sekitar Pernikahan & Resespi Zuan Azmi TV3 (22 gambar)

Pada: Jumaat, 5 Disember 2014
28 November, Jumaat lalu, Penolong Penerbit Melodi merangkap wartawan hiburan segmen Bikin Panas, yang juga Pengacara belakang pentas Mentor Legend, dengan sekali lafaz, Zuan Azmi telah selamat bergelar suami kpd Effy Eddy dengan mas kahwin RM10 ribu tunai. Pasangan tersebut telah dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Datuk Dr Eddy Yusrizal di hadapan pembantu jurunikah, Ustaz Mastori dengan disaksikan hampir 100 orang tetamu, termasuk keluarga & rakan artis. Majlis akad nikah ini diacarakan oleh Awal Ashaari & antara rakan artis yang hadir adalah seperti Ella, Riz Amin & Alex Yanz.

Manakala pada 30 November, Ahad lalu, pasangan pengantin tersebut telah mengadakan majlis resepsi sebelah perempuan di Putrajaya dengan bertemakan perkahwinan The Great Gatsby.

Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang artis, rakan media, serta penggiat seni industri hiburan tempatan. Antara artis yang hadir adalah Nora Danish, Remy Ishak, Kamal Adli, Fizo Omar, Fasha Sandha, shahrul shiro, achey, tauke raja lawak, farid kamil, diana danialle, zalif sidek, azwan ali, alif satar, lisdawati, fauzi nawawi serta ramai lagi. Turut hadir adalah pengerusi majlis industri muzik malaysia, rosmin, bersama presiden karyawan, datuk freddie fernandez, IFF datuk shah reza serta jutawan kosmetik, Dato Alif Syukri Terlajak Laris. Penyanyi Indonesia, Vienna Fridiana, penyanyi Brunei, Fakhrul Razi, Black & RJ, Alyah, Indah Ruhaila turut membuat persembahan di majlis resepsi tersebut.

Iqram Dinzly & Sherry Al-Hadad telah mengacarakan majlis resepsi itu dengan jayanya. Kedua-dua majlis ini mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak dan di uruskan oleh ZE Wedding Committee. -Penhantar Email



Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..