Raja Azmi dedah siapa cinta baharunya....

Pada: Khamis, 4 Disember 2014
Selepas bercerai dengan Eddie beberapa minggu yang lalu, kini Raja Azmi (kak Mi) akui yang hidupnya sudah dapat penganti Eddie. Cinta baharunya ini mungkin ramai yang tidak menyangka namun pilihan kak Mi adalah tepat dan terbaik.

Cinta baharunya adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
"Alhamdulillah, Kak Mi kini teruskan hidup seperti biasa. Pengalaman kedua bercerai ini membuatkan Kak Mi lebih redha dan kini lebih tenang berbanding penceraian kali pertama dahulu.

"Kalau dulu rasa kesunyian dan sebagainya tetapi kali ini Kak Mi lebih senang terima kenyataan.

"Malah kini Kak Mi sudah temui cinta baru atau cinta sebenar iaitu cinta Kak Mi kepada Allah.

"Kak Mi mahu muhasabah diri dan dekat dengan Dia kerana d isitu Kak ami temui ketenangan sebenar. Lebih-lebih lagi di penghujung usia begini," -Kak Mi petikan portal Murai

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..