Punca sebenar Ifa Raziah kena jangkitan paru-paru.. (3 gambar)

Pada: Selasa, 30 Disember 2014
Dengar berita yang penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah kini ditahan di wad. Menurut laporan mSTar, dia di tahan dekat wad Pusat Perubatan Colombia, Setapak sejak hari Sabtu yang lalu.

Ini disebabkan beliau disahkan menghidap jangkitan di bahagian paru-parunya akibat batuk yang berlanjutan selama sebulan.

Tiada info terkini yang Ifa boleh keluar dalam masa terdekat, apa-apa pun kita doakan agar Ifa cepat sembuh.


"Saya sudah hampir sebulan batuk tidak henti-henti dan lima kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun sehingga sekarang tidak baik.

"Semasa membuat rawatan, doktor memberitahu bahawa paru-paru saya mengembang kerana dijangkiti kuman dan perlu mendapatkan rawatan secukupnya," -IFa

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..