Punca Afdlin Shauki akui juri MLM 2014 berat sebelah!

Pada: Rabu, 24 Disember 2014
Dengarnya, Afdlin Shauki berani memberikan komen terhadap sebahagian juri Maharaja Lawak Mega 2014 di mana mereka tidak tahu menilai berdasarkan tema yang diberikan setiap minggu.

Memetik portal mStar semalam, Afdlin enggan menyatakan siapakah juri itu namun sangat kecewa atas pemberian bintang yang tidak sepadan atau berat sebelah dengan lawak yang diberikan peserta.

Afdlin berharap tiada orang lain menyalah anggap komennya ini kerana ianya komen yang berdasarkan pendapat pribadinya sahaja secara keseluruhan.

"Saya menonton MLM2014 minggu lalu dan menganggap juri kali ini sangat menakutkan, ia akan mengelirukan peserta bertanding. Pada pendapat saya juri seharusnya faham tentang komedi seperti tema muzikal seharusnya lawak yang dipersembahkan mengikut tema tersebut.

"Apa yang saya lihat kumpulan yang mengikut tema tidak mendapat bintang yang baik, manakala yang tidak mengikut tema pula yang dipujinya,

"Juri seharusnya ada ilmu tentang konsep komedi dan bukan hanya menilai daripada persembahan yang kelakar sahaja pada malam itu," -Afdlin

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..