Gambar selfie Fizo dikecam..

Pada: Rabu, 31 Disember 2014
Gambar selfie Fizo Omar bersama pasukannya, Hot Burgers Malaysia ketika banjir ketika perjalanan menghantar bantuan ke Kelantan dikecam dan dikritik dilaman sosial Instagram miliknya.

Fizo kesal kerana hal remeh sebegitu di kritik, sepatut si pengkritik harus turun ke padang sama-sama membantu dan merasai suasana sebenar kepayahan yang dialami mangsa banjir.



"Gambar selfie yang saya muat naik itu sebenarnya ingin menunjukkan keadaan di Kelantan ketika ini yang masih dalam keadaan membimbangkan dan bukannya ingin bermegah-megah.

"Apa sahaja yang kami buat selama beberapa hari ini adalah hanya kerana Allah, tidak lebih daripada itu. Apa yang boleh saya katakan, adalah lebih baik mereka mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan jangan keruhkan keadaan kerana ia tidak membawa sebarang makna," -Fizo petikan mStar

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..