Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kami hanya kawan biasa - Aliff Aziz

Jumaat, 28 Februari 2014

Gambar yang didakwa kekasih Aliff Aziz beberapa hari lalu telah menimbulkan rasa kurang senang terhadap empunya badan.

Aliff mengakui gambar tersebut dirinya namun menafikan wanita berkenaan adalah kekasih aka girlfriend kepada dirinya.

Lukisan potret Siti Nurhaliza RM75,000!

Tak sangka, lukisan potret wajah Datuk Siti Nurhaliza boleh mencecah sehingga RM75,000. Lukisan yang dihasilkan oleh Adrian Torres pelukis dari Spain (gambar) nampak seperti biasa, namun jika harganya sudah sedemikian, memang selayaknya lukisan berkenaan barharga sedemikian sebab dilukis menggunakan jari tanpa alat lukisan khusus.

Menurut portal mStar, lukisan-lukisan potret Siti Nurhaliza ini adalah bertujuan untuk dipamerkan khas di Galeri Artelier KL, Publika yang bermula pada 26 Feb yang lalu sehingga 26 Mac. Selain itu, hasil kutipan pembelian potret berkenaan untuk disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa yang dimiliki oleh Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid.

Gambar kereta Juliana Evans kemalangan

Juliana Evans dikhabarkan terlibat kemalangan kereta dekat Michigan, Amerika Syarikat. Kenderaan yang dipandunya remuk di bahagian belakang dan hadapan namun keadaan dan juga situasi Juliana selamat tanpa sebarang kecederaan.

Melalui laman sosialnya dia berkata:

A. Aida akui bedah hidung 3 kali!

Dalam tak sangka, ramai juga selebriti yang membuat hidung mereka ni untuk tujuan kecantikan atau perubatan. Terbaru adalah A. Aida telah membuat pembedahan hidung disebabkan mengalami bengkak dan lendir di bahagian dalamnya.

A. Aida mengakui dia telah membuat pembedahan hidung sebanyak 3 kali! menerusi laman HarianMetro. Anggaran kasar dalam pembedahan itu adalah RM100,000 dan ianya perlu untuk menstabilkan semula hidungnya akibat kecederaan hampir 20 tahun yang lalu.
"Saya bukan buat untuk cantik kerana saya memang sudah berpuas hati dengan apa yang Tuhan beri, tetapi kecederaan itu memaksa saya merawatnya."

"Saya buat sedikit pembedahan ketika itu tetapi bengkaknya masih berterusan dan saya bertemu doktor untuk rawatan kosmetik sekali lagi kira-kira 10 tahun lepas. Bagaimapun masih ada kesan bengkak dan lendiri berkumpul di bahagian batang hidung hingga hujung tahun lalu."

"Atas nasihat seorang rakan artis, saya lakukan pembedahan kali ketiga dengan kos sebanyak RM25,000 tetapi masih tidak berpuas hati sebab ia tidak kembali seperti hidung asal saya." -A. Aida

50 Gambar photography kehamilan Linda bersama Beego

Khamis, 27 Februari 2014

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Beego dengan Linda Hashim telah membuat satu sesi photography untuk memperlihatkan kehamilan Linda yang mencecah usia kini, 32 minggu aka 8 bulan lebih.

Tidak lama lagi mereka akan bergelar ayah dan ibu kepada anak sulung mereka, kita tunggu khabar baik Linda bersalin nanti. :) -gambar Facebook Ryaniez Moments Photography

Kehidupan Engku Alessya dengan Engku Emran

Perpisahan Engku Alessya dengan ibunya, Erra Fazira sepertinya tiada apa-apa yang berlaku, Alessya seperti belum memahami keadaan ibunya itu dengan perceraian yang dihadapi dengan Engku Emran.

Bahkan Alessya kelihatan seperti biasa dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain. Engku Emran mengesahkan, Alessya bahagia dengan dia, walaupun tidak bersama ibunya lagi tinggal sebumbung. Mungkin kadang-kadang Alessya tidur di rumah ibunya juga..

13 Gambar bulan madu Farawahida, suami di Jepun

Selepas berkahwin dan mendirikan rumahtangga selama 2 bulan, Farawahida dan suaminya, Abdul Shukur telah pergi berbulan madu di beberapa tempat menarik sekitar negara Jepun.

Kebetulan iklim dan cuaca ketika mereka pergi sangat sejuk aka bersalji.

Memang satu pengalaman dan bulan madu yang menarik sekali. Kita disini berpanas pula. Hehe. -gambar instagram realfarawahida#

Fauzi N. sudah maafkan, Sharnaaz enggan memaafkan!

Kemelut yang melanda Fauzi Nawawi dan isteriya, Lisdawati dengan pelakon Sharnaaz Ahmad masih belum ada kesudahannya. Insiden itu berlaku pada pada 19 Februari lalu di set penggambaran drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’.

Fauzi yang memetik portal GUA, telah memaafkan tindakan Sharnaaz sehingga membuatkan Lisdawati menangis dan menggigil. Namun Sharnaaz pula enggan menerima maaf itu.
“Selang 24 jam, pada pagi 21 Februari, sekitar jam 9.45 pagi, saya menghubunginya kerana saya tahu waktu itu semestinya dia sudah bangun untuk ke lokasi penggambaran. Saya hubunginya dua kali, tiada jawapan. Saya hantarkan pesanan kepadanya. Saya guna perkataan seperti ‘gua’ dan ‘lu’. Dia kata saya yang mula bercakap kasar dengan dia. Tapi jika difikirkan semula, itu ayat biasa yang selalu digunakan di kalangan kawan-kawan. Dalam video itu sendiri pun dia berkata menggunakan cara itu.

“Saya mahu jumpa dia kerana saya mahukan penjelasan. Tapi dibalas dengan keras pula oleh dia. Mengenai perkataan ‘anjing kurap’ pula, selepas saya menghantarkan pesanan kepada dia, dia sepertinya membalas pesanan tersebut dengan mesej yang seakan-akan mahu mengajak saya bertumbuk dan bergaduh. Jadi, saya balaslah begitu.

Apabila kami sering berbalas pesanan, keadaan menjadi makin tegang. Lantas saya menghantarkan pesanan yang saya sudah maafkan dirinya. Dia membalas pesanan tersebut dan menyatakan dia tidak menerima maaf tersebut. Dia tulis di situ, dia mahu cari saya juga. Bahasa dia sahaja sudah berbunyi ala-ala samseng.

“Kalau dia rasa dia betul, teruskan. Tapi bagi saya, maaf saya sudah habis. Saya akan katakan tidak untuk meminta maaf. Saya yang sudah hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama Lisda pun tidak pernah menengking atau memarahi Lisda, jadi takkan saya mahu biarkan orang lain tengking isteri saya,” -Fauzi

Dicadangkan bercinta dengan Ketih Foo, Nur Fathia tolak!

Rabu, 26 Februari 2014

gambar SelebritiOnline.com

Memang ramai anggapan dan komen, apatah lagi dari pengomen yang fanatik memberikan cadangan yang kadang kala lucu juga.

Ada seorang peminat ni mencadangkan agar pelakon, Nur Fathia menjadi kekasih Keith Foo. Mereka ni popular gara-gara drama bersiri Ariana Rose.

Ini komen Nur Fathia mengenai cadangan berkenaan, petikan portal mStar..
"Ramai peminat yang meminta kami bercinta di luar set penggambaran, mungkin kerana keserasian kami dalam Ariana Rose itu membuatkan peminat mahu melihat ia menjadi kenyataan di luar drama.

"Tetapi mereka seharusnya dapat membezakan antara lakonan dan dunia nyata, saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Aiman Hakim Redza, manakala Keith pula seorang yang sangat setia dengan kekasihnya,"

"Penonton mungkin nampak kami serasi tetapi ketika di set penggambaran ia sangat susah untuk dilakukan.

"Ada babak mesra yang kami jadi segan dan kekok, Keith pula memang seorang yang pemalu," -Nur Fathia

Hanez akui bakal dilamar duda anak dua

Pelakon cantik manis, Hanez Suraya dikatakan telah merampas suami orang, ini adalah atas dakwaan bekas kepada isteri suami duda dua anak berkenaan.

Namun Hanez dimaklumkan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas isterinya itu, dan mengakui dia membuat hubungan kawan dengan suami bernama R itu selepas dia bercerai.

Hanez juga akan membuat sidang media pada hari esok untuk menjelaskan isu yang telah melandanya ini.

Bakal suami Ana Dahlia?

Dengar khabar yang bekas isteri kepada Chef Riz, Ana Dahlia telah mendapatkan kekasih baru dan sekaligus bakal suaminya.

Sekeping gambar menjadi tanda tanya dan ada cerita mengenainya, dimana mereka sudah menempah pakaian baju pengantin untuk digunakan nanti.

Kalau betul, tahniah lah kan. :)

Dynas Mokhtar sudah bercerai?

Sebelum ini Dynas Mokhtar menafikan dirinya turun naik mahkamah untuk membuat fail perceraian keatas suaminya atau hal lain yang lebih kepada perceraian.

Namun semalam, ada berita mengejutkan yang disampaikan oleh forum Cari, dimana mendapat informasi yang Dynas sudah bercerai semalam, 25 Februari sekitar jam 3 petang.

Info ini belum diketahui lagi kebenarannya, tapi kalau betul, adeh, tak tak tahu lah nak kata apa..

Gambar sambutan harijadi ke-30 Zain Saidin

Selasa, 25 Februari 2014

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Rozita Che Wan telah menyambut ulang tahun ke-30 suami tercintanya, Zain Saidin ditemani dengan rakan-rakan baik mereka.

Lihat tempat memang istimewa sangat, tapi tak dapat dipastikan apa hadiah yang diterima Zain daripada isterinya itu.

Apa-apa pun selamat harijadi kepada Zain Saidin.

Fauzi report polis, Sharnaaz anggap Lisdawati budak-budak!

Sekarang ni kecoh dengan suasana tidak tenteram diantara pelakon, Sharnaaz Ahmad dengan Lisdawati serta suaminya, Fauzi Nawawi. Kisahnya bermula dimana gelak ketawa pelakon dan krew di tempat pengambaraan drama, 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' apabila Sharnaaz tersalah membaca dialog.

Tak usah cerita panjang, mari kita lihat dan baca komen Fauzi dengan Sharnaaz memetik portal GUA. Siapa salah siapa yang temberang sebenarnya ni. Bingung-bingung..

Gambar sambutan ulang tahun ke-2, Lisa Surihani, & Yusry

Ini adalah gambar sambutan ulang tahun ke-2 perkahwinan diantara pelakon, Lisa Surihani dengan suaminya, Ahmad Yusry.

Mereka mengadakan sambutan berkenaan secara kecil-kecilan berdua sahaja, untuk menjadikan suasana lebih romantik.

Tip top dah dua tahun, kita masih menunggu khabar berita baik daripada Lisa kan, harap nak masuk tahun ke-3 ni, Lisa berbadan dua aka hamil.

Liza Abdullah cerai talak satu

Pelakon yang terkenal di kaca tv satu masa dulu, Liza Abdullah, kini sah bercerai dengan suaminya dengan talak satu di mahkamah Syariah Gombak Timur, semalam, 24 Februari sekitar jam 3 petang.

Memetik portal mStar, bekas suaminya, Zolkifli telah melafazkan lafaz talak berkenaan dihadapan hakim dengan cara yang baik. Sebelum bercerai mereka sempat berpelukan sebagai suami isteri yang masih sah lagi ditambah tangisan dengan dua orang anak mereka, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Kes perceraian ini sudah difailkan oleh Liza tahun lalu. Mereka sudah tidak mempunyai sepahaman dimana tidak tinggal sebumbung dalam waktu tempoh yang agak lama.


Gambar Kekasih Aliff Aziz?

Dengarnya ini adalah kekasih terbaru Aliff Aziz. Kalau dilihatkan mungkin bukan daripada di kalangan selebriti tempatan dan juga orang putih.

Memang asli anak tempatan. Tapi kalau betul ini kekasih terbaru Aliff selepas percintaannya dengan Anne Ngasri dengan Adira AF tak kesampaian, tahniahlah diucapkan, semoga cepat-cepat kahwin. :)

Putra Rayfal kini dah boleh duduk..

Isnin, 24 Februari 2014

Anak kepada Jejai dan Fasha Sandha, Putra Rayfal, kini sudah membesar dengan pantas. Perkembangan terbaharu Putra Rayfal adalah dia dah boleh duduk tanpa bantuan atau dipegang. Memang sewajarnya dengan usianya nak genap setahun pada 16 April nanti.

Rayqal juga tidak ketinggalan untuk selalu bersama adiknya itu untuk bermain-main.

Shah X-Factor bergelar ayah...

Memetik sumber MediaHiburan, ahli kumpulan X-Factor, Shah telah menimang anak cahaya mata sulung pada 19 Februari yang lalu.

Difahamkan isterinya, Sharifah Fairuz melahirkan anak berjantina perempuan itu di hospital pakar KPJ Johor pada jam 11.30 pagi.

Tahniah diucapkan. Mereka bergelar suami isteri pada 30 Oktober 2010 yang lalu.

Gambar Erra Fazira selepas bercerai




Ini adalah gambar terbaru Erra Fazira yang dikatakan selepas satu hari yang menyedihkan buat dirinya iaitu perceraian dengan Engku Emran dan melepaskan Engku Aleesya.

Erra ditemui ketika Anugerah Drama Festival KL baru-baru ini untuk saluran TV3 dan TV9. Erra kelihatan anggun dengan gaun moden yang dipakainya. -gambar OhBulan

Video nyanyian Shila Amzah di I Am A Singer

Shila Amzah sekali lagi membuat kejutan tersendiri,apabila dia kini bertanding untuk program realiti popular di negara China, I Am A Singer.

Shila mempunyai pesaing dari negara Taiwan, Hong Kong dan China sendiri. Memang satu cabaran yang hebat memandangkan Shila merupakan orang Melayu Islam satu-satunya bertanding dan mewakili negara.

Semoga berjaya Shila. Gogo!..


Gambar Aidil Zafuan dan Zarema Zainal

Inilah gambar pasangan merpati dua sejoli, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal. Mereka berdua tidak lama lagi akan menjadi suami isteri, difahamkan bulan depan mereka mengikat tali pernikahan dengan bergelar suami ister.

Apa-apa pun semoga berbahagia lah. :)

Gambar Julia Ziegler terkini. aisehmen...

Sabtu, 22 Februari 2014


Dengarnya Julia Ziegler kini sedang menunggu pinangan seorang jejaka bertuah yang juga teman rapatnya.

Kata Julia Ziegler, kekasih hatinya seorang yang sangat memahami kariernya sebagai seorang model dan pelakon.

Namun Julia Ziegler enggan mendedahkan lebih lanjut bagaimana mereka mula bercinta dan siapa lelaki berkenaan.
“Kami bergelar kekasih kurang daripada setahun, tapi kenal dah lama, sebelum saya masuk industri lagi. Kiranya, dia bukan nak saya sebab saya glamour atau saya artis. Saya nampak keikhlasan dan sangat mengenali sikap dia.”

“Buat masa sekarang, biarlah kami macam ini. Saya tak mahu nampak beriya-iya macam sesetengah artis yang bercinta secara terang-terangan. Kalau tak jadi nanti, akan memalukan saya dan keluarga juga. Cuma doakanlah yang terbaik untuk saya.” -Julia Ziegler. gambar Ohbulan

Gambar sambutan harijadi Datuk K

Pada 19 Februari yang lalu, keluarga Datuk Siti Nurhaliza telah menyambut ulang tahun ke-55 suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan doa selamat seterusnya acara memotong kek. Majlis sederhana itu diadakan di syarikat SimplySiti.

Dituduh gayboy, Azheal cuma gelak!

Jumaat, 21 Februari 2014

Kumpulan Azhael yang terdiri daripada Mohad Azhar dan Hal Husaini yang pernah menyertai Akademi Fantasia 2013 kini dituduh sebagai golongan gay aka lembut bapok.

Menurut portal mStar, walaupun menerima tuduhan seperti itu, mereka tetap cool dan bersikap professional.
"Kami hanya gelak sahaja bila ada yang menuduh kami sebagai lelaki lembut atau gay.

"Pada saya tidak ada gunanya untuk kita melenting atau marah kerana itu lebih membuat mereka berkata gosip itu adalah benar,

"Kami sedar bukan semua perkara manis sahaja apabila jadi popular ini, semua pergerakan ada sahaja mata yang memerhati.

"Kalau dulu boleh keluar rumah pergi kedai pakai baju selekeh dan seluar pendek, tapi sekarang kena jaga penampilan sentiasa," -Azhar

Aisyah Zainal sudah berkahwin


Aisyah Zainal yang juga mantan kekasih Ally Iskandar sudah selamat menjadi isteri minggu lalu dengan suaminya, Ashrudy (produser TV Al Hijrah).

Majlis berkenaan berlangsung sekitar jam 9 malam di Masjid Besar Alor Gajah. Pihak perempuan menerima wang hantaran bernilai RM16,885 yang diambil bersempena hari lahir Aishah iaitu 6 Ogos 1985.

Jimmy Shanly dah kahwin dan dapat anak?

Aik baru sahaja mendengar kes penjagaan anak di antara Jimmy Shanly dengan bekas isterinya, Nur Suhaila, kini dikhabarkan Jimmy sudah bernikah dan menimang anak kecil.

Berita ini disiarkan kalau tidak silap dekat rancangan SIS di TV9 baru-baru ini. Kalau betul apa yang berlaku ini siap ada gambar kat bawah ni, tahniah lah kan diucapkan. :)

Gambar Engku Aleesya dengan Engku Emran

Ini adalah gambar bersama anak beranak, Engku Aleesya degan ayahnya, Engku Emran pertama kali ditayangkan ketika usianya dah membesar.

Walaupun masih kecil dan mungkin sudah memahami ketiadaan ibunya, Erra Fazira yang terpaksa berpisah atas tiket hak penjagaan yang sudah diputuskan di mahkamah awal minggu ini.

Norish Karman halang bekas suami jumpa anak!

Khamis, 20 Februari 2014

Menurut portal mStar, Norish Karman tidak memberikan lampu hijau untuk ayah kandung aka bekas suaminya yang ke-2, bertemu dengan anak mereka, Haq Lutfie Alexader, 2.

Norish menganggap, tidak ada keperluan atau kepentingan penting untuk mereka dipertemukan.
"Mereka pernah memberitahu saya anak saya itu tiada kena mengena dengan mereka jadi saya tidak melihat Haq Lutfie perlu berjumpa dengan bapa kandungnya,"

"Sejak bercerai kami tiada masalah dan saya tidak pernah menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak kerana beliau menjalankan tanggungjawab dengan baik," -Norish
Tapi tanggungjawab keperluan untuk 3 lagi anak mereka tidak diabaikan iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, dan Putri Hany Amanda, 9. Menurut fakta, mereka berkahwin pada tahun 1998, dan bercerai pada tahun 2008. Buat masa ini, Norish belum bersedia mencari suami baru.

Fazura, Sara Ali berkawan rapat untuk...

Memetik portal Murai semalam, Nur Fazura kini berkawan rapat dengan pendatang baru anak seni, Sara Ali. Keakraban mereka ini terserlah apabila selalu hang out bersama dimasa lapang.

Sara mahu menganggap Fazura sebagai idolanya yang akan membawa menjadi mentor menti dalam dunia anak seni dari sudut fesyen dan sebagainya.
“Saya dah anggap Fazura seperti akak saya dan dia pun begitu kerana Fazura nampak saya dalam diri dia kerana saya seorang yang kasar dan temper dan dia lihat sama seperti dia muda dulu.

“Malah, Fazura sendiri ada cakap dia mahu saya jadi macam dia, maksudnya dari segi pembawakan diri dan sebagainya,”-Sara Ali

Gambar Amy Mastura terkini

Inilah gambar terbaru Amy Mastura. Walaupun tidak lagi berapa aktif dalam dunia anak seni, dengar khabar dia akan mengendalikan malam anugerah ABPBH2013 yang berlangsung pada bulan April nanti di Arena All Stars, Genting Highland. Turut digandingkan bersama, Fara Fauzana.

Amy juga dikatakan cukup selesa dengan cara hidup yang sederhana dan low profile. Amy menganggap dirinya tidak suka sangat berfesyen tapi suka dengan imej yang santai dan kurang bergaya.

Namun ada segelintir pihak menganggap cara Amy itu menampakkan dia 'selekeh' sedikit.-gambar MalaysianDigest

Gambar Scha al Yahya Hamil 4 Bulan

Ni adalah gambar ketika pasangan suami isteri, Awal Ashaari dengan Scha al Yahya pergi ke sebuah majlis makan malam.

Namun kebetulan terlihat baby bump Scha al Yahya yang kini dah berusia 4 bulan. Memang jarang Scha memuatnaik gambar dia hamil, Awal juga yang memuatnaik gambar kebetulan seperti ini.

Kita je yang selalu meneliti gambar berkenaan. hehe

RM28,000 buat hidung - Ajai

Rabu, 19 Februari 2014

Memetik portal Kosmo!, isu hidung komposer, Ajai (Faizal Maas) memang tidak sehangat cerita-cerita lainnya, namun difahamkan harga pembuatan hidung Ajai yang mencecah RM28,000 itu adalah untuk kesihatan semata-mata bukan untuk mencantikkan bahagian berkenaan.

Ni temubual dia dengan wartawan Kosmo! untuk merungkap segala-galanya mengenai hidung barunya itu.
Benarkah Ajai membedah hidung kerana ramai berpendapat hidung anda kelihatan lebih mancung berbanding dulu?

Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.

Mengapakah anda mengambil keputusan drastik untuk membedah hidung?

Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.

Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang.

Sebelum ini anda tidak pernah cuba rawatan alternatif lain?

Sudah cuba tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Bagi menggelak masalah berlarutan saya makan ubat tetapi doktor kata kalau sentiasa ambil ubat akan merosakkan buah pinggang.

Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung.

Jika saya tidak boleh mendengar macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti.

Tidakkah anda kekok dengan pandangan orang terhadap hidung baharu anda?

Saya tidak kisah apa orang nak cakap asalkan saya boleh bernafas dan mendengar dengan selesa. Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini.

Gambar Nora Danish tutup baju, sebab tiada butang

Ada sekeping gambar yang kalau tidak silap beberapa bulan lalu memaparkan kelibat Nora Danish dengan menghadiri sebuah majlis.

Tanpa disedari gambar berkenaan menjadi isu di sebilangan blog dan forum tempatan. Mana tidaknya gambar yang dikatakan Nora seperti memegang aset atasnya menjadi bualan dan tanggapan negatif ramai peminatnya.

Jarang sekali benda seperti ini berlaku walaupun kadang kala Nora berpakain seksi juga.

Jimmy Tak Mampu Jaga Anak! - Nursuhaila

Kes perbicaraan diantara pengacara, Jimmy Shanley dengan bekas isterinya, Nur Suhaila telah berlangsung semalam. Dimana, Suhaila memfailkan hak tuntutan penjagaan anak perempuan mereka.

Menurut portal SinarHarian, Nurshuhaila mendakwa, Jimmy tidak boleh aka mampu untuk menjaga anak sulung perempuan mereka itu, Zahra Rania.
“Jadi, saya bimbang tanpa bantuan orang lain, defendan (Jimmy) tidak mampu menjaga anak dengan baik,”

“Dia pernah dimasukkan ke hospital gara-gara penyakit yang dihadapi (penyakit Bronchiolitis iaitu penyakit yang menyebabkannya demam, batuk, selesema dan sesak nafas) sejak Oktober 2012,”

“Defendan (Jimmy) memulakan kerjanya bermula jam 6 sehingga 10 pagi, jadi adalah mustahil dia dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak kami." -Suhaila

Gambar Sharifah Zarina Bertudung

Sharifah Zarina kini difahamkan sudah bertudung aka berhijab. Walaupun jarang turun padang untuk berlakon, namun namanya seperti naik kembali, apabila dikhabarkan bakal menyaman sebuah blog hiburan yang menyalahgunakan gambar lamanya untuk sebuah artikel berbaur lucah (mangsa rogol) tanpa ada gambar hiasan pada bawah gambarnya.

Sebenarnya, isu ini sudah menjadi amat serius jika kegagalan blog berkenaan enggan meminta maaf dan membuang artikel berkenaan selama 14 hari tempoh yang diberikan oleh Zarina. Maka pesanan kepada blogger lain, berwaspada ketika menggunakan gambar orang lain, silap hari bulan, kene korang. kuikui.

Erra Fazira, E. Emran sah cerai! E. Aleesya pula..

Akhirnya, persoalan hubungan suami isteri diantara Erra Fazira dengan Engku Emran terjawab, apabila mereka sah cerai talak satuk semalam di mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam, 18 Feb sekitar 1 tengahari yang dilafazkan oleh Engku Emran disebabkan tiada lagi persefahaman diantara mereka selama setahun.

Memetik portal mStar, turut kelihatan rakan baik Erra, Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida serta suaminya.

Sebelum itu, pada hari Isnin, 17 Feb, Erra ada membuat fail permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka, Engku Aleesya, tapi tidak memfailkan untuk nafkah.

Yang buat terkejut adalah, hak penjagaan sepenuhnya Alessya, 5, telah diberikan kepada Engku Emran, manakala Erra mendapat hak lawatan, keputusan ini dibuat dengan cara baik diantara kedua-duanya.

"Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai," -Erra

Gambar terkini Rebecca Nur al Islam bertudung

Selasa, 18 Februari 2014

Inilah gambar terbaru pelakon, Rebecca Nur al Islam yang kini bila dilihat seindah namanya. Memakai hijab/tudung pada dirinya setelah menunaikan umrah beberapa minggu yang lalu.

Dengar khabar juga, Rebecca sudah khatam al Quran, baguslah macam itu, semoga selepas ini, anak-anak juga terdidik untuk bersama-sama membaca dan memahami al Quran. -gambar instagram.com/rebeccanuralislamahmad#

Gambar terkini Liyana Jasmay Hamil/Mengandung

Dah besar kandungan anak Liyana Jasmay ni, rasanya nak masuk 5-6 bulan. Walaupun sarat mengandung, Liyana masih lagi aktif dalam dunia anak seni.

Terbaru bila ditemui, dia dengan Shaheizy Sam akan berduet untuk sebuah album berjudul 'Bangun'. Apa-apa pun mari kita lihat gambar Liyana hamil/mengandung yang lainnya. -gambar Kosmo! dan instagram liyanajasmay#

Rumahtangga Sabrina Ali Bergolak?

Memetik sebuah sisipan akhbar tempatan, ada menyatakan mengenai pelakon, Sabrina Ali. Dikahatakan Sabrina sudah jaran tidak turun padang untuk berlakon sejak berkahwin kali ke-2 dengan suaminya, Syed Amirul. Perkahwinan mereka sedikit pelik dan menjadi tanda tanya.

Sabrina Ali kini dikurniakan 2 cahaya mata, Syed Aryan Khan, 3 dan Syed Adrian Khan, 1. Ada seorang lagi anaknya hasil perkahwinan pertama, iaitu Ariyana, 7.

Yang mengejutkan artikel ini adalah, sumber yang rapat kepada suaminya itu mendakwa rumahtangga Sabrina kali ini dikatakan seperti telur dihujung tanduk dan ditahap kritikal.

Sabrina hidup seperti bukan seorang isteri, tapi seperti orang bujang, suaminya tidak menghiraukan dia dan anak-anak.

ha nak baca lagi, sila besarkan gambar tu ek...

Datuk Rosyam Nor Timang Cucu

Dengarnya khabar memetik sumber Forum Cari, Arniesha Azureen anak sulung kepada Datuk Rosyam Nor telah selamat menlahirkan anak. Tidak dipastikan nama dan jantina anak tersebut.

Arniesha Azureen dan suaminya telah dinikahkan pada bulan Mei 2013 yang lalu. Kalau betul berita ini, tahniah kepada Datuk Rosyam yang sudah mendapat cucu pertamanya.

Gambar Muhammad 8 bulan, anak Farid dan Diana

Isnin, 17 Februari 2014

Usia anak Farid Kamil dengan Diana Danielle kini dah mencecah 8 bulan. Muhammad nama anak mereka berdua, kini semakin membesar dan boleh melemparkan senyuman seorang anak kepada ibu bapanya.

Muhammad kelihatan seperti anak mat Salleh, putih dan berambut perang, ikut keturunan Diana Danielle rasanya.

Lagi gambar jom lihat.. -gambar instagram dianadanielleb#

Shahrizal mirip Keith Foo?

Telemovie Madu yang berlangsung semalam di TV3 kan, menampilkan Rozita Che Wan dengan Zamarul Hisham telah memberikan satu fenomena baru dalam dunia poligami.

Tapi disini enggan mengulas mengenai filem berkenaan, mungkin ramai dah yang dah tengok kan. Namun perasan ke anda bila melihat kelibat Shahrizal Jaszle ketika telefilem itu ditayangkan?

Serupa fesyen rambut Keith Foo Moi Moi, pelakon yang kini semakin popular menerusi drama bersiri popular Ariana Rose.

Mungkin kebetulan je kot kan. Hehe.. -gambar forum Cari