Punca sebenar Ilya tinggalkan Sepahtu untuk MLM 2014

Pada: Khamis, 25 Disember 2014
Kumpulan Sepahtu yang terdiri daripada Shuib dan Jep untuk Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini terpaksa menerima hakikat dimana ahli kumpulan baharunya, Ilya Buang menarik diri daripada mengikuti kumpulan itu.

Ilya berbuat demikian kerana mahu mengekalkan prestasi terbaik Sepahtu dan tidak mahu menjadi bebanan buat kumpulan itu.

Antara sebab mengapa Ilya mengundurkan diri adalah, tiada kerserasian dengan Jep dan penyakit kencing manis dimana beliau baru sahaja selemat menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisul memetik sumber portal mStar semalam.
"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan,"

"Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.

"Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka,"

"Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

"Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas," -Ilya

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..