Inilah tunang Cico Harahap (3 gambar)

Pada: Selasa, 16 Disember 2014
Dengar khabar yang anak kepada Uji Rashid, Cico Harahap sudah bertunang 4 bulan yang lalu, kini Cico sedang berbahagia dengan pasangannya Fernie.

Sebelum ini Cico pernah berkahwin dan menjadi duda selama 4 tahun dan dikurniakan seorang anak bernama Rindu.


"Kami banyak berkongsi minat yang sama termasuklah dalam bidang kecergasan. Tapi setakat ini belum lagi ada perancangan nak kahwin.

"Lagipun anak saya mulakan persekolahan tahun depan. Memang anak keutamaan saya kini. Saya kenal dia sejak dua tahun lalu.

"Bagi saya status duda ini sudah jadi perkara biasa dalam hidup saya. Ibu saya sendiri bergelar ibu tunggal.

"Jadi masa saya sejak kecil memang kebanyakan dihabiskan dengan ibu. Cuma sekarang bezanya saya sudah ada anak.

"Jadi tak kisah kalau ada soal pengganti atau tidak. Tapi kalau ada itu ia bonus dan saya gembira bertemu dia (Fernie). Pendek kata kehidupan saya masih sama. Saya banyak mengembara dengan anak. Tak kosong pun hidup ini," -Cico petikan portal Bharian

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..