydia, Syazwan ada hubungan intim?

Selasa, 22 Julai 2014

Dengarnya Nelydia Senrose kini intim dengan pelakon baru, Syazwan Zulkifli. Keintiman mereka kelihatan apabila berlakon bersama-sama untuk sebuah telemovie berjudul Ada Apa Dengan Raya.

Ini dibuktikan lagi dimana Syazwan telah memuatnaik gambar keintiman mereka di laman sosial miliknya. Namun hubungan Nelydia dengan Qi Razali tidak lah berakhir lagi, mereka masih bersama-sama.

Mungkin Nelydia intim dengan Syazwan secara professional di dunia lakonan semata-mata. -sumber asal Murai

Ucapan Hari Raya Fara Fauzana

Suke tengok Fara Fauzana memakai tudung kan, lebih suke berbanding dia tak memakai tudung lalu. Namun akui popularitinya kini semakin perlahan sejak bertudung.

Takpelah Papau, rezeki semua di ketentuan Allah. Yang penting nekadkan usaha. Apa-apa pun mari dengan ucapan raya Papau dari portal mStar.

video

Raja Farah terlibat kemalangan

Dengarnya pelakon dan pengacara, Raja Farah terlibat dengan satu kemalangan kecil yang memperlihatkan kereta yang dipandunya melanggar penghadang bahu jalan.

Raja Farah tidak mengalami kecederaaan serius cuma difahamkan dadanya terhentak.

rajafarahmbq Ya Allah..aku bersyukur kepada mu Ya Allah..Engkau telah melindungiku..Engkau telah memberiku peluang..aku bersyukur Ya Allah..Farah accident semalam..Alhamdulillah..keadaan Farah selamat dan baik..cuma dada terhentak..terima kasih kpd pihak Doktor dan semua staff yg terlibat dlm merawat Farah..Alhamdulillah.. #rajafarah

Ana Raffali hamil anak sulung.. (gambar scan)


Setelah bergelar suami isteri pada bulan Februari 2012 yang lalu, Ana Raffali yang kini sedang bahagia dengan suaminya Ahmad Aznaim diberitakan bakal menimang anak sulung mereka tidak lama lagi.

Ana telah memuatnaik gambar hasil scan imbasan anak yang dikandungnya buat masa ini. Tidak dipastikan jantina lagi namun dapat diagak usia kandungannya dua bulan lebih.

Semoga semuanya dalam keadaan sihat untuk si ibu yang menghamilkan dan serta anak di dalam kandungannya.

Irma Hasmie selamat melahirkan anak ke-2

Tahniah kepada pengacara, Irma Hasmie yang selamat melahirkan anak ke-2 hasil perkahwinanya dengan Redza Syah Azmeer.

Anak ke-2 ini dilahirkan pada 18 Julai lalu di Prince Court Medical Centre. Nama dan jantina anak ini belum diketahui lagi.

Gambar anak-anak Nana Mahazan (11 Gambar)

Isnin, 21 Julai 2014

Dah besar anak Nana Mahazan yang bongsu ni, Aaqib Raqeem Brian yang kini sudah berusia setahun 4 bulan. Yang sulung pula, Althea Raqeem Brian kini sudah berusia nak masuk 4 tahun. Semoga bahagia lah kan keluarga ini. :) -gambar http://instagram.com/nanamahazan


video

Gambar anak Fasha Sandha edisi Julai (7 gambar)

Dengar cerita anak kepada Fasha Sandha, Putra Rayfal kini sudah pandai berjalan. Usianya juga sudah mencecah setahun 4 bulan. Cuma gigi yang belum tumbuh lagi kot.

Fasha pon masih bertenaga walaupun berbadan dua, dengan usia kandungannya juga kini dah mencapai 5 bulan. Apa-apa pun semoga selamat melahirkan anak nanti.

Kalau tidak silap akhir tahun ini akan bersalin.

Gambar anak Liyana Jasmay edisi Julai (4 Gambar)

Dah besar dah anak Liyana Jasmay, Sofia Arissa ibinti Mohd Fathuddin. Kini usianya sudah nak mencecah 3 bulan. Mungkin dengan kehadirannya suasana rumahtangga Liyana, Fath pada Ramadan kali ini bertambah berseri-seri lagi.

Gambar Johan Asari bersama anjing..

Agak sukar untuk menerima individu muslim sudah berjinak-jinak dengan haiwan seperti anjing, apatah lagi untuk berlakon. Memang tidak dinafikan banyak isu-isu yang timbul sebelum ini apabila seseorang/selebriti memelihara anjing.

Perdebatan juga telah dilakukan dan ramai pihak dengan pandangan yang berbeza-beza.

Baru-baru ini, Johan Asari telah membuat satu kontroversi di laman sosial miliknya. Ianya menjadi kontroversi apabila dia memuatnaik sekeping gambar bersama seekor anjing dengan berpakaian ala askar.

Difahamkan ianya adalah adegan babak untuk filem Kanang Anak Langkau. Namun adegan ini telah menjadi isu hangat di ruangan komen dari peminatnya.

Cuba tukar ke haiwan monyet ke, kan menarik tu. keke.