Punca Black bakal disaman RM500,000...

Pada: Isnin, 29 Disember 2014
Khabarnya penyanyi, Black Hanafiah kini diugut oleh pengurusnya dengan menyaman beliau atas tuduhan memalukan pengurus berkenaan di laman sosial.

Black yang memetik portal mStar semalam, mengakui hal demikian dan tidak takut akan ancaman pengurusnya itu dimana Black mempunyai bukti yang mencukupi jika ianya dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan.

Ini berikutan seorang pengurus yang didakwa tidak berpuas hati untuk sebuah acara dimana Black mahu memulangkan bayaran untuk majlis perkahwinannya dua tahun yang lalu. Black pernah mendakwa yang dia pernah tertipu untuk mengurus majlis perkahwinannya, dimana Black sudah membayar deposit sebanyak RM30,000 kepada pengurus berkenaan.

Malahan pengurus itu mahu menyaman Black sebanyak RM500,000 gara-gara menganggu perniagaan yang dia lakukan sekarang ini.
"Kalau ingin membawakan perkara ini ke mahkamah silakan kerana saya memang menunggu tindakan daripada pihak mereka supaya saya boleh bentangkan apa kesalahan yang telah mereka lakukan.

"Saya ada banyak bukti yang telah dikumpul tentang apa yang mereka lakukan selama ini, malah saya boleh saman malu kepada mereka kerana burukkan nama saya melalui kenyataan media yang mereka buat sebelum ini,"

"Baru-baru ini ada sekumpulan pelajar menghubungi saya kerana tertipu dengan pengurus acara itu yang kononnya ingin menganjurkan sebuah festival, tetapi setelah menerima duit, mereka tidak dapat dihubungi," -Black

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..