Gambar Wafa Abdul Kadir terkini (5 gambar)

Pada: Rabu, 17 Disember 2014
Inilah keadaaan sekarang pelakon dan penerbit, Wafa Abdul Kadir yang tahun lepas dia mengalami kemalangan yang memberikan kesan terhadap dirinya.

Menurut portal Utusan, Wafa mengalami gangguan pada saraf badannya iaitu di tulang lehernya dan terpaksa menggunakan kerusi roda selama 7 bulan.

“Apa yang saya ingat tentang kemalangan tersebut, saya berada di lampu isyarat sebelum dirempuh dari belakang dengan laju oleh sebuah kereta. Pada waktu itu saya okey dan boleh memandu pulang . Bagaimanapun, malamnya saya mula alami sesak nafas, dan bila dirujuk ke hospital, inilah apa yang dilihat sekarang.

“Selama enam ke tujuh bulan saya bergerak menggunakan kerusi roda, bukan lumpuh tetapi memang deria jadi kurang. Cuma sekarang sudah boleh berjalan, itupun masih belum pulih sepenuhnya. Bila saya bangun dari pembedahan tersebut terasa bagaikan kaki saya seperti sudah dipotong. Rupanya memang saya langsung tidak rasa kaki saya ketika itu,”

“Doktor ada memberitahu saya akan menjalani satu lagi pemeriksaan, untuk memastikan saya benar-benar pulih. Tetapi kalau ikutkan sakit ini tidak tentu, kadang okey kadang tak,” -Wafa

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..