Sharnaaz komen isu minuman keras di troli

Pada: Rabu, 10 Disember 2014
Baru-baru ini timbul isu yang memaparkan sekeping gambar Sharnaaz Ahmad membawa sebuah troli berisi beberapa buah tin minuman keras di pasaraya dekat Jepun dengan ditemakan Hanis Zalikha dan Mimi Lana..

Dan ini menimbulkan reaksi yang kurang senang terhadap empunya badan. Yang hairannya pula tiada kenyataan yang menafikan ianya (minuman keras) ianya benar atau tidak dia membelinya untuk minum atau sekadar babak sebuah drama/filem.

Tapi komen Sharnaaz, dia cuma menemplak semula terhadap dakwaan segelintir pihak yang mendakwa tin itu adalah minuman keras jenama terkenal di Jepun.

"Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan?

"Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.."

"Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu," -Sharnaaz

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..