Kereta Syarul Ridzwan terbalik kemalangan, keadaannya...

Pada: Jumaat, 12 Disember 2014
Dikhabarkan yang pelakon, Syarul Ridzwan menimpa kemalangan jalan raya apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terlanggar bahu mengakibatkan kereta jenis Honda City itu terbalik di jalan Sungai Ujong (jalan dari Linggi, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur) kira-kira jam 5 petang semalam

Kejadian berlaku selepas Syarul selesai menjalani pengambaraan drama Street Vendetta.
"Saya baru habis penggambaran di Linggi dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika di Jalan Sungai Ujong, Seremban jalan terlalu licin sehingga saya terlanggar pembahagi jalan dan tidak dapat mengawal kereta lalu kenderaan saya berpusing dan terbalik dengan tayar naik ke atas.

"Namun, saya tidak mengalami apa-apa kecederaan atau meninggal dunia seperti khabar angin yang tersebar," -Syarul petikan portal mStar.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..