Rita solat di lokasi drama/filem

Pada: Khamis, 18 Disember 2014
Akui Rita Rudaini yang dia kini tidak mahu bersolek tebal di set pengambaraan drama/filem. Ini disebabkan Rita ingin menunaikan solat dengan lebih mudah dan teratur.
"Apa yang saya lakukan ini tidak ada pula jurusolek artis di lokasi yang terasa atau mengadu hanya kerana saya tidak mahu berdandan tebal. Bukan apa, saya tidak mahu menyusahkan mereka untuk menyolekkan sekali lagi selepas saya menunaikan solat. Dengan solekan asas, ia mudah dibuang dan dipakai semula,"

"Apabila tiba waktu solat, mereka akan berehat sebentar. Jika ada babak panjang, saya meminta mereka untuk ingatkan saya. Malah, kalau melibatkan lokasi luar, tempat pertama yang dicari adalah surau. pada saya, semua ini bergantung kepada individu itu sendiri," -Rita petikan portal MediaHiburan

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..