Izreen, Erra Fazira belum 'bincang' pasal Amar Baharin!

Pada: Isnin, 1 Disember 2014
Akui Izreen Azminda yang dipetik melalui laporan mStar semalam dimana dia belum lagi berbincang dengan Erra Fazira mengenai pelakon yang sering dikaitkan dengan mereka iaitu, Amar Baharin.

Memandangkan juga Amar pernah dikaitkan dengan Erra satu masa dahulu dimana gosip menyatakan mereka pernah rapat. Dan kini Amar telah rapat dengan Izreen.

Maka, Izreen yang kini berlakon dibawah naugan Erra di dalam sebuah teater bertajuk Takhta 3 Ratu, menganggap Erra sangat professional dan tidak menghiraukan soal Amar di dalam kerja.

"Saya tahu Erra Fazira pernah dikaitkan dengan Amar Baharin dulu tetapi kami tidak pernah langsung bercakap tentang Amar ketika sesi latihan teater yang dilakukan bersama.

"Saya tidak ada masalah berlakon dengan Erra kerana dia sangat profesional dan tidak pernah campur urusan kerja dan peribadi,"

"Saya seorang yang sukar untuk bertanya tentang sesuatu yang saya rasa ingin lakukan termasuklah soal berlakon dengan Erra Fazira.

"Saya pergi sahaja kerana pada saya itu adalah peluang terbaik untuk kerjaya lakonan saya," -Izreen

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..