Yazer, Ekin selamat bergelar suami isteri (gambar)

Pada: Ahad, 28 Disember 2014
Pasangan kekasih yang mula dikaitkan bercinta sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Ekin dan Yazer sah bergelar suami isteri semalam.
Majlis diadakan di kampung Ekin di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.
Mereka menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun dan pernah putus seketika hujung tahun lalu.
Bagaimanapun jodoh kuat antara pasangan kekasih ini. Ahad ini mereka akan diraikan di lokasi yang sama.
Ekin sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005. -Bharian



Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..