Panas! Akim ambil dadah ketika menyanyi?

Pada: Rabu, 3 Disember 2014
Agak mengejukan apabila lagu Mewangi yang di nyanyikan Akim pada Separuh Akhir Muzik Muzik lalu dicemari dengan penggunaan dadah.

Akim dituduh menggunakan dadah terlarang untuk membangkitkan kekuatan nyanyian di atas pentas. Sudah jatuh ditimpa tangga lagu berkenana tidak layak untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-29.

Pengurus Akim, Adlan yang memetik portal GUA, menafikan sekeras-kerasnya penggunaan dadah di dalam pembawaaan lagu Mewangi.

“Saya rasa tidak adil untuk semua pihak menuding jari kepada Akim apabila lagu 'Mewangi' tidak layak ke Anugerah Juara Lagu ke 29. Tidak dinafikan memang lagu tersebut mempunyai kekuatan tersendiri, namun barisan juri lebih arif mengenai keputusan yang dibuat oleh mereka.

Memang lagu tersebut mempunyai kekuatan tersendiri dan banyak pihak yang kecewa kerana ia tidak layak ke peringkat akhir. Namun janganlah menghakimi Akim kerana perkara tersebut. Dia merupakan anak yang baik dan perkara ini sedikit sebanyak membuatkan mereka sedih,” -Adlan

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..