Punca sebenar bekas suami Syura mahu rujuk kembali!

Pada: Selasa, 23 Disember 2014
Bekas suami penyanyi Syura yang juga seorang cikgu, Mohd Fadhly mahu Syura kembali kepadanya (rujuk) semula memandangkan bekas suaminya itu masih sayangkan Syura dan mahu membina kehidupan semula dengan 3 anak hasil perkahwinan mereka.

"Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku dan saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu.

"Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendiriannya untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk memenangi kembali hati dia,"

"Hidup saya kosong tanpa dia dan ia mula memberikan kesan kepada anak-anak kami yang sedang membesar.

"Saya tidak pernah bencikan dia malah menyintai dia namun keputusan sama ada untuk meneruskan perkahwinan ini terletak ditangannya,"

"Sekiranya tiada lagi jodoh diantara kami, saya akan memohon pertukaran sekolah di Johor supaya dapat membesarkan anak-anak yang kini di bawah jagaan ibu saya," -Fadhly

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..