Panas! Isteri Ezad keguguran ketika Ezad...

Pada: Selasa, 16 Disember 2014
Ezad yang sebelum ini ada kaitan dengan kes polis dimana disyaki memiliki dadah dengan air kencingnya positif dadah dan kini masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada masa yang sama baru-baru ini Ezad dijemput ke rancangan HLive! dalam segmen Apa Kata Malaysia. Dan Pak Nil sebagai host turut membincangkan mengenai kehidupan Ezad yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah itu.

Ezad menghadiri rancangan TV itu dengan harapan dia boleh meluahkan kekesalannya dan memohon maaf kepada semua pihak. Namun begitulah kehidupan Ezad, sudah jatuh ditimpa tangga, isterinya, Zeana, keguguran ketika dia kena tangkap pihak polis.
"Bila saya fikirkan isteri, bila saya fikirkan anak saya, saya rasa menyesal sangat. Perkara ini banyak buat saya terfikir kalau boleh saya tak nak lagi jadi macam ini.

Masa saya kena tangkap itu, isteri saya gugur. Memang saya rasa menyesal. Pernah sekali saya dukung anak dan saya menangis. Saya terkapai-kapai tak tahu mcm mana nak berhenti. Isteri tahu saya terlibat dengan benda ini. Saya merayu agar isteri beri peluang." -Ezad

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..